Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel koir kebangsaan

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Selamat berjumpa lagi

Imej
Selamat jalan pada semua. Ada jodoh bertemu lagi. Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Kontijen

Imej
Klik pautan cerita penuh untuk melihat foto penuh kontijen mengikut negeri Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Majlis Penutupan

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Majlis Penutupan Pada sebelah malamnya, Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dilangsungkan bertempat di Dewan terbuka disebelah kolam renang resort. Majlis bermula dengan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Jame Alip, Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia diiringi oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor. Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa; sebelum jamuan makan malam diteruskan. Tetamu kemudiannya dihiburkan dengan persembahan Ghazal, nyanyian dan tarian zapin yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Seni. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan dari Tuan Haji Sufaat bin Tumin dan diikuti dengan ucapan penutupan rasmi oleh Tuan Jame Alip. Seterusnya majlis penyampaian hadiah dijalankan. Berikut merupakan keputusan rasmi pertandingan : Juara : Pulau Pinang Naib Juara : Sabah Ketiga : Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Konduk

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Kedua

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Pertandingan bermula Pada pagi ini, bertempat di Eagle Hall, berlangsung pertandingan Koir Kebangsaan Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009. Sebanyak 15 pasukan bertanding pada pagi ini. Selepas taklimat hakim, para peserta mula menyiapkan diri. Selepas setiap pasukan selesai membuat persembahan, mereka dibawa ke sesi fotografi bertempat di ruang legar resort. Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen

Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari Pertama

Imej
Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 - Hari pertama Pertandingan Koir Sekolah Menengah peringkat Kebangsaan 2009 diadakan bertempat di Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor. Untuk hari pertama, peserta yang sudah mendaftar diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan pentas dan peralatan atau lebih biasa disebut sound check. Pada sebelah malamnya, satu taklimat telah dijalankan untuk semua guru pengiring bertempat di dewan yang sama. Pelbagai perkara asas dijelaskan berkenaan dengan pertandingan dan tempat kali ini. Slideshow Hari pertama Hari pertandingan Majlis penutup Kontijen