Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mathematics

UPSR 2018 : Day 3 with Inaz

Imej
UPSR 2018 : Day 3 with Inaz. Hari ni tiba giliran kertas Matematik. Nak kata apa bagi kertas ni lagi kan. Yang penting pengurusan masa yang baik lah. Majlis Yasin seperti biasa dalam surau semasa kedua-dua kertas berjalan. Selesai kertas 1. Inaz jumpa aku. Bah. Adik bantai 6 soalan. Perghhh! Susah sangat ke dik. Pinjam jam soalan dari cikgu. Nampak straight forward. 10 soalan ke belakang nampak a bit tough. Sambung kertas dua. Pun inaz jumpa aku lepas selesai. Dua soalan dia bagi kat aku. Satu pasal kebarangkalian. Ni tak salah tulis tau. Kekeke. Satu lagi pasal nak beli tv. OK la tu. Masa nak balik mama telefon. Inaz OK tak. Rupanya heboh kata soalan susah. Hmmm.. OK. Aku terus pas aje kat inaz. Jawapan dia pada mama dia bagi aku agak matured. Siap tenangkan kengkawan yang lain. Apapun. Semoga dipermudahkan. Harap Inaz dapat menjawab soalan-soalan UPSR hari ini dengan baik. Semoga Allah permudahkan segalanya dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Esok sambung dengan kertas terakhir,

KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN MATHEMATICS & BAHASA TAMIL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Imej
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN PEMBATALAN UJIAN MATA PELAJARAN MATHEMATICS & BAHASA TAMIL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 Kertas ujian Mathematics dan Bahasa Tamil UPSR 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi ujian Mathematics 015/1, 025/1, 035/1, Bahasa Tamil 036, 037 adalah pada 9 Oktober 2014

Iqa new workbook - Mathematics Year 1

Imej
Mama beli 2 set buku tahap satu untuk Iqa semalam semasa aku sibuk dok menunggu kasut aku dijahit tu. Matematik darjah 1 sampai 3 dan Sains darjah 1 sampai 3. Hari ni memandangkan aku baru jer settle buat kertas soalan math darjah 3, aku nak gak try tengok Iqa boleh tak buat soalan tahun 1 ni. Haaa.. siap dah pun soalan aku. Esok nak submit kat ketua panitia.. Masa simpan kertas ni kat dalam keter aku terperasan set buku iqa ni. Aku terus bagi buku math tahun 1 suruh iqa buat. Boleh tahan gak la. Tapi money dia lemah sikit.. Kena banyak tunjuk ajar lagi ni. Aku tunjukkan sikit cara tolak pakai conteng-conteng, sikit-sikit pasal solving problem. Pastu dia dah penat. Baru siap page 13. Takpe la. Esok sambung lagi.

Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai

Imej
Kuiz Matematik peringkat Zon Skudai Tarikh : 25 April 2009 Masa : 8.00 pagi - 12.30 tghari Tempat : Dewan SK Seri Perling 2 Pendaftaran dan Pusingan kelayakan Foto tidak dapat diambil disebabkan pendokumentasian Pertandingan Kemahiran Hidup di SK Taman Perling Hakim mengira markah dan menentukan pasukan yang layak ke Pertandingan Akhir Pertandingan Akhir Pasukan yang Layak Barisan Juruacara, Penjaga masa dan juri Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Penentuan tempat kedua dan ketiga Disebabkan markah di antara SK Taman Universiti 1 dan SK Taman Universiti 4 adalah sama pada 33, satu soalan bonus dikemukakan untuk pemutus seri. Penyampaian sijil Sijil disampaikan kepada semua sekolah bertanding Kelima : SK Taman Perling Keempat : SK Bandar Baru Uda 2 Ketiga : SK Taman Universiti 1 Kedua : SK Taman Universiti 4 Johan : SK Sri Skudai Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku Johan Barisan kerja Slideshow