Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jalan jalan cari makan

Nasi Bakar Tampoi

Imej
Nasi Bakar Tampoi. Lunch semalam en firdaus ajak gi makan nasi bakar. Letaknya depan pondok urut Ansar di bangunan yang sama dengan Maslee Tampoi. Ni bebetul nasi dibakar ye. Bukan pasal nama tokei dia bakar. Hehehe. Sukar aku nak ungkap berkaitan rasa dia. Quite OK la. Dia letak nasi putih, kacang buncis, ayam kukus dan sambal dalam daun pisang. Pastu bakar atas kuali leper. Satu set dijual RM7 dengan air suka ati korang nak minum sampai kembung perut pun boleh. Layannn... Ps : aku dok tertarik dengan pondok urut ansar ni jugak. Dia amik RM40 untuk urut satu badan. leh try nih. Tunggu free la. Yang tak best jumaat cuti la pulops.

Jalan jalan cari makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling

Imej
Jalan jalan cari makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta, Taman Perling. Memang leh tahan la kalau nak cerita pasal area JB. Letaknya berdekatan dengan SK Taman Perling 3, Jalan terus hala ke nursery. Bukan setakat ayam, habih semua kena penyek. Kui kui kui. Tapi memang marbeles ahh daging penyet dia. Terbaeekkk!!!!

My KFC Kari-Kari Rangup Experience

Imej
My KFC Kari-Kari Rangup Experience. Iklan memang gah. Tiap tiap hari main sampai menyebabkan kami semua teruja untuk merasanya. So. Kebetulan Iqi pun sibuk nak sangat makan. Pakat gi ler ke KFC. Sampai jam 6.55 petang. Punya la lama aku menanti. Rupanya kena tunggu lama untuk dia prepare ayam special ni. 7.30 malam baru setel semua. Sampai rumah. Semua pakat ambik, rasa dan pakat letak balik. Alamak. Sangat tak menarik rupanya. Masih tak dapat mengatasi rasa spicy. Terlalu kuat rasa daun limau purut. Kata kari. Aiyooo... Tak best la. Dah semua pakat tak nak makan. Rasa aku la yang paling bersalah dalam ini cerita. Tahu tadi baik amik spicy aje. Huhuhu. Setakat ni aku rasa semua resipi lain KFC memang failure la.

Sightseeing @Bangi Gateway

Imej
Sightseeing @Bangi Gateway. Hehehe. Abaikan tajuk pada poster. Salah tulih daaa... So. Lepas layan waze, nampaknya adalah lebih baik aku bertenang terlebih dahulu sebelum masuk ke arena superjam kat highway. So. Destinasi pilihan adalah Bangi Gateway seperti saranan Mak Yang. Selalunya aku perati aje. Tak pernah masuk pun. Ingatkan ala ala shopping complex. Rupanya lebih kepada a group of kedai kedai yang disusun secara complex. Wooo. Baru tahu. Masa datang ruang tengah terbuka tu tengah setting up untuk jualan pre raya. Aku lepak je tepi biar yang lain yang meronda. Tengahari. Poning jugak nak makan. Suruh iqa ronda cari kedai makan. Jumpalah Toyyiban Sushi kat hujung nak keluar dah. Tapi. Semua pakat makan nasi campur. Boleh tahan la. Si Iqi sibuk nak makan burger yang kebetulan tutup pulak kiosk dia hari tu. So. Sementara mama gi sambung meronda. Aku gi burger king ngan iqi. Layaannn.... Masuk highway. Layan jem kat seremban. Ada eksiden. Alhamdulillah. Satu tu je yang jem.

Eating Out @Pertama Complex

Imej
Eating Out @Pertama Complex. Tempat biasa aku makan kalau ke SOGO. Memang tak makan kat SOGO. Tak berapa best. Lebih suka makan kat sini. Lebih banyak pilihan dan memang aku suka kat sini kot. Pekena bihun sup utara la cam biasa ngan atuk kedah. Burger untuk adik inaz. Iqi dan Iqa makan Yee Mee. Nasi campur untuk mama, nenek dan nenek kedah. On the way back, masa nunggu sesi round dua kat muaz. Kami lepak kat Warung Cikgu depan pertama. Pekena Ice Blend.

