Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sk taman nusa perintis

UPSR 2015 Day 1 @SK Taman Nusa Perintis

Imej
UPSR 2015 Day 1 @SK Taman Nusa Perintis. Hari Pertama. Full day with Iqa kat sekolah dia. Tiga paper hari ni. BM Pemahaman, BM Penulisan dan Matematik Kertas 2. Ramai juga parent yang ada. Hope for the best. PS : Gambar sebenarnya sangat banyak aku amik. Banyak pada SJCam. Sayang. SD Card pulak buat hal. Ada tapi takleh read pada mana mana device yang lain. 16Gb tuhhh...

Sambutan Ambang Merdeka 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Sambutan Ambang Merdeka 2015 SK Taman Nusa Perintis. Habis ja majlis terus bersambung lagi. Terus bermula majlis sambutan ini untuk semua. Keluar-keluar ja dari surau dah penuh dataran sekolah dengan parent dan murid yang lain. Around 10.00 pm, ketibaan YB Zaini, Adun Nusajaya diiringi dengan paluan kompang. Seterusnya silat dan tarian jemputan dari murid SK Gelang Patah mengambil tempat. Doa dibacakan dan diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar. Ni tahun akhir GB berkhidmat di sini. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian solo dari adik Najwa dan persembahan kebudayaan dari pelajar tahun 6. Ucapan YB mengambil tempat dan diteruskan dengan pelancaran gimik. Masa ni memang kami dah a bit penat. Bagi can pada kebudaks ni untuk layan tarian zapin. Pastu caloo... Penat weh. So, kami miss beberapa program lagi la macam model cilik, kompang formasi, tarian hindi, dikir barat, sajak, koir dan penutup bunga api.

Solat Hajat Perdana UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Solat Hajat Perdana UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis. Petang ni ke SK Taman Nusa Perintis seawal jam 7.00 malam. Ada majlis khas untuk parent murid Tahun 6 ini malam. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yasin. Seterusnya disampaikan sedikit tazkirah ringkas sementara menantikan waktu Isya'. Selapas selesai solat Isya' berjemaah, majlis diteruskan dengan Solat Hajat. Tahniah pada semua yang hadir. Semoga anak-anak kita diberkati olehNya.

Baju Hari Kebangsaan 2015 Syafinaz

Imej
Baju Hari Kebangsaan 2015 Syafinaz. Adik dari pagi dah bangun awal. Memang dia bersungguh tul nak masuk pakaian beragam tahun ni. Tu yang semalam beli tudung bagai tu. Do your best dik!

Upcoming SK Taman Nusa Perintis events : Solat Hajat Perdana dan Sambutan Ambang Merdeka 2015

Imej
Upcoming SK Taman Nusa Perintis events : Solat Hajat Perdana dan Sambutan Ambang Merdeka 2015 Dah naik dah banner dia. Both on malam 30 Ogos nanti. Majlis bermula dengan Solat Hajat Perdana yang akan dijalankan bermula jam 7.00 malam bertempat di Dewan SK Taman Nusa Perintis bagi ibu bapa pelajar murid Tahun 6 khususnya. Selepas itu baru menyusul program Sambutan Ambang Merdeka yang akan dijalankan di Dataran Perhimpunan mulai jam 9.00 malam. Pelbagai aktiviti dirancangkan untuk majlis yang terbuka pada semua ini. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ceramah Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Ceramah Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis Ceramah Motivasi Pecutan Akhir UPSR 2015 SK Taman Nusa Perintis telah dijalankan pagi tadi dari jam 8 pagi hingga 10 pagi bertempat di Dewan SKTNP. Penceramah jemputan adalah Ustaz Abdul Hamid bin Ismail dari SK Seri Ammar, Majidee.

Santai Minda Cemerlang @Plaza Angsana, SK Taman Nusa Perintis

Imej
Santai Minda Cemerlang @Plaza Angsana, SK Taman Nusa Perintis. Program dijalankan pada 12 Ogos Rabu jam 2.00 hingga 6.00 Petang. Semoga pelajar terpilih akan terus berusaha dan berjaya dalam peperiksaan UPSR yang akan berlangsung tidak lama lagi. Foto oleh : Cikgu Ruhana

2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015

Imej
2 Gangsa dan 33 Kepujian untuk SK Taman Nusa Perintis dalam Kangaroo Math Competition 2015. Keputusan telah diumumkan. Seramai 33 orang pelajar tahun 6 telah menerima Sijil Kepujian dan 2 menerima Pingat Gangsa dalam Kangaroo Math Competition 2015 yang berlangsung baru-baru ini. Tahniah pada semua. Tahniah juga pada Syafiqah yang menerima sijil kepujian. Semakan boleh dibuat di sini : Penerima Pingat   Penerima Sijil Kepujian Senarai penuh peserta Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz

Imej
Ikan Laga untuk Projek Sains Adik Inaz. Dari tengah minggu adik inaz dok ajak aku pi beli ikan. Mulanya ingatkan ikan nak makan, sebab hari tu pakat buat fruit punch kan. Sekali... Nak ikan hidup. Terus gerak keluar petang tadi nak mencari ikan. Dalam kepala, kedai ikan kat nusantara la dulu. Lebih dekat ngan rumah kan. Sekali bila sampai... Aiyoo.. Nama ja kedai ikan dan burung, sekor mender yang dinamakan tu pun tadak. Yang ada... Kucen. Adusss... Terus gerak ke nusa perintis. Sib baik ada lagi, walau dah tak banyak. Mulanya nak beli ikan gapi tapi salesgirl tu terus cadang beli ikan laga. Senang bang. Tak perlu jaga rapi cam ikan gapi. Semua budak yang datang pun cari ikan laga ni la. Ahahahaha. Last last beli dua ekor. Sekor RM2. Betina dedua. Jantan mahal sikit. RM5. Suka berlaga lak tu. Dah lepas ikan untuk adik inaz. Yihuuu...

