Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel muar

Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas, Tanjung agas, Muar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas, Tanjung Agas, Muar. 26 Januari. Singgah jap sini makan lunch. Sesaja masuk jalan lama. Port biasa dari dulu kalau singgah Muo. Memang terbaeekkk!!!!.

Jom Jenjalan : Donhu Jurassic Garden

Imej
Jom Jenjalan : Donhu Jurassic Garden. Balik dari Muar ikut jambatan kedua. Kebetulan lalu di sini dan ambil kesempatan untuk singgah jap. Memang menarik tempatnya. Penuh dengan dinosaur dan ianya percuma. Suka si ici mengembara ke setiap dinosaur yang ada.

Uptown Maharani Muar

Imej
Uptown Maharani Muar. Sempat melayan kawasan ni di sebelah malam. Dah namanya join team anak muda. Layan aje ler. Sempena nak raya ni uptown maharani dibuka setiap malam. Boleh tahan. Sempat lalu Muar Mural Trail. Jalan singkat dari Muar Traders ke Uptown. Cantik jadinya lorong ni. Satu gambar tu saling tak tumpah macam big boss. Glamer boss kitaorang ni. Sampai uptown. Dah jalan menapak sampai ke Muar Soup House. Layan. Sesambil nengokkan uptown. Cukup time semua dah mula berkemas untuk pulang. Memang masa dijaga dengan baik oleh semua kat sini. K. Masa untuk balik ke hotel. Zzzzz...

Muar Traders Hotel

Imej
Muar Traders Hotel. Kami menginap kat sini malam ni. Harga OK. Dapat Rm120 untuk bilik 2 katil. Lobi kat tingkat 6 ya. Kemudahan yang disediakan pun OK. Cuma lif tu kena sabar sikit la. Hotel ni berkongsi dengan pelbagai agensi lain juga. Kami check in dulu sebelum ke SMKA Pagoh. Lepas dah habis Iftar Ramadan di Labis baru kami balik ke sini. Leh tahan jugak la meredah hutan. Jam 10.30 malam jugak baru sampai ke sini semula. Scenery aku mengadap bandar. Boleh layan amik gambo nightshot. Alhamdulillah sahur pun disediakan juga. Kafe Ayu ditingkat 3. Boleh tahan. Orang pun ramai juga yang turun. Nice.

Kunjung Hormat Muar

Imej
Kunjung Hormat Muar. Bersama mustakim dari Johor Bahru. Sesi kunjung hormat ke sekolah-sekolah yang bakal dilawati kelak oleh rombongan KPM. Paginya kami di bandar muar bertemu dengan guru besar SK Parit Setongkat dan diteruskan dengan SJKC Pei Yang. Selepas zohor kami ke SMKA Pagoh. Semuanya sangat positif dan terbuka. Tahniah dan syabas pada semua pentadbir sekolah yang terlibat.

Jom baca bersama untuk 10 minit

Imej
Jom baca bersama untuk 10 minit. Actually. Memang aku tak menjangka sama sekali aku akan membaca 10 minit di Muar! Masuk ofis. Study jadual ngan mustakim. Semak takwim. Memang takde masa dah. Hari yang agak free, hari ni aje. Call Haji Lokman, terus desup ke Muar. Sampai. Bincang kejap pasal program mendatang. Sampai jam 11 kami berhentikan seketika perbincangan dan ambil buku yang sememangnya banyak di bilik Haji Lokman. Actually aku baca dua buku hari ni. Yang pertama pasal dadah. Yang kedua, masa menunggu GPK dari SMKA Pagoh. Buku pasal Muar. Memang aku ni pantang tul dapat buku sejarah atau geografi. Memang tak lepas. Yang ni lama. Macam kalau boleh nak bawak balik hadamkan. Menarik tul. Kisah wujudnya negeri Kesang. Persengketaan. Sampai la semuanya dah terjual. Hmmm. Teringat pulak kisah Pulau Pinang dan Seberang Perai. Len kali nak sambung baca lagi. TQ Muar! Anda terbaeekkk!!!! #bangsajohormembaca #dekadmembacakebangsaan #malaysiamembaca --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mkna

Muar Escapade 2019

Imej
Muar Escapade 2019. Target asal memang nak ikut muo dan jenjalan di Melaka. Tapi jadi terbalik pulok. Lepas Melaka baru muo. Jenjalan kat Tanjung Emas. Lepak jeti makan eskrem pasal semua malas nak naik bot ronda sungai. Singgah masjid sebelum gerak balik ke rumah thru simpang renggam. Masa ni jem dah mula spreading di seluruh lebuhraya. Hehehe.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas Tanjung Agas, Muar

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Intan Asam Pedas Tanjung Agas, Muar. Tempat biasa aku singgah untuk makan asam pedas kalau ke Muo. Memang terbaeekkk!!!! Dari segi harga mahupun masakannya. Semua licin. Siap tapau lagi bawak balik. Layan.

SMK Raja Muda, Muar : Pemantauan Persediaan Persekolahan 2019

Imej
SMK Raja Muda, Muar : Pemantauan Persediaan Persekolahan 2019. So. Dari Putrajaya aku bertolak ke Muar. Duduk di Hotel Elite. Paginya sarap dulu sate ngan Hairin dan Redza. Alhamdulillah. Sekolah dalam keadaan kondusif untuk 2019i. Sedikit perkongsian pengurusan data berintegriti bersama pengurusan sekolah. Terima kasih atas kerjasama. Makan tengah hari di sini sebelum bergerak pulang. Dan. Aku tertinggal kamera kat sini. Huhuhu.

