Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel map

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Keempat

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Keempat. Last day. Sempat snap dulu tiket parking. Tarikh penting tu. Sampai PPD. Sarap dulu. Rumusan akhir dibuat. Siap pembentangan daripada kedua-dua wakil kumpulan. Sebelum pulang sempat bergambar dengan tuan PPD. Terima kasih atas semuanya. Jumpa lagi di lain masa sekiranya diizinkan olehNya.

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Ketiga

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Ketiga. Sarap dulu kat hotel. Siap keluar ke balkoni menikmati udara segar muar. Takde penghadang. Sempat rasa gayat. Berkumpul di PPD. Ada sarapan Nasi Ambeng. TQ Ayu. Belanja sarap pagi ni. Selesai. Bergerak ke SMKA Pagoh. Lawatan penanda arasan bermula dengan pembentangan daripada pengetua. Selesai pembentangan, pemeriksaan fail dan lawatan ke sekitar sekolah bermula. Terus sambung dengan mesyuarat MAP selepas selesai lawatan. Leh tahan jugak la. On the way back singgah jamak kat masjid Pagoh. Berenti jap di Bukit Pasir. TQ Dr M belanja derian. Kena 3 ulas. Terbanyak setakat ni aku makan. Kepala dah kenoning. Patut aku amik seulas aje. Haiissshhh. Sampai hotel terus drop. Sedo sedo dah maghrib. Penangan 3 ulas derian. Hahaha. Malam ni free. Turun makan di Muar Soup House. Dari hari tu kepingin nak makan kambing gunting. Leh tahan jugak. Pa

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Kedua

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Kedua. Apapun sarap dulu kat hotel. Kari ayam dia memang sangat marbeles. Siap tambah sekali lagi pasal terkesima dengan rasa dia tu. Selesai sarap gerak ke PPD untuk bergerak ke sekolah yang terpilih untuk lawatan penanda arasan. Kami bergerak ke 4 buah sekolah hari ni. 2 sekolah Muar di sebelah pagi dan 2 sekolah Tangkak di sebelah petang. Memang terbaeekkk!!!! aku terlibat dengan dua buah sekolah bersama team, SJKC Pei Yang dan SM Sains Muar. Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat dalam perkongsian amalan terbaik pengurusan maklumat sekolah-sekolah negeri Johor. Masa balik sempat singgah Mak Pon jap. Lupa pulak nak ngambik gambo kat sini gara-gara main ngan kucen kat sini. Sebelah malam, kita buat majlis khas untuk Dr. M, En Wan dan En Shohimi. Surprise sekali sekala kan. Dr.M dan en Wan bakal bersara dan En Shohimi

Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Pertama

Imej
Lawatan Penanda Aras Amalan Terbaik Pengurusan Maklumat Sekolah Negeri Johor dan Mesyuarat JK Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2/2019 : Hari Pertama. Selamat datang ke Johor untuk semua pegawai daripada EPRD dan Ketua Unit Maklumat negeri. Lepak jap ngan Hairin bersama semua penyedia makanan sepanjang program ni nanti. Topup mana yang rasa perlu ditambah lagi. Sesekali kan. Lepak jap lunch kat Kilat ngan KUM Perak. Kebetulan dia dah sampai awal. Around 1 aku ajak yang mana dah sampai untuk lunch dulu kat cafe PPD. Taklimat awal diteruskan selepas tu. Check in ke Hotel Classic yang akan menjadi tempat berehat aku sepanjang 4 hari program ni. Sarawak dan Penang pun duduk di hotel yang sama. Lewat petang aku gi tapau iftar untuk berbuka. Hari last puasa 6 aku. Makan pun tak abis. Lepas maghrib dah ke PPD. Kami naik bas reramai ke Sabak Awor yang dah ditempah awal. Buat sedikit jamuan untuk semua pegawai yang dah sampai. Rapatkan ukhuwah. Memasing pakat berkongsi rezeki. Malam ni Perl

Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019. Mesyuarat bilangan 1 kali ni dijalankan dari 18 hingga 20 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat Kemuning, E8. Kena pulak ngan meetims JPMN di negeri. Nak buat camner kan. Yang menarik. Meetims MAP bil.2 nanti nak buat kat Johor. Nak semak sekali amalan terbaik. Sempat berposing reramai lepas tu. Manalah tau kan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 3. Last day di Putrajaya. Singgah sarap di Kafe @ E2 lagi. Lebih ramai member pagi ni. Alhamdulillah. Terus gerak ke Bilik Mesyuarat selepas tu. Hari ni disambung dengan isu berbangkit sebelum penerangan dan perbincangan lanjut berkenaan Inisiatif PPPM - Repositori Data. Yang pastinya pengurusan data kenalah diurus mengikut SOP yang telah ditetapkan. Juga dibincangkan berkenaan dengan Data Perbandaran Baharu - Kajian 2017 bagi Dasar Perbandaran Negara Kedua. Nampaknya status bandar luar bandar akan ada perubahan lagi ni. Apa pun, tunggu surat punca kuasa untuk status baharu. Seterusnya perbincangan lanjut berkenaan Semak Ralat dan Isu Data Pendidikan. Yang penting. Kita kena bersedia bagi memastikan data kita sentiasa berintegriti bagi memastikan keputusan dan intervensi yang dibuat adalah lebih tepat dan berkesan. Data Kita, Wajah Kita, Maruah Kita!

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 2. Pepagi kami sarap kat Kafe di E2. Boleh tahan jugak harga dia. Esok nak cari port lain pulak la. Terus ke Bilik Mesyuarat Kemuning di E8. Selepas pengesahan minit, perbincangan difokuskan pada perkara berbangkit. Selepas tu pembentangan Post Mortem Konvensyen Pengurusan Maklumat yang lepas di PJ. Masuk pulak modul baharu berkaitan data untuk STEM. Nampak lebih sistematik. Sebelum rehat sekali lagi dibincangkan berkaitan ralat pengisian data utiliti yang masih belum selesai. Banyak nak kena tengok balik ni. Selepas makan tengah hari ada sedikit taklimat dari Dr. Yunus dan pegawai dari BPSM berkaitan pengurusan data dalam cadangan penstrukturan baharu. 5 lebih jugak baru kami selesai agenda hari kedua ni. Boleh tahan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.2 Tahun 2018 : Day 1 - The Road To Putrajaya. Hari ni memang nak tak nak terpaksa aku minta izin dari urusetia untuk sampai lewat. Dari Johor jam 1.30 petang jugak. Singgah jap di Pagoh untuk makan tengah hari. Tu pun dah jam 3.30 petang. Lapo. Dari pagi tak makan. Kaki? Kalau ikut hati macam tak larat nak teruskan. Masuk je Negeri Sembilan hujan selebat alam. Perghhh. Larong je. Sampai Nilai baru on Map. Eh. Dia soh masuk jalan lain ni. Biasanya sampai Kajang baru aku on. Belasah. Memang jalan hutan mana ntah dia bawak. Sampai ke simpang lama Dengkil baru aku perasan jalan mana dia ikut ni. Memang tembus terus ke jalan sebelah Everly. Terbaeekkk!!!! ahh. Tu pun. Dah dekat jam 6 jugak aku sampai. Check in. Baru on laptop, dapat mesej dari Perak. Yok makan. Aku pilih Alamanda aje memandangkan aku rasa nak tekan pedal lagi cam ngilu ngilu gitu. Hehehe. Nyempat lagi meronda Mr. DIY macam kat Johor takde je. K. Rehat

