Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel relax

Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop Julai

Imej
Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop Julai. Lepak sini jap. Memang pas ni jadi rutin aku kot untuk urut kaki setiap bulan. Bila? Time Iqa balik semula ke asrama. Kekeke. Sementara dia beli makanan dan keperluan. Aku lepak sini. Tapi ni aku lepak lambat sikit. Kebetulan masa sampai Izwan gi turun makan. So. Aku turun dulu ke Johan. Setelkan pembelian kamera si Iqa tu. Naik. Izwan masih ada sedikit urusan. Lepak jap sambil nunggu. Dia sampai ja terus sesi urut bermula. Pedih gak kaki kiri aku kena urut. Bengkak sikit katanya. Kes naik tangga itu hari la. Tapi pastu dah sedap dah. Memang lepas ni idak ler lagi aku nak panjat tangga tanpa ada pertimbangan lengkap. Hahaha.

Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop

Imej
Urut kaki @Ivy6 Beauty Shop. Lepak jap ngurut kaki. Sambil sambil nunggu mama dan iqa gi shopping raya. Boleh tahan jugak la. Lepak ngan Izwan, tukang urut kat sini. Dia caj RM30 untuk sesi urut around 40 minit. Tanya gak harga untuk perkhidmatan lain. Bekam dia amik RM15 per cup. Kalau aku nak 4 cup la. Betis dan bawah lutut. Takpe. Tu len kali. Ngeri lagi aku bab main darah ni. Kita urut dulu. Tu pun sebab dah lama tak urut, penat jugak la aku menahan. Tetambah kaki kanan aku yang memang ada kesan lebam kat buku lali tu. Nice jugak la perkhidmatan dia. Ada port baru lepas ni kalau bawak iqa outing. Leh layan urut kaki sambil nunggu.