Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jejantas

Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut

Imej
Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu. Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang. Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Jom makan makan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Imej
Jom makan makan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Tempat ni tempat nostalgia aku dulu. Mana taknya. Belajar kat MRSM Beseri, dari Baling mesti singgah Alor Setar dulu, sebelum naik bas lain pulak ke Kangar. Dari Kangar naik bas lain lagi menghala ke Padang Besar. 3 bas tu. Dan biasanya, kat pekan rabu ni la jadi tempat makan aku sementara nunggukan bas ke baling. Masa tu bas mara memang paling awal dan terakhir aku dapat adalah pada jam 7 malam. Terlepas yang ni, pepandai la macam mana nak balik baling. tu bas terakhir. Sampai baling pun dedekat pukul 10 malam dah. tak tau la camna la ni.