Ayam Penyet Taman Nusantara

Imej
Ayam Penyet Taman Nusantara. Dah lama dah bersawang lam dropbox. Baru je dapat keluarkan. Makan makan ngan mama kat gerai depan surau taman nusantara. OK jugak la.

Asam Pedas Madu 3

Imej
Asam Pedas Madu 3. Singgah lunch kat Asam Pedas Madu 3. Memang marbeles. Kali ni dapat jugak aku merasa ikan goreng dia. Hehehe. Dan. Sebab kami datang awal. Orang tak ramai. Memang serve first class ler. Tambah kuah. Tambah nasi. Lum masuk sesi soal jawab bagai. Hahaha. Biasanya datang masa lunch hour. Memang packed.

Durian Ulu Choh

Imej
Durian Ulu Choh. Balik je dari Pasar Kemboja, kena la kotakan janji masa memula nengok gerai buah ni tadi. Singgah jap on the way back. Sekilo RM22. Ada dua gerai. Lebih kurang ja sepanjang jalan tu. Sebab dedua kedai aku berenti. At last aku pilih gerai wak ni. Lepak. Mama amik 3 biji. RM45. Belah terus makan kat situ. Setel.

Sarap @ Pasar Kemboja, Pekan Nanas

Imej
Sarap @ Pasar Kemboja, Pekan Nanas. Lepak jap sini. Ada benda nak cari. Sarap dulu depan masjid pekan nenas. Punya la ramai manusia. Tunggu jap untuk meja. Duduk. Amik dulu apa yang ada. Order roti canai. Tunggu lama. Air lagi lama nak dapat. Tapi takpe. Memang marbeles makanan kat sini. Selesai. Baru gerak ke pasar kemboja sebelah belakang. Aku jalan jap jer. Amik bideo sikit sikit. Sempat jumpa cikgu Hanim, bekas ex-bos kat tun aminah. Borak jap. Pastu terus tunggu kat kereta ngan kebudaks.

Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara

Imej
Iftar @ Barami Seafood, Taman Nusantara. Ni masih senin lepas punya cerita.Kalau ikutkan, aku nak berbuka di Medan Selera Mydin. Nak makan Yee Mee. Sekali. Tutup untuk renpvate lah pulops. Ahh sudah. Belanja bulan je dulu cam biasa. Pastu beli wafel kat Daily Fresh. Masuk je kereta dah Azan. Makan jap wafel tu sambil dok mikir nak berbuka kat mana. Mulanya nak ke Tajri. Sekali lalu kat area Maybank. Terbuka minda untuk ronda ronda area ni. Awalnya berenti depan chicken chop. Lupa pulak nama kedai dia. Tapi orang punya la ramai. Aku cadang ke seafood ni. Yang selang 5-6 kedai dari chicken chop tu. Masuk. Mulanya nak order biasa biasa. Sekali adik inaz nak tomyam dan of coz siakap tiga rasa dia. Dah sudah. Lain pulak jadinya. Hehehe. Makan aje ler. Secara keseluruhan memang OK kedai ni. Siakap dia marbeles. RM70. Standard la harga tu. Siap bungkus sate untuk yang berada kat rumah. Sate dia aku baru makan semalam. Balik. Cam biasa lepas isya' aku akan tido. Lupa semuanya.

Bateri @kilang bateri - Jenjalan cari makan 20151118

Imej
Bateri @kilang bateri - Jenjalan cari makan 20151118. Mulanya nak gi Mydin ja kot. Nak beli susu Fiqri. Sekali terasa lapo. Ish. Lum makan tengahari la pulops. Yang pasti lepas zohor nak jalan punya pasal, sampai makan pun lupa. Lam kepala aku nak makan yee mee ja. Tapi sian kat yang lain. Cari tempat yang tak nah gi. Lam kepala memasing cam nak try Bateri. Belasah aje la. Boleh tahan la makeover kilang ni jadi tempat yang jauh lebih tersendiri dan unik. Kedai lam kontena yang disusun lam bekas kilang Eveready nih. Makanan. Bagi aku, so so aje. Biasa biasa aje. Harga pun a bit high sikit berbanding luar. Tapi... ok la. Satu kelainan. Maybe leh datang lagi untuk cuci mata. Dah setel. Dah boleh gerak ke Mydin semula. Ehehehe. ps : aku kempunan nak makan yee mee. Kat sini tarak! Huhuhuhu...

