Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel larkin

Lunch @ Larkin

Imej
Lunch @ Larkin. Boring pulak tengah hari ni. Lunch jauh sikit. Depan YPJ. Yummy! Banyak snap gambo dari makan. Wakakaka

Sekolah Tun Fatimah : 20190321 Cuti Pertengahan Penggal 1

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190321 Cuti Pertengahan Penggal 1. Balik kerja terus ke STF. Amik iqa. Dah mula cuti. Selamat bercuti pada semua. Gunakan masa dengan sebaiknya dan isikan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Lawatan Hujung Minggu. Macam biasa. Satunya nak amik bekas bubur jualan Karnival Asrama semalamnya. Keduanya. Bincang soalan peperiksaan minggu lepas. Leh tahan jugak noo... Balik. Singgah Jakel. Lepak nunggu lam kereta. Sempat layan cahaya mentari bersinar celah awan beb.

Walimatul Urus : Nadzirah & Helmi - Wedding Invitation

Imej
Walimatul Urus : Nadzirah & Helmi - Wedding Invitation. Gerak ke Dewan SMK Mohd Khalid. Pening juga sebenarnya pasal aku hampir miss majlis ni. Dari nak gerak ke sini lewat, tukar plan terus gerak. Sampai aje kereta bersusun. Perrgghhh. Majlis Hj Ab Hafith. Jumpa ramai kenalan kat sini. Makanan memang terbaeekkk!!!! Sempat borak borak ngan geng lama. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Petrol Routine for Almera

Imej
Petrol Routine for Almera. Last isi 22 Februari. Isi semula on 9 Mac. Hasil RM65.92 for 268.1 km melibatkan 31.69l minyak. 16 hari. Harga minyak dah tetap RM2.08.

Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Karnival Asrama

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20190309 Karnival Asrama. Hari ni bermula karnival asrama. Gi pagi. Ngantor bubur ayam untuk jualan rumah Iqa. Sempat singgah tapau Nasi Lemak Kukus depan pusat koko. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sirr d'rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Gerai Makan Sirr d'rina. Lama tak makan kat sini. Lunch kali ni singgah sini dengan encik Firdaus. Dedua pilih lauk dan menu yang sama. Kakaka. Kalau si mus harus la dia amik caker ayam.

Yok Jenjalan : Larkin Sentral

Imej
Yok Jenjalan : Larkin Sentral. Lama jugak kami kat sini. Nak cari seluar untuk brass band si iqa. Round satu larkin kot. Aku lepak kereta aje. Dah boring baru keluar jap. Meronda cari mama. Tak jumpa. Beli jajan lepak balik lam kereta. Banyak juga perubahan la ni. Siap computerised. Ada terminal gaya gaya air port gitu.

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor, Larkin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Selera Johor, Larkin. Memang tempat paling mudah untuk dapat merasa makanan terhebat kat Johor. Semua dihimpunkan di bawah satu bumbung. Aku makan nasi ayam talib, mama dan iqa makan asam pedas. Tak lupa pisang goreng untuk ici. Siap makan ABC spesel gitu. Habis la kalau dia dah pulun sorang.

Jenjalan Cari Makan : Cenderawasih Corner, Larkin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cenderawasih Corner, Larkin. 23 Oktober lepas. Paginya gi full rehearsal kat EC. Selesai aje langsung balik opis. Sekali masa lunch, KS ajak makan cendol. Hua hua hua. Aku pun tak perasan sapa yang kasi idea kat cenderawasih ni. Tapi quite ok la tempatnya. First time aku singgah dan masuk. Selama ni aku lalu je. Banyak gerai-gerai menarik ada kat sini. At last. Aku try mee wantan larkin legend. Siap masuk dapur pilih bahan. Yang tak berkaitan aku tak kasi masuk. Hahaha. Belasah aje. Quite OK la. Siap tambah cili hijau dan telur dari rojak asma gitu. Belasah aje ler. Layan...

Sekolah Tun Fatimah : 20170908 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170908 Lawatan Hujung Minggu. Ni antara lawatan paling singkat kot. Around 10 ke 15 minit ja gitu. Iqa ada training band. Esok ada persembahan kat AEON Mall Bandar Dato' Onn. Jadi. Jam 2.45 petang dah kena ada kat Band Room. Kami gerak dari Larkin Sentral around 2. Singgah Mat Corner jap tapau Nasi Ambeng. Sampai ja STF terus panggil iqa. Dia sampai siap gi beratur beli ayam pulak kat food truck. Berenti kat wakaf. Bukak makanan dah jam 2.30 gitu. Iqa makan ala kadar aje. Turun bawah. Hantar semua barang dia dan terus ke Band Room. Kejap betul kali ni. Ish ish ish. Buat yang terbaeekkk!!!! Yang penting kali ni semua ada tu. Memang ngam ngam betul. Tepat jam 2.45 hujan selebat-lebatnya. Cantik cantik ja kami dapat luang masa dengan semaksimum yang mungkin dalam cuaca yang redup gitu.

