Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pakaian berkabung

Ahad yang sempoi

Imej
Hari ni sempoi sungguh rasanya. Lepas subuh jer terus taktau nak wat pa per. Mungkin sebab semalam kot. So, mood masih tak menentu lagi. Semacam blank sesikit pun ada. Tak tau nak wat apa. Nak seterika baju? Dah seterika hari jemaat dah, Sabtu tak jadi pakai so carry forward to senayan la kan. Kebetulan ada kenduri kahwin hari ni. Iqa ngan adik pun dah siap. Sementara tunggu atuk ngan nenek siap. Suruh diaorang posing lebih kurang. Pi kenduri pun memang semua orang ikut aturan berkabung. Semua pakat pakai kepiah lilit reben putih ngan tudung putih. Baguih-baguih rakyat Johor ni. Salute. Lepas tu mula la rasa bosan balik. Pi layan PC kat luar. Check emel lebih kurang. Semua macam tak kena jer. Tengok berita pagi. Bosan tul hari ni rasanya. Pasal semua kerja dah settle dan tadak benda baru nak buat. Tu yang jadi lagu tu kot. Lagi satu maybe pasal aku dah set nak dapat kerja baru semalam, tapi habis terkensel. Sekali bukak facebook, ada game baru. Ka, dah lama. Aku pun tak tau. Tapi aku b

Peraturan berkabung negeri Johor

Imej
Pix credited to hmetro.com.my Peraturan berkabung telah digariskan kerajaan negeri. Tempoh berkabung pula telah ditetapkan selama 7 hari bagi rakyat Johor dan 40 hari bagi kerabat Diraja. Bendera negeri akan diturunkan setengah tiang dari jam 6 pagi hingga 6 petang bermula dari tarikh pemakaman baginda. Pakaian perkabungan adalah seperti berikut. Lelaki Melayu Pemakaian tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam. Lelaki bukan Melayu Pemakaian satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam. Pasukan beruniform Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri. Perempuan Melayu Pemakaian tudung putih. Perempuan bukan Melayu Pemakaian lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.