Chapati Gerai Shamiera, Medan Selera Mahsuri, BBU

Imej
Chapati Gerai Shamiera, Medan Selera Mahsuri, BBU. Sarap jap sebelum wat kije. Layann...

Gerai Jamaliah on tapau sarap

Imej
Gerai Jamaliah on tapau sarap. Sesaja gi sini pagi ni. Lama no tak gi. Alhamdulillah buka pagi ni tatkala banyak kedai dan gerai yang dah tutup. Tapau mihun, mee dan nasi goreng. Tak lupa roti kosong dan telur. Dah balik baru teringat yang aku ni puasa. A bit lebih sikit la beli tadi kan. Ehehehe. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Eating Out @Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas

Imej
Eating Out @Asam Pedas Madu Tiga, Pekan Nenas. Alang alang kat pekan nenas, makan aje kat asam pedas madu tiga. Leh tahan jugak ramainya orang masa kami singgah semalam. Dan makin bertambah bila masa berganjak ke tengahari.

Lempeng Kelapa @Gerai #30 Siti Rafeah, Pekan Nenas

Imej
Lempeng Kelapa @Gerai #30 Siti Rafeah, Pekan Nenas. Singgah sarap jap. Semua pakat nak merasa lempeng kelapa ni. Layan ajer ler. Mulanya nak sarap nasi kerabu je kat usop ulu pulai. Sekali tutup daa.. dah sampai ke pekan nenas je nak sarap jer.

Yok makan Kacang Pool @Selera Johor, Plaza Larkin

Imej
Yok makan Kacang Pool @Selera Johor, Plaza Larkin. Usai lawat nenek along terus cari tempat makan. Selera Johor lebih kondusif dan tokeinya sama ngan Bomba Larkin. Yok.

Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka

Imej
Eating out @Asam Pedas Kak Su, Kampung Duyong, Melaka. Memang dah lama nak singgah sini, cuma tak berkesempatan. Kali ni. Memang dah aim. Kedainya sebelah tepi jalan aje. Dari bandar hilir/muar ke bukit katil. Orang sentiasa ramai. Masuk. Order. Banyak yang dah abis. Maklumlah. Dah jam 3 petang. Dia punya Asam Pedas boleh tahan. Ada bakar bakar lagi. Ada ayam, ikan, kerang yang dibakar fresh. Nak cuba coconut shake pun dah abis. Takde rezeki. Kena RM28 untuk semua yang kami makan. Quite cheap. Keliling, termasuk dia sendiri, ada bertabur homestay. Plan untuk next getaway lah gini.

Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka

Imej
Eating out @Hajah Rahmah Asam Pedas Bukit Katil Melaka. Sempat kami singgah di sini untuk lunch sebelum check-in ke hotel. Boleh tahan sesaknya manusia di sini. Alhamdulillah. Dapat tempat. Ambil cara berhidang. Nice asam pedas and air tebu here.

Warung Teh Sarbat Asli JB

Imej
Warung Teh Sarbat Asli JB. Lama tak makan kat sini. Sesekali dok lepak semula cam best la pulak. Nasi goreng kampung telur mata, teh sarbat. Memang best. Tu lum kira roti stim lagi tu. Layannzzz..

Jalan jalan cari makan : Kem Warisan, Kampung Sungai Berlian, Yong Peng

Imej
Jalan jalan cari makan : Kem Warisan, Kampung Sungai Berlian, Yong Peng. Leh tahan tempat makan tengahari hari. Berbaloi baloi kami makan lewat hari ni. Berbaloi perut berkonsert mega vaganza sampai lewat petang. Memang terbaeekkk!!!! For more info leh lawat blognyer di url  http://sungaiberlian.blogspot.com/ . Anda juga boleh menghubungi mereka menerusi emel sungaiberlian@gmail.com.  Orang yang boleh dihubungi adalah En. Abd. Talef (019-7192343), En. Mohd. Reza (014-9159693) atau En. Shaz'rin (012-7776413). Apapun terima kasih tak terhingga pada tuan rumah Tuan Guru Besar SK Sepakat Jaya sendiri yang membawa kami ke sini. Read on...