Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kain

Meronda Jemaat : Johor Bahru

Imej
Meronda Jemaat : Johor Bahru. Merata meronda hari ni. Pendas cari hasil laut segar. Singgah tanjung kupang beli rempah soto. Berenti lepak jap kat R&R Gelang Patah. Kalau dulu ni la tempat utama kalau rasa nak makan KFC. La ni. Sampai dua KFC dah ada kat pekan Gelang Patah aje. Singgah jap kat gerai buah beli stok. Lepas jemaat jam yang dinanti kebudak ici dan iqi akhirnya sampai. Yeahhh! Suka tul dedua budak tu. Sambung ke Tampoi beli ration iqa siap-siap. Nanti cuti tutup masa nak ngantor dia balik ke STF. Tak lupa ke Jakel beli kain diaorang nak buat banner untuk junior PT3. Sesambil meronda kawasan luo beli barang tambah lemak. Tak sangka jumpa ex-student kat Al-Ikhlas Gadget masa beli aksesori henpon. Layan.

Kain @Jakel Untuk Program Haji Cilik Ziqri

Imej
Kain @Jakel Untuk Program Haji Cilik Ziqri. Memula dah masuk Dewan Wisma Nenas. Tapi sebab parking dah full; terus keluar gi Jakel dulu. Nak cari kain cotton warna putih untuk program haji cilik si Iqi. Dah setel kain Iqi, mama pulak sambung cari kain dia pulak. Layan.

Tips membeli kain langsir

Imej
Tips membeli kain langsir. Sebenarnya benda biasa aje yang selalu kita terlupa. Dan biasanya kita letak kepercayaan penuh pada penjual. Maybe sebab kami pernah kena sebelum ni, di mana bila balik dah nak jahit, kain tak cukup. So, tipsnya simple aje. Aku ada dua tips yang basic aje, Yang biasanya kita akan selalu terlupa dan kekadang malas nak buat. Tips 1 Pastikan korang berada bersama penjual semasa dia mengukur kain yang nak dibeli. Kalau tak cukup terus cakap dan minta kira semula. Sekali lagi sama-sama kira dengannya. Nak lagi best, kira kuat-kuat masa dia ukur. Amacam? Tips 2  Pastikan korang sentiasa mencongak harga sepatutnya yang dibayar. Nak keluarkan kalkulator pun takpe. Yang penting harga yang dibayar tak sepatutnya lebih dari harga ditawarkan.

Kain untuk tudung iqa

Imej
Kain untuk tudung iqa. Jakel uda jugak akhirnya. Nak tudung sama kaler kain. Susah tul.

Jakel Tampoi

Imej
Terus ke jakel petang tadi. Cari kain untuk langsir dan design lam bilik pengantin. Tengah ada sale pulak tu. Memang terbaeekkk!!!! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!