Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel puasa

The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa, Sedekah dan Qiamullail

Imej
The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa, Sedekah dan Qiamullail عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ  Daripada Mu'adz bin Jabal bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba yang qiamullail (bangun beribadat) di malam hari. (HR Ahmad No: 21116) Status: Isnad Hasan Pengajaran: 1.  Pelbagai pintu kebaikan dianugerahkan kepada orang mukmin khususnya di bulan Ramadan antaranya ibadat puasa, sedekah dan Qiamullail. 2.  Ibadat puasa adalah pintu kebaikan yang menjadi benteng atau perisai seorang mukmin daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. 3.  Puasa adalah perisai yang akan melindungi dari kehancuran jiwa, kerosakan perjal

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1443H / 2022M

Imej
Pengisytiharan Permulaan Puasa 1443H / 2022M. 1 Ramadan 1443H pada hari Ahad, 3 April 2022H. Ihsan RTM. ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram) عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Had

Kehadiran ke Bazar Ramadan yang berjaya dikekang

Imej
Kehadiran ke Bazar Ramadan yang berjaya dikekang. Tahun ni memang betul betul menarik. Cubaan untuk mengekang kadar pembelian di Bazar Ramadan berjaya terlaksana. Bukannya tak pergi langsung. Pergi. Tapi beberapa kali dan hanya kuih muih aje pun. Adalah kekadang terbeli ikan bakar sikit. Seingat aku, sepanjang Ramadan ni aku gi Bazar 5 kali aje. Rekod baru tu. Nak gi pun agak boring sebab memang terlampau ramai orang. Kalau dulu. Hampir boleh tukar tukar bazar lagi. Terasa betul nak gi Bazar Taman Universiti. Pasal semua ada. Tahun ni. Haram. Nusa Perintis tu pun dah kira OK ler tu. Lepas ni mungkin terasa jugak. Dah tak lalu jem lagi dah untuk ke Bazar. Ni gambo gambo yang sempat aku ambik sepanjang kehadiran aku ke Bazar Ramadan.

Aktiviti cuti hujung minggu sebelum puasa

Imej
Aktiviti cuti hujung minggu sebelum puasa. Banyak yang kena buat sebelum puasa menjelma. Hehehe. Dah la dijangka kesibukan melanda puasa ni nanti. Layannnzzz... Read on...

Bulan Julai yang over sibuk

Imej
Mari pilih donut kat big apple Awal bulan Julai ni tetiba menjadi sibuk. Sedari awal bulan sampai ke sebelum bulan puasa, jadual aku jadi sangat packed . Over packed ! Bayangkan mula 2-3 aje dah sibuk mesyuarat di Putrajaya untuk Barisan hadapan. Baru ja balik dah mula sibuk dengan Dialog Nasional. Kena pulak jaga bahagian Publisiti dan Siaraya. Dari sebelum sehingga semasa. Jadi sangat sibuk. Habis ja Dialog sambung ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat MAP pulak. Adohai. Nak pulak drebar buat hal pagi tu. Dah kena drive sendiri. Balik Jemaat lepas ingatkan nak amik cuti, sekali ada awareness programme la pulak. Layan semua. Hari senin ni aku cuti. Tu pun tak tau sekiranya tetiba kena panggil. Harap harap dapat aku cuti hari senin tu. Dah over stress dah ni rasanya. ps : Blog pun dah tak sempat nak di maintain lagi. Tu kira OK lagi, yang sampai tak sempat call bini sendiri sapa nak jawab! Haaa... kau jawab la sendiri. Kui kui kui. pss : hari ni banyak la entry entry terlepas a

Bazar ramadan

Imej
Petang petang biasanya beli kuih sahaja kat bazar. Kalau kat gelang patah ni rata rata 3 singgit. Ada jugak yang dah 5 dua hinggit. Tengok jugak la. Beli singgit campur campur. Setiap hari kedai berbeza, mana yang paling best, gerai tu la ajer yang kita pergi pastu. Tapi kalau kat jalan nak masuk ciq sana tu, tahun lepas masih dapat 5 singgit. Tahun ni tak tahu la pasal tak gi lagi, pasal kfc pun dah ada kat gp. Kalau sengsaja gi petang ni pun molek gak tu kan.... Published with Blogger-droid v1.7.4

