Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel muntah

Inaz masih muntah-muntah

Imej
Risau betul la dengan Inaz. Semalam jer dah memang aku tak tido malam dibuatnya. 3 kali muntah teruk. Pagi tadi muntah lagi dalam 2-3 kali lagi. Sebelum gi klinik pun masih boleh muntah lagi. Sampai jer ke klinik, tengok aikk.. kosong jer. Alamak bang, doktor baru jer kuar lunch. Adehh.. Leh pulak sampai doktor lak kuar. Gi klinik puteri. Sib baik doktor ada. Dia masukkan ubat demam dengan muntah ikut bontot adik. Adik memang dah tak nak dah masa dia nak masukkan ubat muntah tu. Tapi last-last leh jugak. Pastu doktor kasi adik mc dua hari, hari rabu baru naik sekolah. Sekali masa tunggu nak ambik ubat, adik boleh loya nak muntah lagi. Adooii.. Aku terus lari keluar klinik jer. Pasal tu la tempat paling cepat aku leh pergi. Adik muntah kat longkang luar. Siann adik. Sebelum sampai rumah mama lak muntah. Dah jadi acara berganti-ganti. Balik jer terus bagi makan ubat. Pun muntah. Makan bubur, pun muntah. Pas bagi makan ubat angin adik tidur. Tapi pastu muntah lagi. Malamnya dia terbangun,

Ada apa dengan Inaz?

Imej
Apasal ni..? Inaz dari tadi asyik muntah jer. Keracunan makanan ke? Demam ke? Rasa ada sikit-sikit panas tu. Pelik la camni. Dah tak dapat nak tido dah ni. Sian Inaz. Ni dah kali yang ketiga dah ni. Memula tadi dia dah tido dah. Lam kul 11, tetiba Iqa menjerit. Mama, mama, adik muntah.. Bior betul. Aku tengok tangan dia.. memang dia muntah. Tapi macam takde jer. Sekali bukak lampu. Penuh kat toto. Kepala, satu badan penuh ngan muntah dia. Angkat dia bawak ke bilik air. Mandikan. Toto ambik yang baru. Dia sambung tido. Sekali jam 2, dia bangun lagi dan muntah lagi. Sama cam tadi. Terus mandikan, tukar baju. Toto dah abis. Semua tido atas katil. Adik ni kalau muntah lagi tak tahu la aku. Dah dua toto, dua kali tukar baju.. Sekali jam 3, leh dia bangun nak muntah lagi.. Terus bawak dia lari ke bilik air.. Ni yang terus tak leh tido ni. Takut-takut dia nak muntah lagi.. Cian adik..