Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel najib razak

Selamat Hari Lahir Ke-62 Buat PM

Imej
Selamat Hari Lahir Ke-62 Buat PM Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahiran ke-62 tahun. Datuk Seri Najib Tun Razak, merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Jom ikuti pembentangan bajet 2015 10102014

Imej
Pembentangan #Bajet2015 akan berlangsung esok. Ikuti siaran langsung pembentangan #Bajet2015 oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak pada 10 Oktober 2014 bermula jam 4.00 petang di saluran-saluran berikut : NajibRazak.com www.treasury.gov.my facebook.com/najibrazak twitter.com/PMOMalaysia twitter.com/NajibRazak dan semua saluran TV dan radio utama Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

Imej
Perutusan Aidiladha 1435H Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahil hamd 1. Alhamdulillah, segala pujian dan penuh kesyukuran hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, jua buat sekalian keluarga serta sahabat baginda. 2. Bertepatan dengan nama Aidil Adha itu, perayaan agung ini diikoni oleh dua ibadah besar iaitu ibadah haji dan ibadah sembelihan korban. Intisari kedua-dua ibadah ini ialah sifat dan semangat pengorbanan demi mencari redha Allah dan meninggikan syiar serta syariat agama Allah. Pengorbanan ini, melangkaui dimensi material dan jasadi, malahan ia merangkumi sama aspek jiwa-rohani kita sebagai hamba. 3. Demikianlah kita mengiktibari semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian. Tiga rencah

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!

Imej
#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda! Kempen #Bajet2015 yang berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos telah menarik ribuan penyertaan di laman khas 1Malaysia.com.my . Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyumbang idea- idea dan cadangan samada di laman khas #Bajet2015 atau melalui media sosial. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima rumusan laporan cadangan #Bajet2015 dan beliau turut teruja dengan kualiti dan kepelbagaian idea yang disumbangkan. Kesemuanya telah disimpulkan dan sekarang dalam proses penilaian sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan. Kini, tinggal kurang daripada sebulan sahaja sebelum pembentangan #Bajet2015 di Parlimen dan sekali lagi Kerajaan ingin memastikan agar suara dan pendapat rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan #Bajet2015. Selain itu, anda turut boleh mengundi 5 kategori cadangan #Bajet2015 yang anda paling setujui. Ini dapat membantu kita memantau dan memahami dari segi keuta