Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel puteri specialist

Hari marah sedunia??

Imej
Adakah hari ni merupakan hari marah sedunia?? Dari pagi tadi kerja nak marah jer.. Takde benda lain selain marah jer kuar dari diri aku ni. Semua orang hampir kena marah @ bebel oleh aku. Start aku kuar rumah untuk ke Puteri sampai la aku balik semula ke rumah, takde sorang pun yang aku jumpa yang tak kena marah bebel dengan aku. Kecuali casher tesco ngan jusco la. Pagi ni aku ke puteri, amik dokumen adik pasal nak daftar. Terus naik ke tingkat 5, bahagian pendaftaran. Sekali dokumen Ziqri hilang. Dah start la aku nyer bebel.. Sambung semalam bebel kat cytech la ni. Dokumen budak pun leh hilang ker. Mender beb. Tak kira la. Ko setelkan dokumen anak aku on the dot. Habis semua dokumen diaorang setelkan.. aku tinggal sain ngan isi nama ziqri jer.. dah chow.. sebelum kuar gi beli sandwich yang iqa suka. Lantak depan keter sebelum ke tesco. Sampai tesco, misi utama aku beli breast pump. Tanya budak yang jaga situ. Boleh tak tahu.. Ko jaga rak ajer la.. dah start balik. Beli air solivit

Dah leh checkout

Imej
Pagi ni macam semalam, aku sampai awal ke spital. Best jugak sampai awal-awal ni. Yang penting aku nak parking paling dekat ngan spital tu. Masuk jer lam spital tolong-tolong sikit. Mama nak nengok facebook dia, pagi ni memang aku wak netbook mama. Semalam check memang ada wifi. Tanya bawah pun ada dia kata kat wad. Sekali nengok, kat tingkat 3 jer tarak.. Cheeiittt.. Terpaksa bagi mama pakai fb kat henpon aku. Layan la kejap.. Sementara tu aku turun bawah jap. Sarapan... Naik jer atas amik Ziqri dari nurseri. Baru perasan baper lebatnya rambut dia. Tak macam kakak-kakak dia yang lahir botak. Hehehehe.. Baru nak gentel-gentel, nurse lak masuk.. Doktor baby dah sampai, nak wat checkup. OK lahh.. Bagi. Sekali nak amik balik dah disuap susu oleh nurse.. Alamak.. Lam kul 11, Dr. Noraini sampai.. Check semua, OK. Dah leh kuar.. Wish dia selamat berumrah esok.. Pastu turun settle bill, amik ubat semua. Masa nak naik Pak Ngah Kijam sampai ngan eisya dan kahira.. Jom naik atas. Pastu atuk