Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel semakan sms

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012

Imej
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 akan diumumkan. Sudahkah anda bersedia??? Calon-calon boleh mendapatkan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 pada hari Khamis, 21 Mac 2013 daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos. Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Keputusan UPSR 2012

Imej
*** Terkini ... Seramai  45,054  calon UPSR (8.94 peratus) berjaya memperoleh 5A, penurunan sebanyak 0.54 peratus berbanding tahun lalu. Jumlah itu merangkumi 27,681 (10.61 peratus) calon bandar dan 17,329 (7.51 peratus) calon luar bandar. Pencapaian keseluruhan calon UPSR juga menurun sebanyak 0.01 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.30 pada 2011 kepada 2.31 pada tahun ini. Semakan keputusan UPSR 2012 boleh mula diambil di sekolah masing-masing pada pagi ini, 19 November 2012 selepas jam 10 pagi. Semakan keputusan UPSR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) ataupun secara online. Apa pun, good luck pada semua. Semak secara SMS Taip UPSR dan hantar ke 15888  cth : UPSR AB012AB012 dan hantar ke 15888 Semak secara online Tiada semakan secara online seperti yang digembar-gembur dalam kebanyakan blog. Berikut merupakan respon dari admin SAPS. Mohon maklum bahawa SAPS hanya mengeluarkan keputusan peperiksaan sekolah sahaja dan b