Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel merdeka 52

Sambutan Hari Kebangsaan ke-52 Nuri

Imej
Hari ni sekolah Nuri iqa buat sambutan Hari Kemerdekaan. Macam biasa ada perarakan keliling Taman Nusa Perintis. Yang bestnya ada pertandingan pakaian beragam dan pertandingan mewarna. Dua-dua iqa masuk. Keputusannya; Pakaian beragam Iqa dapat tempat kedua manakala mewarna Iqa jadi johan. Tu yang dok melaram ngan hadiah dia tu.

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-52 Johor

Imej
Sambutan tahun ni dibuat kat Stadium Larkin. Aku kuar tadi pun lebih kurang jam 6.15 pagi. Gelap lagi tu. Jalan memang lengang la. Sampai jer area Larkin mula nampak sibuk sikit. Terus cari tempat parking. Ngam ngam sebelah stadium. Kuar nengok geng-geng perbarisan yang ramai. Kuar jer. Masuk jer stadium tengok dah ramai gak la orang kat dalam. Masuk jer mama terus cari tempat pendaftaran. Aku cam biasa la. Kuarkan kamera melilau. Petugas tanya dari mana, maybe sebab style aku kot. Ala dari sekolah jer. Terus aku tanya perjalanan majlis; kat mana aku nak duduk and what so ever la. Cheh. terspeaking london jap. Pastu baru aku gi daftar nama. La, baru aku ngan mama jer yang daftar. Mama tanya nak dok mana. Aku cakap kita kena berbaris kiri kanan padang. Tak yah la. Jom cari tempat duduk. Nanti pun aku mesti meronda punyer. Dapat tempat duduk, aku cam biasa merayap lagi. Merayap sana, merayap sini. Borak-borak ngan photografer yang datang. Pastu ajak mama tukau tempat. Jom dok kat atas la