Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jersi

The Colours of Life - Unboxing Series : Jersi Sublimation Kedah Away 2022

Imej
The Colours of Life - Unboxing Series : Jersi Sublimation Kedah Away 2022. Layan lagi jersi sublimation depan belakang ni. Beli kat shopee cam biasa. Senang pasal tak hilang apa lagi dah bila pakai sublimation ni. Dapat RM45. Layan aje la walau hati tak berapa senang sangat design kali ni. Hehehe. Minat mau beli? https://shope.ee/1VJAYxV368 ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2014

Imej
Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2014 Pada supporter dan kipas susah mati JDT. Moh ke majlis ni... malam ni tuh... Tarikh: 21 Disember 2013 Jam: 8.00 malam Tempat: Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin Masuk Percuma Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dijangka berangkat ke majlis. Rakyat Johor dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Mohon Sebaran.  Rujuk FB JDTFC  https://www.facebook.com/JohorDTFC Boleh layan live streaming di http://johorsoutherntigers.com.my/jdtv/

Free Giveaway from FAM #DemiHarimauMalaya, saya akan…

Imej
Sempena Piala Suzuki ni, FAM dah buat satu Giveaway la. Pemenang bertuah akan dapat tiket free untuk perlawanan ni. Bukan tu sahaja ada jugak jersi percuma yang akan diberi pada salah seorang daripada pemenang tiket ni. Apa nak buat?? Just tweet #DemiHarimauMalaya, saya akan …. mudah kan.. Nak tahu info lebih lanjut... layari  http://www.fam.org.my ni aku paste emel yang aku terima dari admin 1malaysia.com.my Salam 1Malaysia! Piala Suzuki AFF 2012, satu pertandingan dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) kini menjelang! Selaku pemenang pada tahun 2010, Malaysia akan mempertahankan kejuaraannya bermula 25 November dalam peringkat kumpulan bertemu dengan Singapura, Laos dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil. YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah bertemu dengan pemain negara dan memberi kata-kata semangat beliau kepada mereka. Kini giliran anda pula melakukan perkara sama! Bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kita kepa

Pertandingan cipta jersi anjuran petrosains

Imej
Dapat tempat pertama untuk pertandingan cipta jersi anjuran Petrosains tadi. Yippa yippa.. Berbaloi gak penantian aku tadi, disamping dapat baca tin tin. kuikuikui.. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

T-shirt merangkap Jersi Team Takraw

Imej
Akhirnya siap gak design baju untuk t-shirt merangkap jersi team takraw aku. Penat gak la aku mendesign bola tu jer. Hahaha.. design bola takraw la pulak. Sesaja jer nak bikin lain sikit dari yang lain. Kurang-kurang bebudak pun rasa best la masa main nanti kan. Tukang buat dia aku kasik kat member lama aku, sapa lagi kalau bukan Che Li bikintshirt . Nak tengok gak hasil kerja tangan memember sendiri kan. Kalau best, banyak lagi aku nak buat. Setakat ni aku nak buat untuk 8 bebudak aku + 4 cikgu jer dulu. Masa dok buat design ni tadi ustaz pun masuk. Waa... best eekk kalau tangan aku cam kau. Alah.. biasa-biasa jer ustaz.. Ye lah. Tu kata kau.. Ni tahap celah kaki orang lain jer ustaz.. ramai lagi yang design cantik.. OK ler tu.. Kelakor jugak. Yang paling tak ingat ayat aku dengan ustaz.. Tak menang game pun, menang baju lawa jadi la.. Hahahaha.. Ingat parti pakaian beragam ka.. Siap boleh menang baju la pulak.. Apa-apa pun aku harap bebudak aku perform dengan lebih baik lagi tahun ni