Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel matematik

Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya : 20190927 Kelas Tambahan Matematik

Imej
Sekolah Menengah Kebangsaan Nusajaya : 20190927 Kelas Tambahan Matematik. Macam biasa. Pepagi dah sarap kat warung sebelah shell. Mama ada kelas tambahan Matematik dengan kebudaks dia pagi ni. Lama aku tak makan kat sini. Roti canai sama nasi lemak. Kuah memang power. Siap tapau nasi lemak sikit wak balik. Setel baru nganto mama ke sekolah untuk kelas tambahan dia. All the best pada semua.

Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019

Imej
Program Kecemerlangan Matematik SPM 2019. Hari ni bawak budak gi program kecemerlangan matematik kat SMK Taman Tun Aminah ngan mama. Anjuran PPDJB dengan kerjasama Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Dua cikgu, lapan budak. Sampai aje dah jumpa rakan-rakan lama kat sini. Ni la dia kebudak math UTM satu batch satu ketika dulu. Si Nizam pun ada sekali. Kakaka. Dah jadi majlis reunion ke gapo ni. Si Maini jadi fasi. Last aku jumpa berdepan masa dia masih kat Sains Sabah. Masa tu dia jadi cikgu data. Yang lelain tu memang la selalu jumpa pasal semua kat skudai aje. Layan... Belajo kat skudai, ngaja kat skudai, program pun kat skudai. haisshhhh... tak berkembang tul. Hahahaha

Seminar SPM 2019 Teknik Menjawab Matematik

Imej
Seminar SPM 2019 Teknik Menjawab Matematik. Seminar anjuran UEM Sunrise dengan kerjasama Berita Harian dijalankan di SMK Gelang Patah. Mama terlibat pada sesi sebelah petang. All the best to all!

Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM SMK Taman Nusajaya

Imej
Bengkel Teknik Menjawab Matematik SPM SMK Taman Nusajaya. Tadi. Mama ke sekolah. Ada program. Boleh tahan pack nya kebudaks form 5 sekolah mama yerk. Good luck to all.

Seminar SPM Sekolah-sekolah Pintar UEM Sunrise Berhad

Imej
Seminar SPM Sekolah-sekolah Pintar UEM Sunrise Berhad. Petang ni giliran mama bertugas di program ni. Program anjuran UEM Sunrise dengan kerjasama Berita Harian dilaksanakan di Dewan Kuliah 6, P19, UTM Skudai. Pusing jugak aku mencari. Nampak nor lama tak masuk menjelajah UTM. :)

Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai

Imej
Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai Tarikh : 25 April 2009 Masa : 8.00 pagi - 12.30 tghari Tempat : Dewan SK Seri Perling 2 Pendaftaran dan Pusingan kelayakan Foto tidak dapat diambil disebabkan pendokumentasian Pertandingan Kemahiran Hidup di SK Taman Perling Hakim mengira markah dan menentukan pasukan yang layak ke Pertandingan Akhir Pertandingan Akhir Pasukan yang Layak Barisan Juruacara, Penjaga masa dan juri Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Penentuan tempat kedua dan ketiga Disebabkan markah di antara SK Taman Universiti 1 dan SK Taman Universiti 4 adalah sama pada 33, satu soalan bonus dikemukakan untuk pemutus seri. Penyampaian sijil Sijil disampaikan kepada semua sekolah bertanding Kelima : SK Taman Perling Keempat : SK Bandar Baru Uda 2 Ketiga : SK Taman Universiti 1 Kedua : SK Taman Universiti 4 Johan : SK Sri Skudai Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku Johan Barisan kerja Slideshow