Masjid An-Nur, Larkin Sentral : 20170908 Solat Jumaat

Imej
Masjid An-Nur, Larkin Sentral : 20170908 Solat Jumaat. Lama tak solat jemaat sini. Hari ni memandangkan iqa pun suruh sampai jam 2 kat STF, langsung aku ajak keluar awal. Beli semua barang keperluan, terus singgah larkin sentral. Ngam ngam masuk waktu. Aku ngan iqi ke masjid. Mama, ici dan inaz meronda. Makin nampak kemas larkin sentral sekarang ni. Banyak penambahbaikan dibuat. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Restoren Sirr D' Rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Sirr D' Rina. Semalam penuh dengan perbincangan demi perbincangan di sebelah pagi. Dengan mustakim, dengan adi, dengan bos, dengan ustaz azman dan last sekali dengan en. Rosli. Sedo sedo dam lepas lam 1 tengah hari. Wau. Cepat tul masa berlalu hari ni. Mus kata yok kita makan steamboat sambil dapat jelingan manja bos. Kekeke. Takde benda lain dah ke korang nak makan ni. Tu la. Orang ajak makan kat luar la. Mende la si mus ni. Kekeke. So. Kami pun pakat keluar la cari makan. Target awal. Selera Johor. Tapi target harus la penuh pasal masa lunch memang semua pakat tertumpu kat situ dan ya, kawasan baru dia yang serba cantik tu menyebabkan kurangnya tempat kita boleh makan pada waktu puncak gini. At last, kita pilih restoren Sirr D' Rina la. Belakang dia aje. Depan YPJ. Sini meja makan bertaburan. Makanan pun OK. Harga pun lebih murah. Lepak situ. Pilih makanan cam biasa. 3 orang makan RM24. OK ler tu jaman gini tengah bandar. Bagi aku ler. Setel.

Ujian Lisan Sekolah Darjah Khas Agama 2016

Imej
Ujian Lisan Sekolah Darjah Khas Agama 2016. Pagi tadi lepak jap kat Sekolah Agama Dato' Onn Jaafar, Larkin. Ngantor Iqa amik ujian lisan darjah khas. Sambil sambil snap sana sini. Lepak kat wakaf depan sekolah sementara nunggu iqa selesai ujian. Yang menarik. Leh datang bebila. Dengan syarat antara jam 8 pagi sampai 12 tengahari.

Jalan jalan cari pasal : Nusajaya Johor

Imej
Jalan jalan cari pasal : Nusajaya Johor. Alang alang atuk dan nenek kedah dah ada. Bawak depa jenjalan. Sekitar kawasan nusajaya ja pun. Amik cuti, walau memula pikir nak tak nak. So. Jenjalan la kami Khamis tu. Ngan kota iskandar, ngan puteri harbour. Merata la. Tapi. sebelah pagi aje. Just cuci cuci mata aje. Yok layan...

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2014

Imej
Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2014 Pada supporter dan kipas susah mati JDT. Moh ke majlis ni... malam ni tuh... Tarikh: 21 Disember 2013 Jam: 8.00 malam Tempat: Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin Masuk Percuma Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dijangka berangkat ke majlis. Rakyat Johor dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Mohon Sebaran.  Rujuk FB JDTFC  https://www.facebook.com/JohorDTFC Boleh layan live streaming di http://johorsoutherntigers.com.my/jdtv/

Petron larkin

Imej
Petron larkin. Rm80 for 535km.

Larkin sentral

Imej
Larkin sentral. Singgah sini untuk makan dan solat jemaat tengahari tadi.

Jumaat yang gemilang

Imej
Jumaat yang gemilang. Banyak yang aku dapat semalam. Memang gemilang sungguh semalam. Happy. Full seharian. Tapi, hari ni aku drop seharian jugak. Penat sehhh... Apa pun layannnzzz....

Medan Selera Larkin Bomba

Imej
Berenti lunch kat sini. Lunch jam 4. Hujan lebat mencurah. Makan kacang pol. Makan chicken chop. Memang best. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!