Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sk taman nusa perintis

SK Taman Nusa Perintis : Hari Sua Akademik 2019

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Hari Sua Akademik 2019. Hari ni sekolah iqi buat hari terbuka. Hari Sua Akademik nama digelar. TQ mama dapat luangkan masa dengan iqi kat sekolah tadi. Rupanya. Sekolah agama pun ada hari terbuka jugak. 2 in 1 jadinya. Alhamdulillah. Dapat attend dua-dua sekali. All the best Iqi.

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-16 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2018 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-16 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2018 SK Taman Nusa Perintis. Pagi ni bawak inaz ke SK Taman Nusa Perintis. Penghargaan untuknya bagi UPSR 2018. Masuk a bit late sebab amik dia dulu dari Sekolah Agama Darjah Khas. Seronok dia dapat bersama kawan lama. Bercerita bab kisah sekolah masing-masing. Bagi masa pada dia ngan rakan-rakan jap sebelum gerak semula ke sekolah agama.

One full day

Imej
One full day. Memang satu hari yang penuh. Tinggal ici ja takde aktiviti. Paginya nganto iqi ke Kem Jati Diri Kepimpinan untuk semua pengawas di SK Taman Nusa Perintis dan Inaz ke Darjah Khas di Sekolah Agama Gelang Patah. Tengah harinya ke STF melawat iqa. Sambil belajar Matematik Tambahan ngan mama, ici pun belajar tulis ABCnya. Balik. Singgah SK Taman Nusa Perintis untuk amik Iqi. Layan.

SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019 - The Return

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019 - The Return. Seawal jam waktu mula operasi kami dah sampai. Ingatkan takde orang, rupanya dah ada dah. Takpe. Takde la ramai sangat kan. Kami pecah dua. Iqa beli baju. Aku beli buku. Setel. Hehehe. Sempat meronda sekolah lagi ngan ici.

SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kedai Buku Jualan 2019. Gi sekolah iqi. Tak sangka punya la banyak orang. Lupa pulak ramai yang amik cuti 24 Disember. Cuti sambung kan. Dah macam hari anugerah cemerlang banyaknya kereta. Masuk dalam. Perrgghhh. Amik list dan beratur. Tak lama. 26 Disember return semula lah. Tak sanggup nak beratur panjang gini. Kaunter Buku, lepas tu kaunter baju. Kena susun strategi semula. Hehehe.

SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Inaz @ Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018. Alhamdulillah. Dapat juga kesempatan untuk bersama dengan Inaz untuk ambil pelaporan PPSR 2018 di sekolah dia semalam. Seramai 9 orang murid yang dapat semua A dalam UPSR. Inaz dapat 5A1B yang masa B pada sains. Tahniah dik. Adik dah buat yang terbaeekkk!!!! Apapun keputusan yang dapat, adik dah buat yang terbaik. Lepas taklimat kami gerak ke kelas untuk berjumpa dengan cikgu. Adik lebih kepada alam semulajadi dan muzik. Seperti dijangka kan. Sempat jumpa dan berbual panjang dengan Guru Besar sementara menantikan angah jumpa dengan semua cikgu dia. Tahniah untuk semua, sama ada secara langsung atau tidak langsung; ibu bapa, keluarga dan guru-guru yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Be the best! yang tak best, banyak gambo aku tak jadi pagi ni. ntah pasal apa ntah. aku tak snap ke, aku gabra ke. ntah la.

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Sanjung Budi Lestari Ilmu 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Sanjung Budi Lestari Ilmu 2018. Semalam. Majlis untuk murid Tahun 6 ni dibuat di Hotel Holmes, Gelang Patah. Aku masih on the way dari Putrajaya, jadi; Mama gi temankan Inaz. Jap ja kan masa berlalu. Tahun depan semuanya dah masuk ke sekolah menengah. All the best to all!

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan UPSR 2018. Semalam, majlis mengambil tempat di Masjid An-Nur, Taman Nusa Perintis 1. Aku tiba a bit late, selepas selesai solat Maghrib. Buka puasa dan solat dulu di rumah. Sampai dah berderet kereta. Turunkan mama dan inaz dulu dan aku merayau jap cari parking. Sampai. Ngam-ngam sebelum bacaan yasin. Alhamdulillah. Solat isya' dan diikuti dengan solat hajat selepas tu. Semoga anak-anak dipermudahkan segala urusan semasa peperiksaan berlangsung minggu depan. Terima kasih atas sediaan jamuan Nasi Ayam Penyet selepas selesai majlis. Moga dimurahkan rezeki.

