Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel khamis

Layan kucen gaduh

Imej
Layan kucen gaduh. Hehehe. Takde kije tul petang tu kan. Sesambil dok tukau booking, pendekkan dan tukau lokasi. Pastu kuar nengok ngembang si kucen ni. Buat suara gaduh, kasi dia pandang aku. snap. kekeke. pastu layan pasar tani. besh...

Keputusan MUET Sesi Julai 2014 Diumum Khamis

Imej
Keputusan MUET Sesi Julai 2014 Diumum Khamis KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2014 akan dikeluarkan pada Khamis ini. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya berkata sebanyak 64,701 calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai 10 pagi manakala calon persendirian akan memperoleh keputusan mereka melalui pos. Mereka juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip MUET/RESULT/No.Kad Pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM http://mpm.edu.my mulai 10 pagi pada hari tersebut. "Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu. Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 15 Sept 2014 dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapati melalui portal MPM. Sementara itu, pen

Pasar Tani Taman Nusantara, Gelang Patah

Imej
Pasar Tani Taman Nusantara, Gelang Patah. Memang setiap hari Khamis, pasar ni akan hidup. Biasanya aku ke sini nak beli Char Koey Teow. Petang ni rasa macam nak berjalan-jalan sikit la. Kasi hilang itu B B yang berlegar lam kepala. Orait la kan. Yok kita ke Pasar Tani Taman Nusantara.

Rewang Khamis : Telur Pindang

Imej
Hari ni rewang buat telur pindang. Telur pindang ni dibuat dengan merebus telur dalam renehan lebih 10 jenis herba tempatan macam daun senduduk, serai, daun jambu batu, halia, lengkuas, ketumbar, jintan, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan banyak lagi herba lain selama tiga hari. Lagi lama direneh, semakin mesra rasa herba dengan isi telur. So, tadi pakat menyusun la dulu telur lam periuk. Susun rapat rapat untuk mengelakkan telur pecah masa direneh nanti. Setel satu layer, dau dan herba dilapisi dulu. Baru masuk layer telur seterusnya. Ulang sampai setel. Dah setel masuk kicap garam segala. Pastu baru kita masukkan air dan nyalakan api perlahan untuk reneh. Tunggguuuu... hari sabtu aku akan hapdet semula.. susun rapat rapat layan dulu tu dah tak sabar nak nolong ler tu lapisan kedua daun dan herba ok leh masuk telur dah close up dulu dah boleh dah jom masukkan dik baik dedua kebudak ni hari ni different angle

Pasar Tani Taman Nusantara

Imej
Masa balik singgah pasar tani jap. Nak beli char koey teow untuk the balqis. Pasar tani ni letaknya di taman nusantara, gelang patah; setiap hari Khamis dari petang sampai kul 9 malam tak silap. Dah nama pun pasar tani, banyak la hasil tani kat sini. Tapi aku just nak beli makanan jer... Pilih jangan tak pilih   Ni la target aku kat sini. Beli dua bungkus. Balik. Malas nak beli sup cam biasa sebab perut aku tersangat la penuh. Posted via Blogger PC edisen