Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel malam nisfu syaaban

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malam Nisfu Syaaban

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malam Nisfu Syaaban عَنْ مُعَاذِ بن جَبَلٍ عَن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَطَّلِعُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih  Pengajaran: 1.  Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya. 2.  Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim. 3.  Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana  Nabi SAW bersabda: عَنْ عَائِشَةَ قَالَت

Majlis Tahlil di rumah nenek yang

Imej
Majlis Tahlil di rumah nenek yang. Ambil berkat malam nisfu Syaaban sekali. Nenek yang sangat gembira. Satunya, semua dapat bersama. Meriah dan ceria dapat bersama. Keduanya, rumah pun dah dinaiktaraf. Alhamdulillah. Yang tek bestnya. Lama la pulak aku berdiri malam tadi. Kan dah sakit kaki aku pagi ni. Aduiii... Aku tau aku akan sakit, nak buat camner. Tak sanggup la pulak aku nak keluar duk kat luar jap semalam. majlis bermula. yang si iqi tu buat apa tu agaknya tu.. hehehe

Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Imej
Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban Riwayat:  (al-Bukhari) Sumber : JAKIM Hadith: Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Huraian Hadith: Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusi