Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hokkien

Ada apa dengan letupan bunga api ni?

Imej
Malam tadi memang terkejut gak memulanya. Sapa tak terkejut dengar bunyi letupan kan. Memula sekali dua. Sapa lak tembak menembak ni. Pastu berlanjutan lagi. Jam masa tu kul 9 malam. Ish.. ni mesti ada orang main bunga api ni. Terus aku buka pintu. Betul. Kat luar langit Gelang Patah memang dah cerah dengan letupan bunga api. Pergghhh.. Iqa lari keluar. Nenek dia lari keluar. Cantik la nek.. Tapi iqa takut. Macam perang dah bunyinya. Geak gempita bunyi dia. Sian kat adik sebenarnya. Baru dapat tido kejap. Bunga api ni berterusan sampai dah dekat dekat jam 12 malam. Ingatkan dah berenti la. Sekali... seiringan dengan mulanya nightline kat TV3, bunyi yang lagi menggila kedengaran. Peerrgghhh.. Ada apa ni.. Borak nyer borak dengan rakan-rakan maya, rupanya malam ni malam kesembilan. Hari penting jugak yang dinamakan Hari menyembah Maharaja Jed. Wow.. kira sembah maharaja syurga la ni. Kalau baca citer journey to the west mesti tahu maharaja jed ni. Selain dari itu, hari ni jugak hari tahu