Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel recipes

Iqa's Recipes - Egg Sandwiches

Imej
Hari ni Iqa sibuk tul mencari barang-barang yang dia nak. Kat Jusco tu sibuk ke hulu ke hilir, cari bahan-bahan yang dia nak. Memula dia cari roti dulu, pastu sibuk cari white pepper. Sebut pasal white pepper ni lawak gak masa aku dapat list dari teacher dia dulu sebab dia tulis white paper. Aku bagi la kertas A4 sekeping. Sekali Iqa balik dia membebel. Apa la abah ni, teacher nak lada putih la. Abis tu tulis kertas putih kenapa. Ntah la bah. Pastu mula cari timun dan tomato. Memula jumpa yang mahal, 6 bijik 2 hinggit. Mak oiii.. Ambik jer ler dulu. Sekali masa nak ambik mayonis jumpa lak local punya. Iqa pilih tomato dua bijik dan timun sebiji. Baru 70 sen. OK pastu mula la acara membuatnya. Iqa suruh aku tolong hiris timun sama tomato jer. Yang lenglain semua dia buat. OK. Bahan-bahan 1. Roti 2. Timun 3. Tomato 4. Telur 5. Serbuk lada putih 6. Mayonis Cara membuatnya 1. Hiris timun dan tomato 2. Rebus dan buang kulit telur 3. Lenyekkan telur 4. Masukkan dan gaul lada putih, mayoni