Guru Besar temui semua ibu pelajar Tahun 6 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Guru Besar temui semua ibu pelajar Tahun 6 SK Taman Nusa Perintis. Sesi khas pagi tadi di dewan perintis melibatkan semua guru dan ibu pelajar tahun 6 dalam menyuntik semangat dan memberikan harapan dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula kurang sebulan lagi. Hope for the best.

Tuisyen Jumaat dan Jamuan Hari Raya Tahun 6 SK Taman Nusa Perintis

Imej
Tuisyen Jumaat dan Jamuan Hari Raya Tahun 6 SK Taman Nusa Perintis. Cam biasa, tuisyen. Cuma hari ni ditambah dengan jamuan raya. Selamat Hari Raya.

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2015 - SK Taman Nusa Perintis

Imej
Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2015 - SK Taman Nusa Perintis. Good luck Syafiqah, do your best! Hari Mata Pelajaran Masa Tempoh Selasa 28 Julai 2015 Bahasa Melayu – Kefahaman Bahasa Melayu – Penulisan Matematik – Kertas 2 8.15 – 9.05 pagi 10.45 – 12.00 tengahari 12.20 – 1.00 petang 50 minit 1 jam 15 minit 40 minit Rabu 29 Julai 2015 Matematik – Kertas 1 8.15 – 9.15 pagi 1 jam Khamis 30 Julai 2015 Sains Bahasa Inggeris – Kertas 1 Bahasa Inggeris – Kertas 2 8.15 – 9.30 pagi 10.30 – 11.20 pagi 12.05 – 1.20 petang 1 jam 15 minit 50 minit 1 jam 15 minit Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Teknik Menjawab Sains @SK Taman Nusa Perintis

Imej
Teknik Menjawab Sains @SK Taman Nusa Perintis. Pagi ni ada sesi ni kat sekolah Iqa. Ngantor jam 7.30 pagi. Ambik balik jam 10.00 pagi. Layan...

Latihan Rentas Desa SK Taman Nusa Perintis

Imej
Latihan Rentas Desa SK Taman Nusa Perintis. Subuh subuh dah ngantor iqa ke sekolah. Latihan rentas desa. Balik. Atuk dia yang ngambik. Aku ada program lain di opis

Kursus Kepimpinan Pengawas Dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Nusa Perintis

Imej
Kursus Kepimpinan Pengawas Dan Pembimbing Rakan Sebaya SK Taman Nusa Perintis. Ngantor iqa ke sekolah jap pagi ni. Ada kursus. Good luck! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Full revised : Silat gayung @ SK Taman Nusa Perintis

Imej
Full revised : Silat gayung @ SK Taman Nusa Perintis. Bersama Syafinaz pagi ni untuk sesi Latihan Silat gayungnya. Pagi ni sesi perkenalan bersama guru guru dan cara buka gelanggang.

Live blogging Silat gayung @ SK Taman Nusa Perintis

Imej
Live blogging Silat gayung @ SK Taman Nusa Perintis. Bersama Syafinaz pagi ni untuk sesi Latihan Silat gayungnya. Pagi ni sesi perkenalan bersama guru guru dan cara buka gelanggang.

Pendaftaran ahli baru Silat Seni Pusaka Gayung SK Taman Nusa Perintis 2015 Syafinaz

Imej
Pendaftaran ahli baru Silat Seni Pusaka Gayung SK Taman Nusa Perintis 2015 Syafinaz. Pagi ni gi sekolah inaz. Inaz nak masuk seni mempertahankan diri. Aku bagi pilihan pada dia. Nak taekwando ke nak silat ker, terpulang. Sampai. Jumpa big bos silat, brader Jo. Borak borak sambil tunggu inaz buat keputusan. Last-last dia pilih silat. Layannn... Kata bersahut, gayung bersambut! Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Penjualan buku sesi 2015 @ SK Taman Nusa Perintis

Imej
Penjualan buku sesi 2015 @ SK Taman Nusa Perintis. Setel ja sarap, terus ke SK Taman Nusa Perintis. Nak setelkan semua keperluan kebudaks ni sebelum naik. Tu yang aku amik cuti ni. Kalau tak bila lagi kan. Dah nak buat camner. Bukak nya hari bekerja aje. Dah la sebelah pagi aje. Orang masih tak berapa ramai. Kira OK la kan. Nunggu dah nak dekat nak bukak nanti ie minggu depan. Harus la berpusing pusing barisannya. Alhamdulillah. Setel.

Sukan Tahunan SK Taman Nusa Perintis 2014

Imej
Sukan Tahunan SK Taman Nusa Perintis 2014. Lewat sikit haplod. Kes teruja ngan video sejak pakai SJ4000. Apa pun. Yang penting. Naik jugak kan. So. Layan dulu ini entry. Video bakal menyusul. Enjoice. Sukan dijalankan di Stadium Educity. Satu perkara yang baik. Bila budak dapat rasa larian di balapan sebenar. Tahun ini milik sang hijau. Apapun. Kebudaks balqis tak pulang kosong lah. Siap iqa ngan ibu jari kaki berbalut. Over sangat tadi.