Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jpj

UTC Johor : Jenjalan selesaikan urusan peribadi

Imej
UTC Johor : Jenjalan selesaikan urusan peribadi. Ada dua perkara besar yang kami nak setelkan. Mulanya aku fikir nak selesaikan pada hari Selasa depan. Pasal aku dah amik cuti masa tu. Sekali fikir fikir. UTC kan ada. Nak uruskan geran Almera dan daftar haji. Semak. Dua dua boleh diselesaikan di UTC. So. Gerak aje ler lepas jemaat. Singgah ke Nissan dulu. Ambil semua dokumen yang dah setel. Singgah makan dulu kat Selera Johor. Layan jem jap dekat depan Kotaraya tu. Adess. Lupa pulak aku pasal dah nak deepavali ni. Alhamdulillah. Dapat parking dekat depan pintu kat L3 tu. Masuk je. Terus jumpa JPJ dan Tabung Haji bersebelahan aje. Uruskan JPJ dulu. Then ke Tabung Haji. Alhamdulillah. Dua dua selesai. Dah lama sangat dah cerita pasal Tabung Haji aku ni. Lepas study, tanya. Memang aku buat akaun baharu aje. Yang lain tu semak kat akaun tak dituntut aje. Hmmm.. bila pulak la aku nak setelkan yang ni pulak ye. Hari Selasa ni? Maybe?

JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya

Imej
JPJ cadang tindakan mahkamah bagi enam kesalahan jalan raya. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk mengenakan tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang didapati melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2016 bermula hari ini hingga 13 Julai. Enam kesalahan itu adalah gagal mematuhi lampu isyarat; memotong di garisan berkembar; memandu di lorong kecemasan; memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan tidak membenarkan kenderaan lain memotong. Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk V. Valluvan Veloo berkata langkah itu dicadangkan berikutan tindakan mengenakan kompaun terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan itu sebelum ini didapati tidak lagi efektif

JPJ Berhasrat Memperluas Kadet JPJ Kesemua Sekolah Pada Tahun Depan - KP JPJ

Imej
JPJ Berhasrat Memperluas Kadet JPJ Kesemua Sekolah Pada Tahun Depan - KP JPJ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan lagi Kadet JPJ di semua sekolah di seluruh negara bermula tahun hadapan. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pasukan Kadet JPJ yang diperkenalkan awal tahun lepas di 16 sekolah di seluruh negara termasuk satu di Terengganu, dianggotai lebih 700 pelajar. Katanya berikutan sambutan yang menggalakkan itu, JPJ berhasrat memperluaskan lagi pasukan kadet berkenaan ke semua sekolah bermula tahun depan. "Kewujudan kadet ini akan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya seterusnya membantu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini. "Pendedahan ini penting kepada pelajar terutama berhubung keselamatan jalan raya, selain menerapkan disiplin yang tinggi di kalangan kadet," katanya selepas majlis penyampaian komputer dan mesin pencetak di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam di sini. Hadir sama Pe

JPJ Spesifikasi Nombor Plat Kenderaan

Imej
JPJ Spesifikasi Nombor Plat Kenderaan. 3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai hitam. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di'embossed' atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di'embossed' atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini

Imej
JPJ laksana operasi khas banteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi mulai 1 Nov ini Operasi banteras guna lampu strobe light, HID 1 Nov. ANTARA lampu HID yang tidak dibenarkan oleh JPJ mulai 1 November ini. PUTRAJAYA 16 Okt. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang masih berdegil menggunakan strobe light, lampu HID dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi mulai 1 November ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya turut menetapkan 1 Mei tahun depan sebagai tarikh bermulanya penguatkuasaan terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tanpa mengikut syarat ditetapkan oleh JPJ. Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi lagi berhubung penguatkuasaan keempat-empat perkara tersebut kerana kaitannya dengan usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. "JPJ memberi te

Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan

Imej
Peraturan Baharu Cermin Gelap Dikuat Kuasa 1 Nov Depan Peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan. Kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. MELAKA, 29 Sept (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 Nov depan. Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus. Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus. "Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya

Nissan Almera chassis number

Imej
Nissan Almera chassis number. Baru teringat nak semak. Semalam. Balik dah penat. Terus tido je. Pagi ni baru teringat. Ambik geran. Semak. Hmmm... Dapat lak geran Terus. Semalam. Amik keter bersama geran sekali. Aku nyer savvy Sampai nak jual baru nampak geran dia. Send via mobile cap ayam aje

Keputusan Penuh Tender Nombor Pendaftaran Siri WWW

Imej
List penuh senarai pemilik dah keluar. Boleh semak di web JPJ. Klik kat sini untuk download . Tahniah pada semua yang berjaya. Terbaeekkk!!!! ps : Harga bagi setiap nombor tak sama, bergantung pada keunikan nombor dan berapa ramai yang membida nombor tersebut. Tak semestinya lagi kecil nombor lagi mahal yer... updated 30/5/12 : Sorry guys... nampaknya macam link download tu dah dilock di laman web JPJ... maybe sebab kes panas tu... you know what kan. Posted via Blogger PC edisen