Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel senai

Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Bandung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat, Senai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Mee Bandung Pak Abu, Kampung Jaya Sepakat, Senai. 23 Februari. Selesai hari pertama mesyuarat. Agak lewat petang. Gerak cari makan jap bersam team teknikal. Semalamnya dah makan kat Dulang Ayan. Hari ni nak ubah selera sikit. Ada la cadangan ke sini. Leh tahan jugak. Cuma yang tak bestnya, masa kami sampai; tinggal hidangan udang aje. Deme semua makan mee bandung udang. Sib baik dia leh buatkan nasi goreng cina telur mata untuk aku. Boleh la. Memang superb nengok mee bandung dia. Seronok nengok deme pakat makan.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Dulang Ayan

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Dulang Ayan. Dua hari kami makan malam kat sini. Memang marbeles. Malam pertama order alakat. Mee Goreng, sup daging pedas sama nasi, megi goreng. Malam kedua enjoy sikit. Tomyam, siakap tiga rasa, ayam black pepper. Memang terbaeekkk!!!! aahh! Recommended!

Walimatul Urus : Nabilah & Amin

Imej
Walimatul Urus : Nabilah & Amin. Gerak ke Dewan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai. Majlis Encik Mohamad Aman. Makanan memang terbaeekkk!!!! Sempat lagi makan aiskrim. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Santai Pokemon Go @ Mamak Senai

Imej
Santai Pokemon Go @ Mamak Senai. Malamnya ke Senai. Nak ambil mak dan abah balik haji. Penerbangan sampai 2 pagi. So. Jam 11 dah lepak sini. Kalau dok rumah kang tertido aje. Sekali selak Pokemon Go. Pokestop terpacak sebelah. Gym sebelah lagi. Apa lagi. Setiap 5 minit pusing. Sampai lenguh tangan. 3 jam bahagi 5 minit. Pasang lucky egg. Pasang Insence. Selevel setengah lam tangan. Siap dapat 10 gold. Belasah gym abih abih.

Bengkel Kerja Pendaftaran IPS dan Kemaskini Kod SMPK Tadika Swasta di bawah GTP2.0

Imej
Bengkel Kerja Pendaftaran IPS dan Kemaskini Kod SMPK Tadika Swasta di bawah GTP2.0. Terlibat untuk sesi taklimat berkaitan kod institusi di Le Grandeur Palm Resort, Senai pada Isnin, 14 September yang lepas. Seronok gak. Terasa kaki aku jalan dari lobby ke bilik seminar yang agak jauh.

Nasi Ayam Angah

Imej
Nasi Ayam Angah. Akhirnya dapat jugak makan di sini. Dah lepas lunch hour, terbabas jauh ke depan. Around 3 lebih. Melantak lunch di kala petang namanya. Ayat nak sangat bawak kami ke sini. Katanya sepesel habih habihsan... kekekeke.. so, gi jer la.. Read on...

Selamat tiba ke destinasi

Imej
Alhamdulillah. Selamat tiba ke rumah. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang jadi pelik bagi aku. First, gear automatik tak leh pakai. Jem. Tapi. Lepas berenti beli limau bali dah normal semula. Second, aircond rosak. Panas satu badan. Lepas isi minyak di air keroh. Air cond tetiba bingai. Nak jadi cerita lagi, hujan lebat lepas machap menyebabkan fogging teruk kat cermin depan. Hampir 70% tak nampak jalan. Lepas berenti semayang kat tol senai, semua pulih macam biasa. Agak hebat ujian Tuhan pada aku hari Rabu tu. Sib baik aku dah apply cuti 2 hari. Balik makan burger la. Super pedas lagi..

Johor Premium Outlet

Imej
Simple jer nak gi sini. Masuk highway. Keluar ikut exit senai selatan. Lepas beberapa minit dah nampak jpo kat sebelah kiri. Pastu, setiap simpang korang belok kiri. Tak lama tu jumpa la bangunan ambik tiket parking dia. Hari ni memang tak banyak kereta sangat. Senang senang dapat parking kat depan bangunan dia. Masuk parking, rm3 sekali masuk. Korang parking la seminit ka, lima minit ka, setahun ka. Kadar tetap sama. Kekeke Masuk kawasan legar dia.. Perghhh.. tersusun la. Dia buat cam lot kedai ja. Tapi persekitaran cam luar negara la. Ada kolam, ada kerusi tempat lepak. Cuma aku rasa tak cukup kot. Kena tambah lagi ni. Beberapa kedai top macam coach jamin kena beratur. Aiyooo.. Panjang sentiasa. Toleh belakang.. Jap jer panjang barisan belakang aku ni ha.. Sampai turn aku kena tunggu lagi... tunggu ajer la. Sempat lagi snap. Al maklum paling depan.. eksen ler sikit. Lepas aku snap ajer terus dapat masuk.. Harga dia makdatuk. 1k keatas. Berbaloi la dapat rasa dan ra