Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah agama nusa perintis

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Koperasi Sekolah 2020

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Koperasi Sekolah 2020. Pagi ni kena ke sekolah nusa perintis. Hari pembayaran Koperasi. Semak semula semua borang dan sediakan duit secukupnya. Alhamdulillah. Sampai ja masih tak ramai orang. Masuk ke dewan. Pergghhh. Makin banyak kelas dibuka. Banyak cikgu yang aku pun tak kenal. Cari kelas iqi. Sampai ke hujung sana haaa.. Sampai ja terus tiba giliran aku. Tak sempat nak snap snap suasana. Hehehe.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Mesyuarat Agung Tahunan BKS Kali Ke-17 & Majlis Anugerah Cemerlang

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Mesyuarat Agung Tahunan BKS Kali Ke-17 & Majlis Anugerah Cemerlang. Majlis berlangsung petang tadi. Mama bawak inaz untuk terima anugerah. Terbaeekkk!!!! Siap dapat cabutan bertuah pulak tu. Aku sampai aje majlis dah abis. Huhuhu.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Kursus Kepimpinan Tahun 2019

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Kursus Kepimpinan Tahun 2019. Pagi ni seawal jam 7 pagi iqi dah keluar. Ada kursus kepimpinan kat sekolah. Iqi jadi pengawas kat sekolah agama tahun ni. Dalam jam 11 pagi dah gerak semula amik iqi kat sekolah. Semoga jadi anak yang soleh dan berkepemimpinan yang tinggi kelak.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Inaz @ Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama 2018

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Inaz @ Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama 2018. Alhamdulillah. pagi ni bersama dengan Inaz untuk ambil keputusan peperiksaan SDEA 2018 di sekolah dia. Inaz dapat 2A, 1C dan yang lain semua B untuk 9 subjek yang diambil. A bagi Akhlak dan Al-Quran. Inaz layak ke Darjah Khas tahun depan. Tahniah dik. Adik dah buat yang terbaeekkk!!!! Apapun keputusan yang dapat, adik dah buat yang terbaik. Tahniah dan terima kasih untuk semua, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Be the best! Jangan lupa jumpa di pendaftaran darjah khas di SA Gelang Patah on 12 Januari 2019.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Majlis Apresiasi Murid Darjah Enam 2018

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Majlis Apresiasi Murid Darjah Enam 2018. Bermula tahun ni sekolah agama angah pun dah buat Majlis Aprisiasi untuk murid Darjah 6. Alhamdulillah. Mama dapat hadir. Inaz naik 4 kali ke pentas. Nombor tiga, pengawas, sirah dan konvo.  Tahniah Inaz. All the best and be the best!

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka. Hari Khamis ni jadi hari yang amat penuh. Segala-galanya yang perlu aku selesaikan dalam minggu ni dilambakkan pada satu-satunya hari yang aku wujud di opis. Nak pulak petangnya ada hari terbuka sekolah agama. Takpe. Satu-satu kita kasi setel. Paginya kita selesaikan verifikasi data repositori. Ada permohonan data adhoc. Cari orang berkaitan untuk bantu melicinkan urusan. Ada jamuan sikit masa lunch. Sambung urusan PBPPP selepas rehat. Balik. Amik angah dan Iqi kat rumah dan keluar semula ke sekolah. Nampaknya ramai jugak parent yang sama macam aku. Habis kerja baru gerak ke sekolah. Ye lah. Khamis pun macam half day aje. Waktu kerja sampai jam 3.30 petang aje kan. Alhamdulillah. Urusan lancar. Dapat terus aje jumpa ustaz iqi dan ustazah angah. Iqi dan angah dua-dua dapat nombor 3 dalam kelas masing-masing. Iqi juga dilantik jadi pengawas bermula tahun depan. Hebat! Baru darjah 3 dah jadi pengawas. Paling laju antara semua. Minggu depan ad

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Yuran Persekolahan dan Koperasi Sesi 2018

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Pembayaran Yuran Persekolahan dan Koperasi Sesi 2018. Pagi ni gerak ke SK Taman Nusa Perintis. Hari pembayaran yuran sekolah agama. Alhamdulillah dia buat Jumaat. Senang nak rancang pergerakan. Ici pun sibuk nak ngikut. Dah la botol tak lepas. Ish ish ish. Sampai. Semak dulu kelas. Iqi berubah kelas la pulak. Yuran pun ada sedikit penurunan. Alhamdulillah. Selesai semua. Singgah beli sarapan dulu sebelum pulang. Enjoice... Tinggal nak kembali ke sekolah aje ni minggu depan for the kebudaks.

Hari Terbuka Sekolah Agama Nusa Perintis 2015

Imej
Hari Terbuka Sekolah Agama Nusa Perintis 2015. Aku gerak dari Sutera Mall around 3.30 pm. Balik rumah. Amik kebudaks. Dedekat jam 4 pm jugak baru sampai sekolah. Kenderaan. Perghhhh... Masih penuh dan masih ramai. Masak lagu ni. Hehehe. Amik nombor. Dedua dapat nombor sama. 46. Huiyooo. Tunggu la jap sambil beborak. Alhamdulillah. Turn Iqa dulu. Dapat nombor 1. Tunggu lagi. Lama sikit baru sampai turn adik inaz. Dapat nombor 9.

Pengesahan dan pembelian kitab sekolah agama johor 2013

Imej
Hari ni, sebelah pagi, sekolah agama nusa perintis buka kaunter. Kaunter pengesahan dan pembelian kitab sekolah agama 2013. So. Lam 10 pagi aku dah terpacak kat sana. Kaunter darjah 4 kosong. Terus masuk. Bayo. Pergi kaunter darjah 1. Walaowei... Panjangnya giliran. Tunggu aje la kejap. Setel. Terus gerak balik. ni list bayaran untuk sekolah agama tahun depan. so, hari ni kena gi setelkan la . hari ni lebih kepada bayar buku tulis dan kitab dulu. yuran lain tarikh cocok duit dulu daaa... aku dah kering dompet nih jom gi bayo aaa... gi kaunter darjah 4 dulu pastu baru gi kaunter darjah 1 humang aiii... aku sampai nombor 19. kena tinggal 10 nombor tu snap snap cam biasa kaunter lain ada orang walaupun tak sesak cam darjah 1 kosong lagi kan ni akak ke 22... sabo... sabo... orang dah mula ramai nampak tak ramainya tu kelas adik tahun depan... senang jer cari. cari nama paling panjang. sama naik anak ngan ayah setel

Report card sekolah agama

Imej
Petangnya ke sekolah agama nusa perintis. Ambik kad penyata iqa. Dapat no.6. Ada jugak subjek yang turun cam bahasa arab dan tajwid. Walaubagaimanapun, iqa lulus untuk naik kelas tahun depan. Balik, singgah beli kepok leko...