Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel satimah

Majlis Perpisahan Pn. Satimah

Imej
Pagi-pagi lagi dah ada kat SMK Tanjung Adang. Banyak yang dibincangkan pagi ni. Kak Zi dari tadi tak reti-reti nak berenti call. Cam biasa la, pasal majlis perpisahan Kak Timah. Tak kisah. Aku memang akan ke sekolah pun sebenarnya. Lepas mintak kebenaran dari En. Saifuddin, langsung aku bawak kereta balik ke sekolah. Belasah je le. Tapi agak lambat gak la. Lama pulak bincang tadi. Memula takde apa. Pastu semua pulak turun. Dengan techniciannya, dengan PKGnyer. Tak kisahla. Harap-harap dapat sampai sekolah sebelum majlis tamat. InsyaAllah Sesampai jer ke sekolah, Kak Timah tengah berucap. Kira OK ler kan. So, apa lagi. Mula la kerja-kerja aku. Majlis berjalan lancar sekali. Metro tak dapat datang. So, Hazim kena hanto gambo-gambo aku ke sana. Slideshow

Majlis Sanjungan Budi

Imej
Malam ini satu majlis khas dijalankan untuk menghargai jasa-jasa Pn.Satimah. Majlis yang dijalankan bertempat di Hotel Puteri Pan Pasific ini bermula pada jam 8.30 malam. Aku ngan Hazim cam biasa masih kat sekolah untuk siapkan video untuk malam nanti. Haii.. yang paling lama seperti biasa la, rendering video. Dah settle render, timbul masalah lain pulak. Camner nak burn jadi DVD ni. Last last aku copy masuk pen drive. Aku wat kat rumah jer la. Kat sini takder DVD burner. Masa aku kuar sekolah dah takder saper. Bior betul.. Sampai jer kat rumah teruskan usaha. Burn DVD. Test kat player. Pastu terus mandi dan bertolak ke Hotel. Sib baik jalan OK, walaupun perlahan sikit. Sampai sana terus setup tempat sambil mendengar lagu. Kepala aku dah berat sebenarnya. So lepak jer la sambil layan lagu sementara menunggu majlis mula. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. Slideshow Chiaoooo... __________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam |