Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel letupan bom

Dua Rakyat Malaysia Antara 16 Korban Letupan Bom Di Bangkok

Imej
Dua Rakyat Malaysia Antara 16 Korban Letupan Bom Di Bangkok Dua rakyat Malaysia antara 16 orang yang terbunuh dalam letupan bom di bahagian tengah Bangkok pada Isnin malam, yang turut menyebabkan berpuluh-puluh orang lagi cedera. Kematian dua rakyat Malaysia itu disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di ibu negara Thailand ini. Letupan pada kira-kira 7 malam (8 malam waktu Malaysia) berlaku di persimpangan Ratchaprasong, berdekatan dengan Kuil Erawan dan pusat beli-belah Bangkok. Ia turut merosakkan beberapa kereta dan motosikal. Selain itu, laporan menyatakan beberapa penjaja jalanan dipercayai antara mangsa letupan itu. Ketua Polis Thailand Jeneral Somyot Poompanmouag berkata kemungkinan warga China dan Filipina adalah antara 16 orang yang terkorban akibat letupan bom itu. Sumber polis lain pula berkata mangsa mungkin termasuk pelancong dari Jepun dan Hong Kong. Somyot kemudian mempengerusikan satu mesyuarat di ibu pejabat polis selepas melawat kawasan letupan

Lebih daripada 12 maut, dan ramai lagi cedera dalam letupan bom di Bangkok malam ini - Polis Thai

Imej
Lebih daripada 12 maut, dan ramai lagi cedera dalam letupan bom di Bangkok malam ini - Polis Thai Lebih daripada 12 maut, dan ramai lagi cedera dalam letupan bom di Bangkok malam ini. Letupan berlaku di pusat pelancongan terkenal, Erawan Shrine. Punca letupan dikatakan berpunca daripada bom pengganas. Sumber berita :  sputniknews.com Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!