Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sktta1

Hari terakhir iqa bergelar pelajar SKTTA1

Imej
Rabu lepas, aku memang kena gi PPD juga untuk proses lapor diri. Nak wat camner kan. Tapi nasib aku baik sikit pasal kebanyakan orang besar tiada. Jadi ambik surat arahan perlantikan dan sedia untuk lapor diri pagi esoknya. Pagi esoknya, iqa memang dah sedia maklum pasal proses perpindahan dia. Lepas hantar dia masuk kelas, terus aku uruskan borang-borang untuk proses pertukaran iqa ke sekolah baru dia. Dah settle kat sekolah langsung aku bergerak ke PPD. Dah agak, aku terus lapor diri dan terus bertugas hari pertama di sini. Minta kebenaran untuk menguruskan hal iqa selama dua hari dan dapat. Walau macamana pun bila on-call tetap kena pergi juga. Yang buat lama hari ni sebenarnya proses kat sekolah agama dia. Aku pergi, cakap pasal pertukaran; pastu kerani dia suruh aku datang balik pukul 3.30 petang. Waaahh.. lama tu. Pergi balik sekolah, cakap kat cikgu kelas, ambik iqa. Masa proses iqa salam ngan semua kawan dia tu aku gi jejauh; pasal nanti aku yang terlebih sedih. Lam setenga

Petang yang hening di SKTTA1

Imej
Murung jer petang ni. Semurung bebudak sekolah aku. Kisahnya lepas balik dari rehearsal tadi, aku sesaja lalu depan sekolah aku. Sekali nengok bebudak jersi oren lawan. Apa lagi.. