Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pendas

Lewat

Imej
Lewat. Lewat bebeno meronda hari ni. Dah rembang dah pun baru sampai. Banyak yang dicari dah abis pun. Huhuhu. Kena return balik ni. Balik. Singgah jap beli telur kat Sri Dista. Sementara masih mencari yang muslim, kita beli dulu dari pekerja muslim pun ok la kot. Carian diteruskan. Lobstam sebelah ni tak tau lagi bila dapat gi nak ngetest. Malam ni nak layan bola ngan Leman.

Meronda Jemaat : Johor Bahru

Imej
Meronda Jemaat : Johor Bahru. Merata meronda hari ni. Pendas cari hasil laut segar. Singgah tanjung kupang beli rempah soto. Berenti lepak jap kat R&R Gelang Patah. Kalau dulu ni la tempat utama kalau rasa nak makan KFC. La ni. Sampai dua KFC dah ada kat pekan Gelang Patah aje. Singgah jap kat gerai buah beli stok. Lepas jemaat jam yang dinanti kebudak ici dan iqi akhirnya sampai. Yeahhh! Suka tul dedua budak tu. Sambung ke Tampoi beli ration iqa siap-siap. Nanti cuti tutup masa nak ngantor dia balik ke STF. Tak lupa ke Jakel beli kain diaorang nak buat banner untuk junior PT3. Sesambil meronda kawasan luo beli barang tambah lemak. Tak sangka jumpa ex-student kat Al-Ikhlas Gadget masa beli aksesori henpon. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Terapung Pendas. Lepak sini malam ni. Mama jap nak gi Tanjong Nelayan, jap nak gi Saujana. Sekali. Sampai saujana, tutup. Biasa la kan. Jumaat. Gerak ke Tanjong Nelayan. Orang tak berapa ramai dan memang dari tadi targetnya adalah seafood. Biar aku je lah pilih. Kita gi Restoran Terapung Pendas. OK la. Orang leh tahan. Masa kami sampai tak berapa ramai. Bila dah duduk dan amik order baru mula orang masuk. Solat maghrib kat sini. Selesa tempatnya. Memang terbaeekkk!!!! Tenang tenang ja makan. Harga pun quite OK la.

Jelajah GIS SKM SK Pendas Laut

Imej
Habis meeting, terus gerak ke pendas laut. Nak buat testing pembacaan koordinat guna garmin untuk dibandingkan dengan google maps. Alhamdulillah. Test pembacaan dia dua sekolah. Dedua sama dengan google maps. So, kita akan buat pemverifikasian guna google maps sepenuhnya. ps : jangan tak caya ini kat jb yer... Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

The best way

Imej
Ni lah pengangkutan utama ke pendas laut. Jangan ingat jb ni semua tempat berturap tar. Pagi ni best sebab gi sesama ngan gb dan pelajar. Nice. ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway mknace xperia

Pagi dari pendas laut

Imej
Awal pagi ni aku dah terpacak kat sini. Baru nak call gb, dah dengar hon kat belakang. Gb ajak gerak sekali ke sekolah. Let's go... ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway mknace xperia