Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ribut

Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut

Imej
Bumbung jejantas di Lebuhraya Pasir Gudang runtuh dipukul ribut JOHOR BAHRU: Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh ketika hujan ribut petang tadi lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian 4.30 petang itu. Insiden itu menyebabkan lalu lintas di laluan berkenaan terhalang. Siasatan dan kerja mengalih struktur berkenaan sedang dilakukan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seorang pemandu lori cedera dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Katanya, pemandu lori yang tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba. Dalam kejadian ribut itu, bumbung kira-kira 30 rumah di Taman Kobena turut diterbangkan angin.

Senin yang Ributtt!!!!

Imej
Fuh.. Kalau baca tajuk jer maybe pelik gak kan. Apa yang ribut. Stadium senayan ka? Ka apa benda senayan tu. Senang citer senayan tu isnin, ribut tu huru-hara la sikit. Apasai pulak senin ni jadi huru-hara lak. Haa.. Baca la teruih.. Memula pagi memang best. Tak sangka lak bebudak tahun 1 ada persembahan. Iqa pun ada. Nyanyi lagu-lagu tadika. Kacang goreng jer la bagi Iqa tu kot. Aku pun snap la beberapa keping gamba. Satu, sebagai gambar penutup untuk program transisi depa. Kedua, pasai Iqa pun ada jugak. Ingatkan nak ambik kamera aku kat keter, tapi sampai jer kat keter dah lagu ala-ala dah nak abis gitu. Tak yah la. Pakai gambo henpon buruk ni ja lah. Paih habis semua kat perhimpunan pagi tu aku teruih pi naik buka pusat akses cam biasa. Pastu teringat buku math bebudak yang tak dan nak tanda hari jemaat haritu. So bukak tanda la satu-satu. Tetiba henpon berbunyik. Mama. Apahai lak ni. Adik tak mau sekolah lagi ka. Nada toksah crita la. Bleeding lagi. Sudah.. Pening balik kepala ota