Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel logo

Bulan Sukan Negara 2019

Imej
Bulan Sukan Negara 2019. Oktober Bulan Sukan Negara 2019. Bulan Sukan Negara adalah suatu kempen dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) bagi menggalakkan aktiviti bersukan kepada rakyat Malaysia. BSN 2019 akan dilancarkan pada 1hb Oktober 2019 di Kuala Lumpur. Objektif Bulan Sukan Negara adalah untuk : 1. Membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat 2. Memupuk semangat sukan 3. Membangunkan ekonomi negara 4. Meningkatkan pengetahuan sukan 5. Pengiktirafan kepada rakyat Beberapa agensi kementerian, swasta, NGO serta persatuan-persatuan turut serta bakal menganjurkan acara-acara diperingkat masing-masing seperti acara olahraga & padang, briskwalk 5km, senamrobik, zumba, senitari, sepakraga dan berbagai lagi. Semua golongan masyarakat, keluarga & kanak-kanak, wanita, belia, warga emas, serta OKU disasarkan untuk turut serta. Sasaran Aktiviti 1. 5 jam penyertaan 2. 3M – Mudah, Murah, Menarik 3. Semua bentuk pergerakan fizikal (aktiviti sukan, kecergasan dan rekre

LOGO & TEMA HARI GURU 2019 #TERIMAKASIHCIKGU

Imej
LOGO & TEMA HARI GURU 2019 #TERIMAKASIHCIKGU. TEMA : Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi Logo Ini Memberi Maksud: * Buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memperkukuh dan meningkatkan budaya membaca serta menzahirkan hasrat untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara yang berbudaya membaca. * Ikon orang melambangkan Guru dan Murid berpisah tiada. Guru mendidik murid sehingga berjaya. * Murid berjaya akan tetap menghargai gurunya sepanjang hajat. * Pemilihan warna emas (Gold) memperlihatkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. (dalam konteks warna). Dalam konteks nilai seorang guru - jasa guru tidak ternilai. Muat turun menerusi url berikut :  https://www.moe.gov.my/images/KPM/UKK/2019/03_Mac/LOGO_TERIMA_KASIH_CIKGU_FINAL.png --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬

Bawang Team is coming!

Imej
Bawang Team is coming! Semalam kita dok borak borak aje sebelum balik. Paginya yang si mus sibuk berposing bagai tu. Hari ni aku melantak sup mushroom aje masa lunch. Tetiba aje idea sudah mari. Jap aje kita contiang. Siap ada bersi kaler sama black and white selaras dengan #kitapilihhitam. Layan jangan tak layan. Yok bos! Bawang Team is ready!

Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020

Imej
Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020. Terma dan Syarat bagi Pertandingan Mereka Logo APEC Malaysia 2020. Pertandingan ini bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk logo bersempena dengan penganjuran Forum Kerjasama Asia Pasifik atau lebih dikenali sebagai APEC pada tahun 2020. Rekabentuk logo ini hendaklah mengambilkira keperluannya untuk disaiz semula, kesesuaian untuk dilihat dalam hitam-putih dan berwarna. Rekabentuk terakhir logo perlulah sesuai untuk dilihat/dipamer dan untuk digunakan bagi tujuan promosi, pin lapel, sepanduk, baju-t dan pelbagai barangan. Rekabentuk logo perlu: melambangkan Malaysia dan APEC; mengambil inspirasi dari kepelbagaian budaya, keharmonian kaum dan keunikan negara kita; melambangkan 3 tonggak APEC, iaitu Liberalisasi Perdagangan dan Pelaburan, Pemudahcara Perdagangan dan Kerjasama Ekonomi serta Teknikal; mengandungi perkataan “APEC Malaysia 2020” (lain-lain teks adalah tidak dibenarkan); mengandungi penerangan mengenai rasional pemiliha

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017 BERMULA 9 - 12 SEPTEMBER 2017

Imej
KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2017 BERMULA 9 - 12 SEPTEMBER 2017. Kembara Mahkota Johor 2017 akan berlangsung dari 9 hingga 12 September 2017. Setiap tahun KMJ mempunyai keistimewaan tersendiri. Tahun ini DYMM Tuanku berkenan memandu kereta klasik Morgan bermula dari Johor Bahru - Pontian - Kota Tinggi - Mersing - Kluang - Segamat - Tangkak - Muar - Batu Pahat - Kulai.

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57

Imej
LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-57. Di sini lahirnya sebuah cinta. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor

Imej
Logo baharu Jabatan Pendidikan Johor Menggunakan khat Kufi kerana khat ini membolehkan hurufnya digubah untuk mengisi ruang kosong tanpa mengubah identiti huruf berkenaan Khat Kufi Fatimi dipilih kerana gaya penampilan khat ini lebih estetik dan paling penting khat ini mudah dibaca Khat Kufi tidak mempunyai tanda-tanda baris. Sebagai hiasan, digabungkan unsur khat Kufi Muwarraq dengan memasukkan motif daun pokok tiin. PENGERTIAN LOGO Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor. Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengur

Perhimpunan bulanan bil.12/2013 pelancaran logo jpnj

Imej
Perhimpunan bulanan bil.12/2013 pelancaran logo jpnj dan diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan.

Garis Panduan Penggunaan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Garis Panduan Penggunaan Logo Baharu Kementerian Pendidikan Malaysia Pastikan anda mengetahuinya. Sila muaturun dan fahami tentang penggunaan logo baharu ini pada bahan-bahan anda. Muaturun di pautan berikut http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003200.pdf

Visit Kedah logo

Imej
Visit Kedah logo. Cun la pulak logo lama nih. Dah guna banyak kali. Just motto diubahsuai. Sent from Samsung Mobile

Lagu dan logo Sambutan Kemerdekaan ke 55

Imej
Keterangan logo Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia. Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun. Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai. Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara. Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membin

Kembara Mahkota Johor 2012

Imej
Picas shared from http://www.mppg.gov.my Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akan mengetuai jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2012 selama empat hari yang akan bermula pada 13 Mei ini dalam ekspedisi yang disertai oleh motosikal berkuasa tinggi. Dalam siri jelajah meliputi jarak 1,012 kilometer itu, Sultan Ibrahim akan menunggang motosikal Harley Davidson Street Glide. Pelancaran ekspedisi itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak di perkarangan pasar raya TJ Mart, Kulaijaya dan akan berakhir di Plaza Angsana, Johor Bahru. Picas shared from http://www.medkom.my Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Obet Tawil, berkata Sultan Ibrahim telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 952 penerima terpilih yang terdiri daripada golongan yang memerlukan bantuan di seluruh negeri ini. Antara barang sumbangan berkenaan ialah mesin rumput, mesin pengadun tepung, mesin jahit dan ketuhar yang kesemuanya bernilai RM786,780. Selain itu,

Sambutan Perayaan Hari Guru 2012

Imej
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. TEMA HARI GURU 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara LAGU TEMA HARI GURU 2012 Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun Beranikan Terima Seruan Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan Menciptakan Kreativiti Melahirkan Guru Inovatif Sahutlah Cabaran, Perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku Tercinta Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terki

Logo B-Gun JPN Johor

Imej
Boleh la.. 45 minit punya kije Tetiba jer petang nih dapat call. Ada satu logo memang nak ad-hoc, guna malam nih. Malam nih!!??! Sekarang pun dah jam 5.30 petang beb. Perghhh.. Terus mula kije. Dari Scratch pen tu, trace balik. Betulkan balik line senget. Line straight jer tau. Kalau curve nih asal boleh dulu aje. Len kali betulkan semula. Dah nak cepat kan. Kita buat cara cepat la jugak. Tu pun dah makan masa aku dekat 45 minit. Aiyaaa>>>> Scratch asal dia selepas discan dengan jayanya.. Enjoice...Sharing is power!!!

