Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel math

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu

Imej
Akhirnya... Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing. Itupun ianya akan berkuatkuasa pada tahun 2012. Takpelah.. yang penting kembali ke bahasa ibunda. Alhamdulillah.. 08 Julai, 2009 15:06 PM Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Kembali Dalam Bahasa Melayu PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan kembali dikendalikan dalam Bahasa Melayu, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Rabu. Beliau juga mengumumkan pengajaran dan pembelajaran bagi dua subjek itu di sekolah jenis kebangsaan akan diadakan dalam bahasa ibunda. Pelaksanaannya akan berkuatkuasa pada tahun 2012, katanya. --BERNAMA

Iqa new workbook - Mathematics Year 1

Imej
Mama beli 2 set buku tahap satu untuk Iqa semalam semasa aku sibuk dok menunggu kasut aku dijahit tu. Matematik darjah 1 sampai 3 dan Sains darjah 1 sampai 3. Hari ni memandangkan aku baru jer settle buat kertas soalan math darjah 3, aku nak gak try tengok Iqa boleh tak buat soalan tahun 1 ni. Haaa.. siap dah pun soalan aku. Esok nak submit kat ketua panitia.. Masa simpan kertas ni kat dalam keter aku terperasan set buku iqa ni. Aku terus bagi buku math tahun 1 suruh iqa buat. Boleh tahan gak la. Tapi money dia lemah sikit.. Kena banyak tunjuk ajar lagi ni. Aku tunjukkan sikit cara tolak pakai conteng-conteng, sikit-sikit pasal solving problem. Pastu dia dah penat. Baru siap page 13. Takpe la. Esok sambung lagi.

Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai

Imej
Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai Tarikh : 25 April 2009 Masa : 8.00 pagi - 12.30 tghari Tempat : Dewan SK Seri Perling 2 Pendaftaran dan Pusingan kelayakan Foto tidak dapat diambil disebabkan pendokumentasian Pertandingan Kemahiran Hidup di SK Taman Perling Hakim mengira markah dan menentukan pasukan yang layak ke Pertandingan Akhir Pertandingan Akhir Pasukan yang Layak Barisan Juruacara, Penjaga masa dan juri Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Penentuan tempat kedua dan ketiga Disebabkan markah di antara SK Taman Universiti 1 dan SK Taman Universiti 4 adalah sama pada 33, satu soalan bonus dikemukakan untuk pemutus seri. Penyampaian sijil Sijil disampaikan kepada semua sekolah bertanding Kelima : SK Taman Perling Keempat : SK Bandar Baru Uda 2 Ketiga : SK Taman Universiti 1 Kedua : SK Taman Universiti 4 Johan : SK Sri Skudai Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku Johan Barisan kerja Slideshow