Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel one malaysia

Majlis Perhimpunan Hari Kemerdekaan ke-52 Johor

Imej
Sambutan tahun ni dibuat kat Stadium Larkin. Aku kuar tadi pun lebih kurang jam 6.15 pagi. Gelap lagi tu. Jalan memang lengang la. Sampai jer area Larkin mula nampak sibuk sikit. Terus cari tempat parking. Ngam ngam sebelah stadium. Kuar nengok geng-geng perbarisan yang ramai. Kuar jer. Masuk jer stadium tengok dah ramai gak la orang kat dalam. Masuk jer mama terus cari tempat pendaftaran. Aku cam biasa la. Kuarkan kamera melilau. Petugas tanya dari mana, maybe sebab style aku kot. Ala dari sekolah jer. Terus aku tanya perjalanan majlis; kat mana aku nak duduk and what so ever la. Cheh. terspeaking london jap. Pastu baru aku gi daftar nama. La, baru aku ngan mama jer yang daftar. Mama tanya nak dok mana. Aku cakap kita kena berbaris kiri kanan padang. Tak yah la. Jom cari tempat duduk. Nanti pun aku mesti meronda punyer. Dapat tempat duduk, aku cam biasa merayap lagi. Merayap sana, merayap sini. Borak-borak ngan photografer yang datang. Pastu ajak mama tukau tempat. Jom dok kat atas la

Perhimpunan Perpaduan & Integrasi Pemimpin Murid (RIMUP) peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2009

Imej
Perhimpunan Perpaduan & Integrasi Pemimpin Murid (RIMUP) peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2009 Malam bersama pemimpin dijalankan bertempat di Persada malam ini. Huh.. Memula memang memalu kucin nak kuar kamera. Al-maklum la, pakai 70-300 tamron jer kan. Mana ada white lens. Tengok reporter penuh.. Tapi jap ajer memalu kucin tu. Lelama aku yang lagi lebih pada reporter. Cam biasa la, tengok keadaan keliling dulu. Mana kita nak duduk ni. Aku macam biasa tawaf dulu satu dewan. Nampak pulak si Nazri. Borak-borak jap. Pastu terus aku ambik port area tu jer. Jam dah hampir kul 9 malam, kelibat VVIP masih tak kelihatan. Bebudak nampak ramai yang dah mengeluh. Dah lama kan dok lam keadaan statik. Aku perati sorang-sorang. Memang yang sekolah rendah nampak lebih tak tenteram. Maybe gementar kot. Tepat jam sembilan VVIP sampai. Majlis terus dimulakan dengan nyanyian lagu Johor dan Negaraku. Seterusnya hadirin dihiburkan dengan persembahan dan diikuti dengan bacaan doa. Foto montaj