Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel krs

Penyelarasan bagi panggilan dan tanda pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Penyelarasan bagi panggilan dan tanda pangkat pegawai Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) KPM telah membuat penyelarasan berkaitan panggilan dan tanda pangkat bagi pegawai pengurusan KRS di KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Surat makluman boleh disemak menerusi pautan berikut : Surat Makluman . Pihak JPN Johor juga telah mengeluarkan jadual ringkas berkenaan perkara ini sebagai rujukan semua.

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru - the movie Tarikh : 6 Mac 2010 Tempat : Dewan Perdana PIBG, SMK Bandar Baru Uda Paling lama haplod video setakat tahun 2010 ni.. Mula jam 11.00 malam.. Hari ni kul 6.20 baru siap.. Setakat jam 6.25 ini, video ini masih diproses oleh youtube.. kualiti masih so-so.. Enjoice...Sharing is power!!!

Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru

Imej
Bertempat di Dewan Perdana PIBG SMK Bandar Baru Uda, pada pagi ini berlangsung dengan gahnya..Majlis Pentauliahan Pegawai Pemimpin KRS sekolah & Hari Anugerah Cemerlang 2009 PPD Johor Bahru.. Seawal jam 7 lagi sudah kelihatan kereta-kereta memenuhi ruangan tempat letak kereta SMK Bandar Baru Uda. Tepat jam 8 majlis bermula dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah JPN Johor. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu bangsa johor dan selangkah ke hadapan . Majlis diberkati lagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Norzaidi. Seterusnya ucapan ringkas dan padat disampaikan oleh tuan PPD sebelum majlis dirasmikan oleh tuan pengarah. Majlis pentauliahan pada pagi ini dimulakan dan seramai 320 orang pegawai pemimpin KRS daerah Johor Bahru terlibat. Seterusnya acara kemuncak iaitu Anugerah Hari Q mula mengambil tempat. Selepas itu majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku . Majlis ditamatkan pada jam 11.00 pagi. Semua hadirin dijemput ke kantin unt

Rehearsal @ Dewan SMK Bandar Baru Uda

Imej
Petang ni ada full rehearsal kat Dewan SMK Bandar Baru Uda ni. Lam kepala aku, memang aku rasa sangat tak selesa pasal dulu aku pernah praktikum kat sini. Dengan jalan sempit nak ke situ, dengan 800 orang lebih kurang la yang akan kesitu sabtu ni.. Perggghhh.. nasib la.. Sesampai jer pak guard jamin tak kasi masuk. Aku cakap banyak bawak barang ni. Memang la. Setiap orang bawak satu set laptop dan kamera. Kira la kalau dah ada lima orang. Lima set tu. Sapa nak menapak dari luar, hujung dunia lak tu; masuk ke dewan dia. Last-last dia kasi. Tapi aku parking hujung sana dekat surau dia. Janji dapat masuk. Aku parking sebelah dewan. Turunkan memember dengan segala mak nenek laptop, pastu baru aku parking. Masuk jer dalam dah start dah program. Tapi lebih ke tauliah krs jer.. Apa nii.. Borak ngan mc jer la hari ni. MC sapa lagi kalau bukan en.aziz. Tunjuk segala presentation. Terang lebih kurang. Settle. Pastu che din tepon. Sumer kumpul kat luar. Ada briefing baru lak. So, esok kita wa