Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jakel

Sekolah Tun Fatimah : 20190916 Outing F4

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190916 Outing F4. Bawak iqa outing cari kelengkapan. Ronda Bandar Baru Uda. Tapau food and lepak jap depan Jakel nunggu. Jumpa rakan lama. Sempat la borak-borak jap situ.

Meronda Jemaat : Johor Bahru

Imej
Meronda Jemaat : Johor Bahru. Merata meronda hari ni. Pendas cari hasil laut segar. Singgah tanjung kupang beli rempah soto. Berenti lepak jap kat R&R Gelang Patah. Kalau dulu ni la tempat utama kalau rasa nak makan KFC. La ni. Sampai dua KFC dah ada kat pekan Gelang Patah aje. Singgah jap kat gerai buah beli stok. Lepas jemaat jam yang dinanti kebudak ici dan iqi akhirnya sampai. Yeahhh! Suka tul dedua budak tu. Sambung ke Tampoi beli ration iqa siap-siap. Nanti cuti tutup masa nak ngantor dia balik ke STF. Tak lupa ke Jakel beli kain diaorang nak buat banner untuk junior PT3. Sesambil meronda kawasan luo beli barang tambah lemak. Tak sangka jumpa ex-student kat Al-Ikhlas Gadget masa beli aksesori henpon. Layan.

Baju Korporat Survey @ Jakel

Imej
Baju Korporat Survey @ Jakel. Lepas bengkel tadi ada si Roslan cerita pasal Jakel pun ada buat tempahan untuk baju korporat. Selesai bengkel, masa lunch kami gerak ke sana. Kalau OK boleh la mula tempah untuk diri sendiri kan. Aku yang ada dua pasang pun dah mula berbulu pasal asyik ulang pakai aje setiap minggu. Sampai. Manager takde. Solat jap. Kami tunggu jap kat luar. Datang pulak si Mawi ni nyanyi depan kitaorang. Dulu dia dikenali sebagai Awie kat Angsana. Selalu nyanyi depan kedai kaset tu. Alhamdulillah. Dalam 1.30 manager dah ada. So. Kami gerak ke atas untuk perbincangan awal. Dia amik tempahan untuk 100 pasang ke atas. Hmmm.. Baru tengok material dan nak tanya harga, dia dah kena cari orang lain pulak. Tunggu lagi. Dah sampai 1.45 pm masih lum sampai. Gerak aje la tinggal. Nak buat camne dah nak masuk kerja. Haisshhh. Takde rezeki gamaknya.

Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak

Imej
Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak. Aku dari jalan seberang lagi dah mula rasa sesak. Perghhh. Ni yang malas keluar Sabtu ni. Dari berdepan jakel jalan seberang, sampai ke Angsana. Boleh tahan la. Slow sangat trafik. Nampak jalan masuk depan Hasil sangat slow. Semua nak ke situ. Cadang awalnya pun nak ke situ jugak. Cari kasut Fiqri, baru la ke Jakel. Tapi pasal terlalu la teruknya keadaan nak ke sana, terus lajak ke Jakel aje. Sekali dah lepas baru perasan. Jalan banyak ditutup. So. Nak ke Angsana pun memang kena buat u turn kat depan. Ahh.. Memang betulla terus aje ke Jakel. Tengok dari jauh lagi ada rela, kereta park side jalan besar pun leh tahan. Alamak. Cakap kat mama, jangan jadi cam hari tu udahla. Masuk. Ramai orang. Terus keluar. Hahaha. Ni pun alhamdulillah, sib baik ada satu ruang kosong. Terus masuk park. Mama sorang ja yang pergi. Kami. Pakat lepak lam kete je. Hehehe. Layan muvi kat player. Harap mama berjaya ngan misi nak siapkan langsirnya.

Kain @Jakel Untuk Program Haji Cilik Ziqri

Imej
Kain @Jakel Untuk Program Haji Cilik Ziqri. Memula dah masuk Dewan Wisma Nenas. Tapi sebab parking dah full; terus keluar gi Jakel dulu. Nak cari kain cotton warna putih untuk program haji cilik si Iqi. Dah setel kain Iqi, mama pulak sambung cari kain dia pulak. Layan.

Jakel Tampoi

Imej
Terus ke jakel petang tadi. Cari kain untuk langsir dan design lam bilik pengantin. Tengah ada sale pulak tu. Memang terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Sumbangan Anak Yatim PPD Johor Bahru - Prep

Imej
Tarikh : 25 Ogos 2010 Masa : 11.00 pagi sampai balik Tempat : Tempat parking dan bilik mesyuarat Mood : mood nak kenduri Tengah aku dok nyetel kerja tetiba henpon bunyik. Cik kerol, sila alihkan keter putih cik kerol tu. Nanti kalau calar cik kerol gak yang nangis. Ooo yeker.. team pasang kemah dah sampai rupanya. Semua keter kat tempat parking kena kosongkan, pasal 4 kemah beso nak dinaikkan. Kang tak pasal-pasal kereta tercedera. Pastu 2 kemah lagi dipasang depan bilik mesyuarat. Petangnya pulak, ustaz zaidi lak panggil. Jom rengrakan. Kita angkat sumbangan kepada anak yatim esok nih. Jommm.. 4 keter penuh ngan beras dan keperluan dapur nak kena dikosongkan. Perghhh.. Leh tahan pinggang aku petang nih.. Sib baik ramai gak yang nolong. Kalau tidak.. ada mc esok hari nih.. Pas setel ngangkat tu sempat posing lagi tuh. hahahaha.. Yang pasti, aku balik lam keadaan peluh masih menyimbah.. pergghhh.. Takpe.. Lupa lak nak cakap.. Jakel yang sponsor semua beras dan keperluan dapur