Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel malaysia

The Colours of Life : December Remote Raid - Malaysia's Virizion

Imej
The Colours of Life : December Remote Raid - Malaysia's Virizion. 3 Star. 4 trainer bersama di Kuala Lumpur, Malaysia. Hehehe. Layan kat pasar tani tu beb. Liat juga nak nangkap. Status : Dapat. Yesss! https://youtu.be/dlLteXON5-c ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10

Imej
The Colours of Life - Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10. Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara. https://youtube.com/shorts/o8bgsZO4_uQ?feature=share ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Unboxing Series : Men Jersey T-Shirt Malaysia Long Sleeves

Imej
Unboxing Series : Men Jersey T-Shirt Malaysia Long Sleeves. Sesaja browse. Sekali jumpa tshirt harga borong daa.... Dapat pada RM8.88. Sublimation gitu. Amik 4 terus. Belasah aje. Minat? Layan sini https://shope.ee/1L2ltVHfbV   ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan

Imej
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob angkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia kesembilan di Istana Negara pada jam 2.28 petang hari ini. Ismail Sabri, 61, yang juga Naib Presiden UMNO adalah perdana menteri ketiga yang dilantik dalam tempoh tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan kehadiran 30 tetamu jemputan. Turut sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta beberapa pemimpin utama parti politik yang menyokong Ismail Sabri. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mkna

Selamat Hari Wesak 2021

Imej
Selamat Hari Wesak 2021 khususnya pada semua pengunjung blog yang beragama Buddha. ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019

Imej
Hackathon Data Terbuka Malaysia 2019 merupakan satu pertandingan pembangunan aplikasi/produk menggunakan set data yang disediakan di Portal Data Terbuka Malaysia sebagai data asas di samping menggunakan sumber-sumber data lain. Penganjuran Hackathon ini bertujuan untuk menyediakan ruang perkongsian ilmu, mempromosi produk atau inisiatif digital perkhidmatan awam dan menggalakkan penglibatan komuniti dalam membangunkan produk inovasi menggunakan Data Terbuka Malaysia. Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan. Penyertaan adalah percuma dan terbuka dan kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap kumpulan dihadkan kepada dua (2) hingga lima (5) orang sahaja. Penyertaan adalah secara dalam talian terbuka kepada tiga (3) kategori iaitu: - Kategori 1 : Sektor Awam - Kategori 2 : Universiti dan Industri - Kategori 3 : Pelajar Sekolah Menengah Penggunaan set Data Terbuka daripada Portal Data Terbuka

Top Eleven 2018 : My National Team - Malaysia terchenta

Imej
Top Eleven 2018 : My National Team - Malaysia terchenta. Lantak la orang nak kata apa kan. Opcoz aku akan pilih team Malaysia as my national team. Memula main memang masak la. 3 bintang je dia bagi. Paling top pun si Akram Mahinan - 4 star. Pengalaman banyak mengajar. Berabis semua token jugak untuk dapat 1 player 4 star dan 1 goalkeeper 5 star. Lepas tu kasi training abis abis. Minggu 1 aku jadi pasukan belasahan aje. Takpe. Season dua aku mula naik. Yang penting training kena kaw kaw, gameplay aku main short aje. Minggu 2 aku dapat kalahkan semua team on one shot. hari hari yang ada aku habiskan tenaga on training aje. Hari ni masuk Minggu 3. Aku amik team paling hard dulu. Amerika. First main. Boleh pulak seri 2-2. Takpe. Perabis energy dalam 4. Return semula. Dapat 2-1. Yang best, dah cukup point untuk free player. Aku pilih midfield 5-star walau umur dia paling tinggi, sebab dia ada kelebihan sebagai playmaker. Lepas ni gameplay leh ubah right flank pulak kan. Layannn...

Dr Mahathir serah nama Menteri Persekutuan baharu

Imej
Dr Mahathir serah nama Menteri Persekutuan baharu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu. Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018. Senarai nama yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut: Perdana Menteri 1. Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu - Langkawi) Timbalan Perdana Menteri 2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan) Menteri BERSATU: 3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) 4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) 5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa) PKR: 6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh

Imej
Tun Dr Mahathir Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ketujuh. Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam. Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu. Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi lokasi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua. Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa. Terdahulu

Negaraku Sehati Sejiwa

Imej
Negaraku SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017 Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu. Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, "Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang." "Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan," Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan men

Iklan Kekosongan Jawatan Di English Language Teaching Centre, Malaysia (ELTC)

Imej
Iklan Kekosongan Jawatan Di English Language Teaching Centre, Malaysia (ELTC). Permohonan Jawatan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Untuk Berkhidmat Sebagai Ketua Jabatan/Pensyarah/Pegawai Pentadbiran di English Language Teaching Centre, Malaysia (ELTC) kini dibuka. Pemohon diminta untuk mengisi Borang PPP(ELTC) dan hendaklah dikemukakan ke English Language Teaching Centre, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, melalui Pengetua/Guru Besar, Ketua Jabatan berkenaan bersama-sama dengan dokumen berikut : 1 salinan Penyata Perkhidmatan yang bertaip 1 salinan Laporan Prestasi Tahunan 2014, 2015,2016 Salinan-salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan dokumen-dokumen yang berkaitan 1 salinan Pengesahan Laporan Harta 1 salinan Laporan Tatatertib Muaturun  1. Borang PPP(ELTC) 2. Iklan Perjawatan --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#alte

Sehati Sejiwa Bulan Ulangtahun Kemerdekaan ke-59

Imej
Sehati Sejiwa Bulan Ulangtahun Kemerdekaan ke-59. Bersama kita memupuk semangat patriotisme dan bersatu-padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Merdeka!

