Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel magika

Megi jugak pilihan si inaz

Imej
Balik rumah tadi, nengok melepek si inaz. Demam kisahnya. Tu yang dari semalam muntah aje kerjanya. Tanya nak gi klinik tak... Tak nak katanya. Nak letak cool fever tak... Tak nak. Pun aku taruk aje. Nak makan apa... Tak nak. Tapi kalau megi adik cuba la. Terbaeekkk!!!nya jawapan dia. Nak tak nak, buat ajer la. Lepas makan nampak dah cergas sikit. Siap sukahati lagi layan movie magika... Published with Blogger-droid v1.7.4

Movie Review - Magika (2010)

Imej
4 bintang setengah aku kasik Memang satu kelainan filem muzikal arahan edry nih. Memang best. Dia berjaya bawak kita ke satu dimensi baru berkaitan ngan watak watak dongeng orang melayu kita. Memang cool. Cerita pasal Ayu dan adiknya Malik yang tersesat ke alam bunian lepas si malik ni jatuh ke perigi masa dia sembunyi ketika maghrib. So, bila sampai ke sana malik kena culik ngan nenek kebayan. Maka bermula la kisah ayu yang mengembara dengan di bantu oleh badang dalam mencari adiknya dan keluar dari alam tersebut. Apa pun memang best sengsangat cerita ni. Lain dari yang lain. Memang aku kasi 4 bintang setengah. Balqis berdua pun dah ulang kali keempat dah sehingga entri ni ditulis. Marbeles. Enjoice...Sharing is power!!!