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1 tahun 2018

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1 tahun 2018. Alhamdulillah. Selesai sudah mesyuarat 3 hari di E8 Putrajaya. Kurang sikit stress berbanding masa dedolu yang mana kami bermesyuarat penuh dari pagi sampai ke malam selama 3 hari. Tu pun. Aku pening kepala dan selsema teruk ketika sampai ke rumah dari Putrajaya petang Khamis tu. Kali ni memang padat dengan cerita-cerita serba baharu terutama dari segi pembaharuan kaedah. Kebanyakannya telah beralih sepenuhnya secara atas talian dengan platform yang lebih stabil. Cuma. Aku kena perah otak semula macam mana nak gayakan bersesuaian dengan kekuatan negeri nanti. Tarikh tarikh mesyuarat MAP dan JPMK yang bakal tiba juga turut dipaparkan menunjukkan komitmen dan iltizam yang lebih perlu kami kerah bagi sepanjang tahun 2018. All the best and be the best untuk semua!

Putrajaya Here I Come!

Imej
Putrajaya Here I Come! 9 sampai 11 Ogos yang lepas aku ke putrajaya. Mesyuarat MAP kebangsaan. Layan aje dok sini sampai jemaat. Singgah Bangi dulu. Kebetulan atuk dan nenek kedah ada kat rumah mak yang. Borak borak santai sebelum aku gerak ke E8 untuk meeting pada sebelah petangnya. Malam tu kat everly. Abam Perak ajak gi Medan Selera Precint 9. Layan. Dua malam kami ke situ. Dah memang dua malam pun kan. Layan semak Fail Meja dan Bajet negeri sebelah malamnya. Full time kot 3 hari ni. Siang dengan MAP, malam dengan Johor.

Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017

Imej
Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017. Dah lama bersawang dalam Dropbox aku. Hari ni baru dapat dikeluarkan. Ni last sesi pixel besar Galaxy Camera aku rasanya. Hehehe. Mesyuarat dijalankan 22 sampai 24 Februari yang lepas. Kira macam precouncil yang dilaksanakan diperingkat negeri la ni. Sebelum semua isu negeri diangkat ke JPMK. Tahun ni semua ikut timeline sepertimana yang ditetapkan. Tu pasal aku gerak JPMN minggu 2 seperti mana yang ditetapkan. Tu pun lari sikit ke minggu 3 sebab minggu 1 tu raya cina. Kali ni aku bawak Mustakim bersama. Timba pengalaman. Mana tau nanti kena gi wakil aku ke. Tak la teraba-raba. Kekeke. Pagi 22 tu sempat sarapan di Pagoh. Blank tak tau nak makan apa. Jarang aku outstation sejak aku mula kawal makan ni. Belasah aje le apa yang ada. Sampai aje. Jumpa dulu semua pegwai EPRD yang ada. Kenalkan si Mustakim. Senang dia nak liase dengan diaorang nanti. TQ Adhi kerana belanja makan lunch itu hari. Layan aj

Seminggu di Kuala Lumpur

Imej
mesyuarat map bil 2 bermula So, ni antara salah satu mesyuarat yang memang fully occupied , dari pagi sampai ke malam setiap hari selama 3 hari 2 malam. Makin banyak perkara ditambah ke dalam tentatif mesyuarat seperti barisan hadapan dan integrasi sistem. Pergghhh... berasap kepala aku. first time aku meeting sampai berasap kepala. pelik jugak. or maybe aku masih belum dapat rehat secukupnya kot. Apa pun... layannnzzz... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! laluan utama ke tempat rehat di R&R Pagoh tak ingat ni hentian mana ntah yang aku berenti gulai ayam kampung yang best di r&r pagoh Isi minyak dulu Suasana rutin jalanraya utama di KL  check in @ hotel capitol room 111 pandangan luar tingkap bilik aku, low yat ber background berjaya times square sarapan pagi course pertama ABC kurang gula yang dibikin sendiri aku isu pengintegrasian sistem sedia ada barisan ku maklumat dari serata malaysia