Mari berbuka puasa - edisi satu ramadhan

Imej
Alhamdulillah.. dapat jugak iqa puasa satu hari penuh. Walau mulut asyik dok sebut lapo la, nak aiskrim la, nak susu la. Paksa jugak iqa sampai ke maghrib.. Gi pasar ramadhan tadi suruh jer dia pilih apa yang nak dia makan. Dia nak nasi ayam. Nasi ayam, nasi ayam la. Yang penting dia dapat jugak menyempurnakan ibadah puasa hari ni. ps : sampai ke rumah pun mulut dok terkumat kamit lapo lagi.. sian.. tapi kena la cuba jugak kan.. Klik untuk cerita penuh Menunggu depan penuh sabar Dah azan dah pun.. dah boleh mula makan Ziqri terpaksa menanti mama dia makan kejap walau terkepit kat celah ketiak mama dia, tapi dia masih gembira Lauk iqa petang nih Enjoice...Sharing is power!!!

Pengumuman puasa

Imej
Image courtesy of wedianti.blogspot.com Seperti biasa, dari aku kecik sampai la ke la ni. Wajah ni la yang saban tahun akan muncul di kaca tv; mengumumkan puasa dan raya. Kalau kecik-kecik dulu wajah ni la yang dinanti dengan penuh debaran. Wajah milik YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia ni memang dah melekat di kotak fikiran semua. Cuma sekarang ni dah kurang sikit dah debaran. Ala.. esok pose punya. Eleh.. lusa raya punya. Pasal sekarang dah tak berpandu pada rukyah anak bulan sepenuhnya lagi, sekarang kalau tak nampak akan ditentukan berdasarkan hisab. Jadinya dah memang mendebarkan sangat cam dulu. Apa pun, yang pasti esok hari pertama Ramadhan. Johor cuti!!! Dapatla sopping kat bazar ramadhan bersama esok.. Enjoice...Sharing is power!!!

Selamat menyerjakan ibadah puasa

Imej
Image courtesy of www.fahmishah.com Sekejap jer dah sampai balik dah bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam jer beraya. Alhamdulillah. Dapat lagi sambut Ramadhan tahun ni. Kali ni aku berpuasa ditempat dan suasana yang baru. Dok tengah dok hitung lagi berapa hari nak amik cuti. Tak cam dulu. Ikut jer apa yang dah disetkan. Apa pun semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan yang telah aku lalui. Dok borak ngan ustaz zaidi tadi pun pasal zakat dan sebagainya. InsyaAllah.. tahun ni ingat nak bayar zakat kat Baling jer la. Asyik dok kasi kat orang JB jer kan. Tahun ni kasi la pulak kat orang Baling. Seronok sikit kat sana. Ingat tadi petang nak wat banner sikit khas sempena Ramadhan tahun ni. Mana nak tahu siap collapse sampai ke Maghrib. Hebat tul penangan kuah kambing tadi tu. Tobat lain kali aku akan tanya dulu kuah apa sebelum lantak. Satu badan rasa sengal-sengal. Kepala toksah citer laa.. Last-last search internet cari wallpaper Ramadhan. Brader Fahmishah..

Selamat Berpuasa semua

Imej
Aku dok kemaskini balik fail-fail lama lam HDD aku ni. Sekali jumpa la pulak gambo ni. Lama dah la gambo ni; yang seterusnya mengingatkan aku yang aku tak ucap apa-apa atau buat samting special cam gambo ni. Gambo ni gabungan dua keping gambo sebenarnya. Ingatkan nak gabung lagi satu gambo aku tapi tak jadi la pulak. Dua pun cukup la. Apa-apa pun rasanya masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa, jangan lupa bayo zakat fitrah noooo... ps : sori.. :p pakai guna gambo lama; pasal aku suka gambo ni hihihi

