Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penyimpan mohor besar

Hari Raya Aidiladha 2010

Imej
Baru sat tadi Penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan hari raya aidil adha tahun ni jatuh pada 17 November 2010. Rabu sekali lagi la tu. Enjoice...Sharing is power!!!

Aktiviti malam penentuan

Imej
Tarikh : 8 September 2010 Masa : 9.30 malam Tempat : Merata tempat di Baling Mood : Merayap Malam ni ada pengumuman dari penyimpan mohor besar raja-raja. Tapi sorang pun tak ingat. Maybe pasal sibuk ngan kenduri tadi, keduanya; pasal dah hilang thrill dah sekarang ni. Nampak tak nampak anak bulan pun, sebenarnya kiraan dah buat. Malam ni aku main starcraft 2. Abis la.. Hantu game disogokkan game. Hancus.. Tapi grafik dan effect memang excellent habis. Try la. Pastu kuar gi merayau keliling pekan baling. Memula merayap cari stok. Seken merayap nengok kampung orang. Haram tak nampak meriahnya pelita raya. Gelap gelita ja.. Balik, sambung main mercun la pulak. Apa slack dia. Kami main bawah lampu jalan. Bila amik gambo, lampu jalan lagi terang. Habis tak syok amik gambo.. Klik untuk cerita penuh Dah terpacak balik main starcraft 2 Grafik ngan effect memang giler Sudah sudah la tu brader Kuar jap cari pasal Merayap cari stok ka cari mercun ka

Pengumuman puasa

Imej
Image courtesy of wedianti.blogspot.com Seperti biasa, dari aku kecik sampai la ke la ni. Wajah ni la yang saban tahun akan muncul di kaca tv; mengumumkan puasa dan raya. Kalau kecik-kecik dulu wajah ni la yang dinanti dengan penuh debaran. Wajah milik YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ni memang dah melekat di kotak fikiran semua. Cuma sekarang ni dah kurang sikit dah debaran. Ala.. esok pose punya. Eleh.. lusa raya punya. Pasal sekarang dah tak berpandu pada rukyah anak bulan sepenuhnya lagi, sekarang kalau tak nampak akan ditentukan berdasarkan hisab. Jadinya dah memang mendebarkan sangat cam dulu. Apa pun, yang pasti esok hari pertama Ramadhan. Johor cuti!!! Dapatla sopping kat bazar ramadhan bersama esok.. Enjoice...Sharing is power!!!