Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel putrajaya

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 29 Februari 2020. Isi semula on 6 Mac 2020. Petronas Presint 16, Putrajaya. RM78.74, 37.855 liter bawak ke 540.7 km.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Xinjiang Mee Tarik, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Xinjiang Mee Tarik, Putrajaya. 4 Mac. Sempat lepak sini jap ngan member lama. Boleh tahan juga la nak mengoder. Dekat 20 minit dok belek menu ja. Kakaka. Sebab tak tau nak order apa. Sambil makan sambil borak. Sempat belajo OBB pulak tu. Hahaha. Memang rezeki langkah kanan namanya ni.

Jom Jenjalan : Hotel Everly, Putrajaya

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Everly, Putrajaya. Asalnya nak tido kat sini semalam aje dan bakinya nak duduk Pullman katanya. Sekali Pullman pun tak takde kot. Tengok renovate jadi Doubletree by Hilton. Hahaha. OK la tu. Straight 3 malam kat sini. Hotel biasa bila duduk kat Putrajaya. Dekat ngan kompleks E. Petangnya sempat amik angin jenjalan kat tepi tasik dan merayau sampai ke Alamanda. Jarang aku merayau keliling hotel gini tau. Maybe boring sangat pasal kali ni paling lama kena stay kat Putrajaya. Apapun. Semua sebelah sebelah aje. Senang nak cari barang ke nak makan ke. Dah sampai bilik harus la sesi mengecaj kena on kan.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Lan Kedah, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Nasi Lan Kedah, Putrajaya. Setel meeting hari first pada 3 Mac tu; kami selaku team everly terus gerak dari parkir E2 tu ke restoran ni. Nak makan dulu sebelum check-in ke hotel katanya. Dan kebetulan juga aku duduk area ni semalamnya. Jadi. Senang la nak sampai. Boleh tahan juga orang hari ni. Layan macam biasa. Yummy. Kebetulan hujan pulak petang tu sebaik kami sampai. Setel makan dan hujan dah berenti baru gerak balik ke everly.

Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil.1/2020

Imej
Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Asas Pendidikan KPM Bil.1/2020. Dua hari awal, 3 dan 4 Mac kami berkampung di Aras 8, E8 untuk mesyuarat ni. Park macam biasa di parkir sebelah auditorium. La ni dah pakai kad touch n go aje. Pastikan baki sentiasa mencukupi ya. Sarap macam biasa di E7. Memang best. Hari pertama makan nasi lemak daging, hari kedua makan pulut dengan daging. Banyak isu dibincangkan untuk diambil tindakan terutama berkaitan dua pekeliling dan surat siaran berkaitan pengurusan data. Of cos pasal pekeliling bil 7 tahun 2018 berkaitan GDM dan surat siaran SOP SPS 2.1. Kalau tak tambahbaik memang susah la pengurusan terutama di bahagian kami yang dah mengalami penstrukturan baharu ni yang mana banyak dah tak releven lagi. Paginya bersama dr Zabani dan sesi petangnya bersama dr Latip. Hari kedua perbincangan kami lebih terarah kepada data sehenti, data raya dan EA. Harapnya selepas bulan April ni dah dapat guna data sehenti sepenuhnya. Baharulah kisah data dihujung jari dapa

Hotel Enclave, Putrajaya

Imej
Hotel Enclave, Putrajaya. Dari SSTP terus gerak ke Putrajaya untuk mesyuarat MAP. First time duduk disini. Kes tak perasan meeting esoknya mula jam 8.30 pagi. Boleh tahan juga hotel ni. Ada bayaran deposit RM50 sebelum check-in ke bilik. Bilik luas juga. Paling best, kedai makan keliling. Cuma. part parking tu yang payah sikit. Sebab park memula dah jauh. Siap kena tawaf seround dulu, maka aku dah jumpa port nak makan malam ni. Lan Kedah la. Lama tak pekena nasi kunin ngan limau ais padu ni. Hehehe. Sempat singgah farmasi topup ubat. Kang tak pepasal ada problem, ubat dah takde.

