Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mowgli

Kem Orientasi Mowgli - Day 2

Imej
Hari ni merupakan hari kedua merangkap hari pengujian.. Semua bebudak pengakap ni akan diuji samada apa yang mereka belajar selama sehari semalam ni berjaya diaorang dapat ke tidak. Bunyi macam susah jer, padahal ujian yang paling asas jer. Semua pelajar diberi masa setengah jam untuk mengulangkaji secara sendiri sebelum ujian dijalankan. Adalah beberapa yang eksen bebenor kononnya dah terer habis, tapi masa kena soal, bebudak ni ler yang terketor lutut segala. Hahahaha.. tu la, lain kali jangan riak sangat. Bukan lama pun Tuhan nak tunjuk.. Majlis penutup dihadiri oleh kesemua pentadbir sekolah. TQ atas keprihatinan. Len kali nak wat kamping yang lagi ganazzz... :: Klik untuk cerita penuh :: Kena kemas la dulu kemah kamping korang ni. Ingat ni kandang kambing ker.. Sesuka hati nak pacak kat maner, sesuka hati nak tinggal.. Kita belajar buat kungfu cara bangau.. Hiyaaarrrkkkk!!!! Bila cikgu jerit kuat-kuat korang lompat cam katak tinggi-tinggi tau.. hahaha.. berdiri jer la.. Saya bersu

Kem Orientasi Mowgli - Day 1

Imej
Petang jemaat lepas bermula la Kem Orientasi Mowgli kat sekolah aku, mana lagi kalau bukan sk taman tun aminah 1. Masa nak gi sekolah iqa sibuk nak ikut. Tak sedar diri dia sakit ka apa. Sampai nangis-nangis nak ikut. Mana leh kasi. Badan panas membara lagi tu. Sampai dewan jer bebudak dah ada. Pas aisah sampai baru aku set dewan. Panggil bebudak pasang lcd apa ke semua tu. Pastu aisah terus buat pengenalan pasal persetiaan pengakap. Habis jer tu, aku handle riadah lak. Main bola pakai kain pelekat. Besh... Banyak perbetul kain dari main bola. Hazim lak jadi commentator.. Habis segala nama kumpulan jadi nama binatang, ayam la, biawak la, lembu la, kambing la. hahaha.. bebudak suka hati. Pas dah settle baru pasang kemah. Malangnya kemah ada empat jer.. so, malam ni bebudak tido lam dewan jer la nampaknya.. Sebelah malam lak, fail-fail tugasan mula dibagi ke bebudak. Pastu bebudak scout si aisah pun dah mula datang. Depa take over ngan si aisah. Pastu aku pun balik. sian lak kat si iqa k

The Jungle Book

Imej
Hari jemaat ni sekolah aku wat satu camping pengakap. Nama camping kali adalah... jeng jeng jeng.. Kem Orientasi Mowgli.. Wowww.. Kelas tu nama dia. Pasti si Aisyah ni kasi aku satu kerja.. Cuba cari citer The Jungle Book.. Haaa.. Mana sempat beb. Nak donlod torrent pun ikut nasib. Kalau citer-citer baru insyaAllah la boleh aku usahakan. Citer-citer lama ni kurang sikit seeder dia.. Balik jer dari sekolah tadi, aku rasa nak gak cari citer ni. Mana la tau nasib aku terjumpa yang seeder banyak kan. Untung sabut la kan. Sekali masa browse ni terjumpa la pulak citer adaptasi Jungle Book lakonan Jason Scott Lee ni. Pergghhh.. Layan beb.. Rasa macam kenangan lama berulang balik. Ni ler antara citer pertama yang aku beli CD original dia. Masa dulu mana ada juai CD cetak rompak macam la ni. Yang cetak rompak pun harga dia around RM25 - RM30. Tengok pun pakai PC jer. PC tu siap aku pasang video card semata-mata nak layan movie jer. Perghh.. kenangan tu.. So, apa lagi.. cari torrent dia donlod.