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan Percubaan UPSR 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan Percubaan UPSR 2018. Actually. Foto ni takde kaitan pun dengan aktiviti semalam bertempat di Surau An-Nur, Taman Nusa Perintis 1. Gambo search dari google je. Jarang betul aku buat kelaku gini. Program ni bermula jam 6.45 petang hingga 9.30 malam semalam. Memang aku dah set untuk pergi selepas berbuka dengan mama dan inaz. Tapi nak buat macam mana, keadaan inaz minggu ni agak tidak mengizinkan. Dah dua hari dia MC. Petang ni pun masih tak berapa nak boleh lagi. Harap dia dipermudahkan semasa peperiksaan berlangsung kelak. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Hari Terbuka SK Taman Nusa Perintis

Imej
Hari Terbuka SK Taman Nusa Perintis. Hari ni ada hari terbuka kat sekolah angah dan iqi bermula jam 10 pagi. TQ mama yang ambil turn untuk kali ni. Ada jamuan sekali dan dihadiri sama oleh ADUN Nusajaya. Memang terbaeekkk!!!! Alhamdulillah. Semua OK kata mama.

Majlis Suawaris 2.0 dan Ceramah Keibubapaan SK Taman Nusa Perintis 2018

Imej
Majlis Suawaris 2.0 dan Ceramah Keibubapaan SK Taman Nusa Perintis 2018. Asalnya tak dapat hadir ke program ni. Alhamdulillah. Dilorongkan dengan baik olehNya. Mesyuarat ditunda ke sebelah petangnya. So. Dapat lah join majlis nikhusus untuk tahun 6. Sampai dah tengah majlis ceramah. Selesai aje rehat seketika sebelum suawaris bermula. Angah kena usaha lebih sikit untuk matematik dan sains. All the best and be the best! Angah boleh!

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Anugerah Cemerlang 2017 & Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-15

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Anugerah Cemerlang 2017 & Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-15. Pagi tadi bergerak ke sekolah. Jam 7.30 dah sampai dan buat pendaftaran. Mesyuarat bermula dengan YDP dikekalkan dengan perubahan pada AJK. Tahniah. Teruskan kecemerlangan pengurusan. Selesai perbincangan usul perasmi tiba. Boleh tahan juga sumbangan kali ni. Kerusi. Kelengkapan murid dalam kawad. Alhamdulillah. Tiba masa untuk mengambil hadiah. Iqi dapat dua subjek terbaik dan Inaz dapat satu subjek terbaik. Teruskan legasi kecemerlangan bak kata inaz. Tahun ni tahun getir untuk Iqa dan Inaz. Iqa PT3 dan Inaz UPSR. Iqa boleh untuk PT3. Inaz boleh untuk UPSR kali ni. Iqi boleh untuk Akhir Tahun. All the best and be the best!

SK Taman Nusa Perintis : Good Luck Karnival Bahasa Melayu Team

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Good Luck Karnival Bahasa Melayu Team. Pagi ni awal lagi kami berada di sekolah. Ramai dah berkumpul masa kami sampai. Hari tu dah jadi johan daerah. So. Hari ni akan bertanding di peringkat daerah pula. Program akan berlangsung di SK Taman Desa Skudai. Lepak bersama jap. Nanti pagi sikit baru aku nyusul ke sana. Good luck inaz and the team. All the best and be the best! Apapun. Pagi ni mula pakai ankle protector. Saja pilih yang full sampai lutut.

SK Taman Nusa Perintis : Tuisyen Khas Tahun 6 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Tuisyen Khas Tahun 6 2018. Ngantor inaz ke sekolah pagi tadi. Atas permintaan ramai parent, tuisyen sebelah malam ditiadakan dan disumbat habis habis ke hari jemaat. Mula 7.30 pagi. 3 subjek. Aku tak kisah sangat cuma part sampai lebih jam 12.00 tengah hari tu agak mengjengkelkan. Waktu opis pun sampai 12.10 tengah hari aje kot. Kalau dah sampai 12.30 tengah hari, gedebak gedebuk dah sampai 12.45. Nak gi solat jemaat lagi. Kami biasa gerak 12.30 ke semejid. Hmmm.. Semalam minta inaz balik awal. 12. Lepas ni tengah dok mikir cemana lagi nak amik dia. Bertabahla... --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

SK Taman Nusa Perintis : Majlis Suawaris Murid Tahun 6 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Majlis Suawaris Murid Tahun 6 2018. 4 Februari. Sempat aku berkejar ke sini. Tu pun a bit lewat tiba. Majlis dah jalan agak lama. Inaz terus datang kat aku bila aku sampai. Dok belakang sekali. Hehehe. Buat yang terbaeekkk!!!! ye inaz. All the best and be the best! You can do it! Setel je terus gerak. Lepas ni nak berkejar ke New York pulak

SK Taman Nusa Perintis : Kursus Pemimpin Muda 2018

Imej
SK Taman Nusa Perintis : Kursus Pemimpin Muda 2018. Hari ni Inaz terlibat dengan kursus ni di sekolah. Hantar jap tadi. Sempat beli sandwich kat Petronas. All the best dik! Balik merayap jap.