Iqa's Second Day Puasa Penuh

Imej
Yayyy!! Berjaya gak Iqa puasa penuh lagi satu hari. Walaupun hari ni memang melepek habis Iqa. Sampai kul 6.45pm dah menangis lagi. Camner ni. Last-last bawak dia naik motor, ronda satu kampung. Sayang tu. Lagi beberapa minit jer kan. Memula OK lagi. Pergi pasar Ramadhan, pergi kedai besi, pergi kedai buku. BTW aku dah tak gi pasar Ramadhan kat Nusa Perintis. Beli kat sebelah bus station jer. Sekali balik rumah terus melepek. Pegang jer biskut yang dibeli tadi. Ajak dia kuar jap. Lepek jer kat pintu. Bawak dia gi kat PC. Kengkonon nak ajak lawan CS ler. Melepek dia kat meja ABC Syafinaz. Last-last bawak ronda-ronda kampung jer ler. Adik dia yang lebih-lebih. Nak aiskrim ler, nak jajan ler. Bagi warning makan lepas semua orang berbuka jer. Masa balik mama masih menjahit langsir. Dah siap yang kaler ungu. Tengok ler. Cun tak? Tapi masa amik gambo ni ada sesuatu yang tak best. Rupaya adik dah berjaya membuat projek baru kat dinding ni. Bila masa la dia conteng dinding ni. Hishhh..

Iqa's First Day Puasa Penuh

Imej
Hari ni akhirnya Iqa dapat jugak berpuasa penuh. Tu pun macam-macam cerita gak la keluar. Rasa nak mati la, Iqa nak susu la. Last-last berjaya gak dihabiskan puasa dia tu. Alhamdulillah. Paling best dialog dia masa tengahari tadi la. Abah, Iqa kena makan jugak la; Iqa rasa macam nak mati ni. Kalau Iqa boleh mati, rasanya abah pun dah lama mati masa kecik-kecik dulu. Pastu terus dia diam. Petang tu masa keluar macam-macam dia nak. Kuih tu, kuih ni. Belikan ajer tapi sebijik jer. Pasal dah tahu kan. Tu semua nafsu jer tu. Pastu masa balik nak mainan la pulak. Si adik pun tumpang sekaki. Apa yang di beli. Haaa.. tu yang kat tangan dia tu. BTW, mama punya langsir pun dah siap batch 1. Sebenarnya ni baru siap dia punya depan. Yang belakang in the proses. Biasala langsir dua tingkat. Dan kaler ungu pun akan menyusul lepas ni.

Pasar Ramadhan Taman Universiti, Skudai

Imej
Petang ni kuar gi Taman Universiti. Sebab utama Susu 4,5,6 kat Giant murah; baru RM17. So bertolak la ke Giant. Bayar 3 kali sebab sekali beli 3 jer. Masa kuar si adik dok sibuk nak main gajah. Layan jer ler. Masa kuar singgah jap kat Pasar Ramadhan dia. Best. Maybe sebab aku dah lama kat sini kot. Jadi dah serasi kat sini. Sempat beli mee rebus, n then cari ikan terubuk bakar. Yummy.. Foto Montaj

Selamat berbuka puasa

Imej
Kejap jer dah sampai waktu berbuka. Seronoknya. Walaupun Iqa cuma dapat bertahan sampai kul 12 tengahari jer. Takpe, esok cuba lagi..

Pasar Ramadhan Gelang Patah

Imej
Petang ni nak kuar meninjau apa yang ada di Pasar Ramadhan Gelang Patah. Ingatkan na ajak Iqa ngan adik sekali, tapi dedua dah terbongkang tak sedar diri. So, kuar berdua jer ler ngan mama. Pasar ni macam biasa terletak di Tapak Pasar Tani. Depan CIMB, seberang jalannya. Tapi secara overall, aku rasa pilihan yang sama, atau senang cakap kenapa jual benda yang hampir sama je. Variety sikit kureng la (maybe tak sampai taste aku kot). Maybe jugak pasal nampak ada gerai-gerai yang masih kosong. Gerai yang maybe aku belanja nanti pun maybe gerai ni jugak kot. Gerai sup. Yang lain cam biasa jer dari pandangan aku la. Foto montaj

Selamat berpuasa

Imej
Selamat berpuasa kepada semua muslim. Iqa pun nak try puasa. Pepagi dah bangun sahur. Jamah sikit nasi ngan telur sama sambal goreng. Harap-harap dapat tahan sampai ke berbuka. InsyaAllah..