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-47 : My One Whole Day Journey

Imej
Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Ke-47 : My One Whole Day Journey. Pepagi lagi dah bersiap nak ke Muar. Paling bising adalah mama. Haishhh. Dua hari terbaring, MC. Tetiba je dah bersiap awal pagi. Ni nak gi mana ni? Susah tul nak cakap. Hehehe. Takpe la. Slow slow la. Bwak bekal ubat sekali yang kena abiskan. Sampai opis. Bas dah menanti. Tak ramai tapi ada la. Terus gerak ke Muar. Sekali sampai ke KM110... alamak. Ada team maintainance pulak. Boleh lari program gini. Sib baik drebar tahap dewa. Cilok sana sini sampai kami on time. Tu pun VIP dah sampai dan tengah dibawa meronda tapak pameran. Terus aje masuk ke dewan. Memang terbaeekkk!!!! dewan dia. Duduk dan layan apa ajew scenery depan mata. Cuma ada sikit spoilt masa lagu dimainkan. Alamak. Takpe. Sikit aje. Majlis diteruskan dengan cantik sekali. Doa, ucapan, gimik. Memang sempoi. Sampai part koir. Team Pejabat Kesihatan tau yang sumbang tenaga. Memang terbaeekkk!!!! kolaborasi PPD Muar ni. Dewan ni pun ditaja semua

Muar : 2018 A little sightseeing

Imej
Muar : 2018 A little sightseeing. Hmmm. Agak lama aku tak meronda kat Muar ni. Apatah lagi bermalam. Sesedor je. Hotel Pelangi pun dah tutup. Kesempatan kali ni membolehkan aku meronda snap picas. Walaupun sedikit tapi bermakna la juga.

Townview Hotel, Muar

Imej
Townview Hotel, Muar. Quite OK la hotel ni. Berpatutan. Aku amik bilik kecik. Tengah promosi RM65 semalam. Not bad dibandingkan dengan harga. Plug siap usb yang tak tahan tu. Aku gi check in masa rehat. Kebanyakan besar check-in lepas habis bengkel sesi petang. Sebelah PPD aje hotelnya.

Ziarah Kasih Menteri Pendidikan : Muar

Imej
Ziarah Kasih Menteri Pendidikan : Muar. Majlis ziarah ke rumah pesara guru di sekitar Muar. Di sambung dengan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah. Wakili KS ke Muar. Kami bersama dengan YB Razali melawat pesara guru di sekitar Muar. Sebak juga di dada. Sempat melawat 3 buah rumah sebelum gerak ke Dewan untuk majlis berbuka puasa. Tak sangka jumpa ramai kenalan, samada di kementerian mahupun negeri. Seronok juga dapat bersama gini.

Inn Home Hotel, Muar

Imej
Inn Home Hotel, Muar. Check in. Quite ok. Ada tempat parking gitu. Bilik ok. Leh nampak sungai muar.

Muar, here we come

Imej
Muar, here we come. Getting ready for Muar. Asalnya sehari je, interview MRSM. Dapat surat. Terus lajak ke Putrajaya. Meeting. Dah terpenuh barang.

Second Round on Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas

Imej
Second Round on Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas. Malam ni makan kat gerai kat stesen teksi sebelah Muar Traders. Sekali kebudaks ajak lagi main belon kat Dataran. Aiyooo...

Conquering the pool @Hotel Classic, Muar

Imej
Conquering the pool @Hotel Classic, Muar. Tak sabar kebudaks nunggu aku habis kije. Agak lewat jugak tiba semula ke Muar. Sampai aje semua dah tak sabar. Hai.. Lam bilik pun ada tub ler. Tu yang mama dia kata dah 5 round sampai dah boring lam tub. Kekeke. Turun. Ngan kolam budak, ngan kolam dewasa. Semua pakat mandi. Layan aje ler...

Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas, Muar

Imej
Giant Bubble @Dataran Tanjung Emas, Muar. Sempat melepak kat dataran tanjung emas. Ramai pulak orang melepak dan bermain kat sini. Ada giant bubble. Ada roller skate. Ada kereta bateri. Ada castle angin. Leh tahan gak la hidup kat sini. Kasi kebudaks ni main bubble aje. Dia cas RM4 with 5 scoop of bubble dan 3 batang pemegang. Layanzz...

Eating out @Wak Jos, Sabak Awor, Muar

Imej
Eating out @Wak Jos, Sabak Awor, Muar. Sebelah malamnya kami pakat makan kat Wak Jos kat deretan kedai. Dia terletak bersebelahan dengan medan ikan bakar. Suka tempat ni sebab ianya lebih kondusif berbanding medan ikan bakar. Nice food here. Makan sampai dah tok leh masuk dah. Ikan siakap yang paling kecik pun agak besar bagi kami. The price is RM80++ kalau tak silap.

Hotel Classic, Muar - first hotel check-in untuk Fiqri

Imej
Hotel Classic, Muar - first hotel check-in untuk Fiqri. Haaa... baru la leh nulih blog. Setel percutian selepas kerja. Baru dapat duduk semula depan PC nih. K. Hari Selasa lepas kena audit Ledang. So. Mula la merancang camne nak gi and what so ever. Lepas di bako teman auditor yang lain, dan memandangkan aku kena berada di sana jam 9.00 pagi; maka. Terus bulatkan tekad untuk bermalam dulu. Of coz not in tangkak la, pasal tangkak a bit takde hotel sangat. So, terus check tenet. Cari hotel yang ada pool supaya kebudaks tak ler boring sangat duduk situ masa aku wat kije nanti. At last. Keluar la nama hotel classic. Call. Dapat. Terus book 2 malam. Kesian nanti tak tau nak ke mana kalau aku amik just semalam. Setel. Petang. Terus gerak. Sampai sana around 6.30pm jugak. Quite OK ler.