Karnival Hari Malaysia @ SK Taman Nusa Perintis : Our escapade

Imej
Karnival Hari Malaysia @ SK Taman Nusa Perintis : Our escapade. Hari ni jalan kat sekolah inaz dan iqi aje. Ada karnival Hari Malaysia. Banyak aktiviti dan gerai kat sini. Mula semalam lagi dengan ceramah perdana oleh Datuk Ustaz Kazim Elias. Hari ni kami gi enjoy enjoy aje. Aku? Lepak aje setempat. Tak larat tul nak jalan. Mama yang banyak jalan ngan kebudaks ni. Sakan deme. Aku layan apa yang ada kat wakaf tu aje ler. Masa aku lepak, tengah ada demo bomba kat situ. Balik. Baru perasan buku lali aku dah bengkak rupanya. Hehehe. Lagi mau jalan ka?

Karnival Hari Malaysia 2017 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Karnival Hari Malaysia 2017 SK Taman Nusa Perintis. Tadi iqi balik dia bagi surat pasal karnival ni. Jualan kupon RM10 satu set. OK jugak. Aku pun dah tahu dari group whatsapp. Tanya jugak. Nak masuk pertandingan karaoke tak? Inaz suka aje. Tapi tanya aku balik, nak nyanyi lagu apa bah. Haisshhh!!!! aku jugak ke kena jawab ni. Kekeke. Apa pun. Yok la reramai ke SK Taman Nusa Perintis pada 15 dan 16 September ni. Ada jualan makanan, jualan amal, persembahan murid, Ceramah Datuk Kazim Elias baq ang malam 15 September tu. Ada pameran dan demonstrasi badan kerajaan pada 16 Sep melibatkan bomba, hospital, AADK, PDRM dan JPJ. Ada pertandingan lagi, karaoke dan pakaian beragam. Penutup siap ada cabutan bertuah pulak tu. Yok reramai! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday

Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017

Imej
Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017. Pagi tadi ke SK Taman Nusa Perintis. Ada program motivasi untuk pelajar tahun 5 dan 6. Sebelum tu. Gi makan dulu kat nusantara. Dekat dua bulan aku tak pakai jam. Pagi ni baru pakai semula. Lain macam pulak rasanya. Kaki. Toksah cerita. Berdenyut semacam ni. Seminggu punya penangan. Jalan sana sini. Cuma kali ni effect dia lewat sikit. Dah habih semua baru mula nak terasa. Nampak macam minggu depan aku stay ofis aje la gini. Ni pun dah rasa lain macam sangat dah ni. Jalan dah makin mula perlahan dah. K. Berbalik pada program ni. Baru ja duduk lam dewan tetiba pengumuman dibuat. Ibu bapa ke bilik muzik. Anak di dewan. Hokaloh. Malas tul aku nak gerak. Tetambah dalam keadaan gini. Tak pe la. Gagahkan jugak merayap ke bilik muzik. Ada perkongsian antara YDP SK Medini berkenaan KSIB di sekolahnya. Selesai aje terus dilancarkan laman web KSIB SK Taman Nusa Perintis. Aku sem

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Cemerlang kali ke14 SK Taman Nusa Perintis. Pagi tadi majlis ni berlangsung di Dewan Sri Perintis. Aku dengan angah ja ke sini. Mama dan yang lain ke Melaka untuk majlis Pak Ngah Man. Majlis dimulakan bacaan doa sebelum diikuti dengan kata aluan daripada Guru Besar dan Yang DiPertua PIBG. Perasmian seterusnya dilaksanakan oleh Haji Khairi. Dalam ucapan perasmi, Haji Khairi merakamkan setinggi-tinggi tahniah pada pihak sekolah dan berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk laluan gajah menyusur di kawasan menunggu bas dan RM1,000 untuk kelab guru. Seterusnya murid UPSR 2016 diraikan. Mesyuarat PIBG diteruskan sebelum Majlis Anugerah Cemerlang mengambil tempat. Tahun ni memang sekolah beri keistimewaan pada lebih ramai murid. Tempat pertama hingga kelima setiap kelas dan untuk hadiah matapelajaran terbaik memang penuh nama dalam buku. Angah dapat hadiah untuk subjek seni disamping 19 orang murid tahun 4 2016 yang lain. Tu lum k