Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pertubuhan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jawatan Adalah Amanah

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jawatan Adalah Amanah عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي قَالَ فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي ثُمَّ قَالَ يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا Dari Abu Dzar RA dia berkata, saya berkata, "Wahai Rasulullah SAW, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?" Abu Dzar berkata, "kemudian baginda menepuk bahuku dengan tangan baginda seraya bersabda: "Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan) padahal jawatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi sesiapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar." (HR Muslim No: 3404) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Jawatan adalah suatu tanggungjawab dan amanah (taklif), bukan satu kemuliaan atau kebanggaan. 2.  Segala amanah dan ta

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Adil

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Pemimpin Yang Adil حَدَّثَنَا فُضَيْلٌ عَنْ عَطِيَّةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَقْرَبَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَإِنَّ أَبْغَضَ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَشَدَّهُ عَذَابًا إِمَامٌ جَائِرٌ Telah menceritakan kepada kami Fudhail dari 'Athiyyah dari Abu Sa'id ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah 'azza wajalla pada hari kiamat dan paling dekat tempat duduknya dari-Nya adalah seorang pemimpin yang adil, sedangkan orang yang paling dibenci Allah pada hari kiamat dan paling keras siksanya adalah seorang pemimpin yang zalim." (HR Ahmad No:10745) Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.  Orang yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan paling dekat tempat duduk di sisi Allah ialah pemimpin yang adil. 2.  Pemimpin yang adil ada