Logo baru Pejabat Pelajaran Daerah transparent

Imej
Nampaknya kena jugak aku buat imej vektor baru untuk logo ppd kebangsaan.. Yang aku search lam tenet langsung tak memuaskan hati langsung. Ni haplod hasil dengan belakang transperent. Kira ok la untuk viewing pleasure kata orang melayu kat tenet nih.. Yang besar akan dihaplod kemudian.. Of course kat fotolia aku la kan.. Aku akan haplodkan yang ada tulisan jb kat bawah tu ngan kosong.. Enjoice...Sharing is power!!!

Gengblogger?? Malware?? Camner nak buat??

Imej
Perasan tak sejak tengah bulan lapan, terutama kepada team gengblogger ni; bila kita surf blog kita mesti kuar warning pasal malware. Pueh aku godak script blog.. tak jumpa la pulak script pasal gengblogger ni. Maybe sebab aku terlalu banyak letak script lam blog aku, aku sendiri dah lupa. Sekali hari ni aku sesaja go through blog aku.. maka terperasan la logo gengblogger ni kat blog.. Cheiitt.. penat aku search lam script, lam design jer letaknya. Terus bukak design.. Buang. Test balik.. Hmmmm.. Alhamdulillah.. setel.. Tunggu sampai gengblogger dah sembuh nanti, baru aku masukkan balik yerkk.. Klik untuk kaedah buang logo ini Aku nyer gengblogger logo terlalu simple sampai aku sendiri tak perasan Log masuk ke menu admin, pilih design Pasal aku letak kat tepi, maka aku kena tengok gadget aku yang di bahagian tepi. Dah jumpa klik edit. Haaa.. kan jumpa script pasal gengblogger kat sini. Delete jer sumer script berkaitan. Dah sudah klik save.. Dah set

Belang tarung kembali

Imej
Boleh masa aku tengah dok sambung wat kije sambil layan lagu gamma ray sebelah petang tu, tetiba si mat nor masuk. Rul, tolong sharpkan fail ni leh. Fail apa? Ada la. Ye la.. Apa yang nak disharpkan? Ko bukak la dulu.. Sekali bukak.. lohhh.. belang tarung kembali daa.. ni pendekar laut nyer belang tarung nih. Caitt.. Apa kes.. Rupanya dia nak wat logo tampal kat keter dia. Buruk sangat la mat nor.. Tu yang aku nak ko sharpkan tu.. Betul ke ko nak yang ni. Ker ko nak yang cenggini. Aku terus bukak blog fotopages aku.. Haaa.. Ni komik Warlord Tiger Hell punya.. Cun tak.. Memandangkan aku pun dah nak balik, tolong buat design jap. Punch balik. Buat design dia. Terus masukkan ke laptop dia. Pastu terus calo balik.. Dah naik balik semangat pendekar laut aku.. Logo yang aku kasi dia dah upgrade sebenarnya. Logo ni dipakai Wan Yat Leong untuk design logo depan komik Warlord Tiger Hell dia atau lebih dikenali dengan nama Wira Tunggal Final kat mesia ni.. Enjoice...Sharing

Photobucket vs Imageshack : satu perbandingan

Imej
Alang-alang nak test laju tak laju antara photobucket dengan imageshack, aku haplod jer lencana sekolah aku kat sini. Bukannya apa satu.. memang dedua fail yang sama kan; dari segi saiz dan jenis. Keduanya, senang aku nak carik lepas ni. Asik kejap kat pendrive ni la, kejap kat hdd sana la. Cenggini senang sikit aku nak cari. Search jer lencana sktta kat blog aku kan.. hahahaha.. ni nama dia sambil menyelam minum airnya.. Photobucket Imageshack

PPDJB Corporate Video - the logo

A bit of busy lately doing a new version of corporate video for PPD Johor Bahru. Will updated when free..

My logo... returned

Imej
Walau seburuk mana pun logo ni. Ni la logo pertama aku sejak aku mula bekerja di bidang design mendesign ni. So, aku rasa mulai saat ini logo ini akan muncul kembali. Maybe ramai yang tertanya-tanya kemana hilangnya logo ni. Jawapannya.. karam bersama rosaknya harddisk aku semasa aku mula-mula jejakkan kakiku semula ke bumi johor. Dan aku rasa aku pun dah layak semula untuk keluarkan semula logo ini. Logo mknaceunlimited.