Jom Jenjalan : Dataran Putrajaya, Putrajaya

Imej
Jom Jenjalan : Dataran Putrajaya, Putrajaya. Singgah sebentar di sini sebelum ke rumah Mak Yang. Lama tul tak singgah. Parking pun dah berubah sikit. Sebelah dataran dah tak boleh park. Meronda ke Souq jap. Snap snap tak hingat. Lepak tengah dataran. Dah ada tulisan Putrajaya beso. Layan. Sempat singgah jap kat IOI untuk tapau pizza dan jenjalan lagi. Full video @ https://youtu.be/dEzfrqKh9iE

Jenjalan Cari Makan : Cafe E7, Parcel E

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cafe E7, Parcel E. Seriously. Memang cafe terbaeekkk!!!! kat sini. Pelbagai pilihan makanan ada kat sini. Biasanya bila ada meeting di Parcel E, memang sini lah tempat tumpuan sarapan. Sempatlah makan bersama mantan bos sepagi. Hehehe. Haisshhh. Gego tangan ngambik wefie la pulak.

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya. Port makan malam biasa kalau aku turun ke Putrajaya. Macam macam ada! Memula ingat nak makan beefsteak, pas tu tukau pikiran makan bihun sup utara. Bukan senang nak makan benda lagu ni. Teruih order dan gebang pakai slang sama dengan pekedai. Layan. Semua best kat sini. Siap tambah roti john spesel. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Nasi lemak Royale Kedah, Putrajaya

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi lemak Royale Kedah, Putrajaya. Petang pertama lagi dah sampai sini. Ayer 8. Apa lagi kalau bukan nasi lemak royale. Layan.

Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019

Imej
Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Bil.1/2019. Mesyuarat bilangan 1 kali ni dijalankan dari 18 hingga 20 Februari bertempat di Bilik Mesyuarat Kemuning, E8. Kena pulak ngan meetims JPMN di negeri. Nak buat camner kan. Yang menarik. Meetims MAP bil.2 nanti nak buat kat Johor. Nak semak sekali amalan terbaik. Sempat berposing reramai lepas tu. Manalah tau kan.

Everly Putrajaya

Imej
Everly Putrajaya. Sepanjang berada di Putrajaya kali ni aku duduk di Everly. Abam Rashid Perak dan Isyam Sarawak pun duduk di sini jugak. Masa check-in bilik aku diupgrade ke Junior Suite. TQ Apple. Nice. Sempat la kami melantak sate belen meetims dan maggi pakai microwave sambil minum kopi barista. Hahaha. Memang penat toksah dok cerita la. Hari pertama kepenatan driving. Hari kedua kepenatan meetims seharian. Memang biasanya terus tidur. Paling teruk, hari kedua. Lepas melantak maggi terus tidur sampai ke pagi. Sib baik masih lum masuk subuh.

Off To Putrajaya

Imej
Off To Putrajaya. Seawal jam 8 pagi aku dah gerak. Sempat ngantor henpon mama yang tertinggal ke sekolah. Singgah jap Bukit Batu untuk sarap. Memang terbaeekkk!!!! Sambung perjalanan semula. Drive cool and steady aje. Singgah di R&R Nilai untuk lunch sebelum shoot semula ke Kompleks E. Masa nak park sibuk dok menjawab phone. Dah terlanggo divider kat pondok bayar parking. Hehehe. Sorry bang. Dok jap kat cafe blok E2 neman member sebelum gerak ke meetims.

Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. 12 November. Ni la hotel yang aku booking nyambil nyambil dalam simposium. Dapat RM190 semalam. Deal agoda hari biasa. Rasanya cuti sekolah tak dapat harga gini. Selesai aje simposium terus gerak ke sini. Sampai around jam 10.00 malam. Meraba jugak nak cari lobi dari parking dia. Dah check-in pun meraba nak keluar dari lobi. Sib baik petugas guide aku sampai ke bilik. Kekeke. Tempat dia besar. Bilik pin terbaeekkk!!!! Sempat merayau jap malam tu. Memang penuh cahaya tempat ni. Pagi esoknya. Merayap semula ke semua tempat. Hmmm. Suasana malam lebih meriah dan cantik. Ada kesempatan dan peluang maybe return semula. memang terbaeekkk!!!! Park. Tetap kena bayar RM15 selaku guest. Hehehe.

Rombongan Umrah Atuk dan Nenek Kedah @KLIA

Imej
Rombongan Umrah Atuk dan Nenek Kedah @KLIA. Alhamdulillah. atuk dan nenek Kedah dapat mengerjakan umrah tahun ni. Bertolak dari Baling petang semalam. Pagi tadi semua adik adik dah berkumpul di KLIA mengiringi atuk dan nenek. Terima kasih semua dapat hadir sama. Kali ni memang aku tak dapat turut sama. Walau dah plan daripada awal, cuti seminggu semua. Tapi Tuhan menentu segala. Duduk kat johor ja sepanjang minggu aku cuti ni. Apapun. Semoga segala urusan atuk dan nenek sepanjang di sana dipermudahkan olehNya.

Putrajaya Here I Come!

Imej
Putrajaya Here I Come! 9 sampai 11 Ogos yang lepas aku ke putrajaya. Mesyuarat MAP kebangsaan. Layan aje dok sini sampai jemaat. Singgah Bangi dulu. Kebetulan atuk dan nenek kedah ada kat rumah mak yang. Borak borak santai sebelum aku gerak ke E8 untuk meeting pada sebelah petangnya. Malam tu kat everly. Abam Perak ajak gi Medan Selera Precint 9. Layan. Dua malam kami ke situ. Dah memang dua malam pun kan. Layan semak Fail Meja dan Bajet negeri sebelah malamnya. Full time kot 3 hari ni. Siang dengan MAP, malam dengan Johor.

EKSPRESI NEGARAKU

Imej
EKSPRESI NEGARAKU. JOM HADIR BERAMAI-RAMAI DAN EKSPRESIKAN SEMANGAT #NEGARAKU ANDA! Konsert persembahan oleh artis tempatan, pameran agensi Kerajaan, sukan rakyat NEGARAKU, komuniti digitaL NEGARAKU, food truck dan pelbagai aktiviti untuk semua! Aku??!? Tolong promote aje. Ingat dekat JB - Putrajaya! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Jom Jenjalan : IOI Mall, Putrajaya

Imej
Jom Jenjalan : IOI Mall, Putrajaya. Sibuk kebudaks ni ajak aku ke sini. Last last jenjalan jugak la. Ingat nak main ice skate tapi tutup la pulops. Merayap ke Toy 'r' Us. Kat sini la yang dibelinya mainan mainan idaman hati memasing. Makan. KFC. Pakat tak mau makan biasa biasa kat food court dia yang kat atas sekali tu. Layankan aje ler.

Jom jenjalan : Alamanda, Putrajaya

Imej
Jom jenjalan : Alamanda, Putrajaya. Tempat yang jadi rutin sepanjang kat sini. Makan. Belanja. Beli belah. Cuci mata. Cari mainan seperti yang dijanjikan. Pendek kata. Semua kat sini aje ler. Adik inaz n iqa dah sibuk nak makan waffle dopopatjam. Aiyooo...

Jom jenjalan : Everly Hotel, Putrajaya

Imej
Jom jenjalan : Everly Hotel, Putrajaya. Hotel paling mudah dan dekat dengan segala tempat berkaitan ngan aku. Dekat dengan Kompleks E, dekat dengan tempat makan, ada pool. Kira setel lah.