Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ppd kluang

Bengkel Pembangunan Dashboard DTP PPD Johor menerusi aplikasi Power BI siri 1 2018

Imej
Bengkel Pembangunan Dashboard DTP PPD Johor menerusi aplikasi Power BI siri 1 2018. Alhamdulillah. Selesai siri 1 bagi bengkel Power BI untuk semua PPD negeri Johor. Tahniah dan terima kasih kepada semua Timbalan PPD dan Pegawai Maklumat terlibat secara aktif dan memberikan kerjasama dan input yang berguna untuk bengkel seterusnya. Diharapkan dengan sedikit perkongsian ilmu ini akan dapat membawa Johor ke arah pengurusan berpacukan analitis data bagi kegunaan perancangan dan intervensi dengan lebih berkesan dan relevan. Macam biasa, banyak pakai gambar orang lain sebab selalunya memang lupa bila aku menumpu pada sesuatu ni.

Sesi Townhall Program Dwi Bahasa - Dual Language Programme (DLP) Zon Selatan 2015

Imej
Sesi Townhall Program Dwi Bahasa - Dual Language Programme (DLP) Zon Selatan 2015. Foto sekitar majlis pagi tadi. Hari ni just bawak kotak mancis berdua aje. Galaxy Camera kasi mama untuk majlis bersama mantan GB. Layan...

Majlis Khidmat Disanjung Jasa Dikenang Tuan Haji Hassan Ahmad

Imej
Majlis Khidmat Disanjung Jasa Dikenang Tuan Haji Hassan Ahmad. Satu majlis khas turut diadakan bagi meraikan persaraan Tuan Haji Hassan Ahmad, Timbalan PPD Kluang pada petang tadi di PPD Kluang. Terima kasih atas segala khidmat dan nasihat yang diberikan selama kita bersama selama ini. Yang pasti pasni takde lagi la orang yang akan panggil aku cam cara haji panggil. TQ for everything.

Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kualiti JPN Johor 2015

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Kualiti JPN Johor 2015. Foto sekitar mesyuarat tadi bertempat di PPD Kluang yang dipengerusikan oleh Ketua Sektor SJQ. Banyak tindakan yang perlu diambil dalam memastikan kecemerlangan kita dapat diteruskan. Go for the best.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggal Persekolahan 2015

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggal Persekolahan 2015. Foto-foto sekitar majlis semalam.

Perginya seorang sahabat seperjuangan

Imej
Maybe ni gambo last kami bersantai bersama masa mesyuarat di Muar Tak sangka. Baru Khamis lepas aku bersama ngan Fauzi. Verifikasi data EMiS negeri di Pasir Gudang. Last sebelum aku balik, tetiba dia peluk aku dan kata dia akan rindukan aku. Aku tergamam ja dan senyum. Sempat lagi bergurau tu. Tak sangka tu memang perkataan akhir dia pada aku. Nyesal jugak pasal apa aku nak jugak balik petang tu, sedangkan aku masih boleh balik sebelah malamnya. Memang dah takdir Tuhan. Pagi tadi memang aku bersama bos-bos maklumat bergerak ke Batu Pahat bersama. Sampai ja rumahnya, dah selesai disembahyangkan. Tapi memang Tuhan nak jugak kami menatap wajahnya buat kali terakhir. Dapat kami tengok sebelum dikebumikan. Memang sedih. Kemalangan semasa pulang dari setting server baru di PPD jam 12 malam hari Sabtu. Bertembung dengan Hilux yang terbabas, dipandu pemandu mabuk; dan lari dari tempat kejadian. Tak sangka. Malam tu jugak buat post mortem dan paginya dikebumikan di Banang Jaya. Apa pun aku