Pembayaran Peringkat Ketiga BR1M 2016 Diawalkan

Imej
Pembayaran Peringkat Ketiga BR1M 2016 Diawalkan Mulai 15 Jun Sempena Aidilfitri. Pembayaran peringkat ketiga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diawalkan mulai 15 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 6 Julai. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan berharap pemberian BR1M itu dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti. Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima. -- BERNAMA --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar

Imej
Pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar. Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Sungai Besar bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan demikian  pada 10.28 pagi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Bernam ditutup pada 10 pagi. "SPR telah menerima kertas pencalonan daripada tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional pada pukul 9.03 pagi, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 pagi daripada parti Amanah dan Dr Abdul Rani Othman daripada parti PAS pada 9.12 pagi. "Selepas menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai proses pencalonan, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," katanya yang disambut sorakan pada penyokong calon yang hadir. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah

Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar

Imej
Pertembungan 4 penjuru PRK Kuala Kangsar. Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) serta seorang calon Bebas. BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari. Pengumuman senarai calon itu diumum Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, di Dewan Jubli Perak, di sini sebentar tadi. Wakil Mastura mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi, Dr Najihatussalehah pada jam 9.05 pagi dan masing-masing pada jam 9.10 pagi oleh calon PAN dan Bebas, Ahmad Termizi dan Izzat. SPR juga memaklumkan tiada borang pencalonan ditolak selepas kesemuanya menepati syarat bertanding ditetapkan agensi itu, hanya satu yang menarik diri iaitu atas tiket calon Bebas. Datuk Abu Backer Sidek tidak meneruskan hajatny

Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016

Imej
Tarikh melihat anak bulan Ramadan 5 Jun 2016. Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia ialah pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu. Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi: Pontian Kecil, Johor Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Pera

Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini

Imej
Ribut Taufan Dijangka Bawa Semula Jerebu Ke Malaysia Mulai Hari Ini Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak dijangka terjejas ekoran ribut taufan (cyclone) di timur Filipina yang menolak angin dan membawa jerebu dari Indonesia kembali ke Malaysia mulai Rabu. Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat di Semenanjung termasuk bahagian selatan Perak ke bawah, pantai Barat hingga ke Johor serta sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sarawak. "Kawasan-kawasan ini akan menerima angin ribut taufan yang membawa jerebu dari Indonesia namun tidak dapat dipastikan sejauh mana tahap keadaan jerebu yang akan berlaku," katanya kepada Bernama. Beliau berkata terdapat kemungkinan berlaku semula jerebu selepas keadaan beransur pulih dalam tempoh seminggu lepas, tetapi ia bergantung kepada tiupan angin sama ada sangat perlahan atau kuat dalam masa peralihan monsun yang sentiasa berubah-ubah. "Mungkin suka

SAMBUTAN KEMENANGAN PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM SELAKU JUARA LIGA SUPER MALAYSIA 2015

Imej
SAMBUTAN KEMENANGAN PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM SELAKU JUARA LIGA SUPER MALAYSIA 2015 Para penyokong adalah dijemput hadir bagi sambutan meraikan kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim selaku juara berturut-turut Liga Super Malaysia untuk tahun 2014 dan 2015 yang akan diadakan seperti berikut :- Tarikh : 23hb Ogos 2015 (Ahad) Masa : 8.30 malam Lokasi : Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin Luaskan Kuasamu Johor ‪#‎BerjuangBersamaKami‬

Malaysia Cadang Kawal Selia Internet - Najib

Imej
Malaysia Cadang Kawal Selia Internet - Najib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet. "Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah. "...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar' pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Khamis malam. Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar. Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang N

Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci

Imej
Kumpulan Pertama 450 Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia berlepas ke tanah suci pagi ini dengan pesawat milik Arab Saudi. Majlis penghantaran mereka di Kompleks Tabung Haji (TH) Kelana Jaya di sini, disempurnakan Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Menurut Pengurus Besar Kanan (Haji) merangkap Ketua Rombongan Haji 1436 Hijrah Datuk Syed Saleh Abdul Rahman, pesawat SV5701 yang membawa jemaah dijangka tiba di Madinah pada 9 pagi waktu Arab Saudi. Perjalanan ke Madinah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL mengambil masa 8 jam. Kumpulan pertama itu merupakan sebahagian daripada kira-kira 1,000 bakal haji Malaysia yang dijadual berlepas ke tanah suci Ahad. Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdul Azeez berkata beliau yakin kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah keselamatan bagi memastikan musim haji kali ini berjalan lancar, susulan pergolakan di sebuah negara jiran. "Kita (TH) juga telah mengambil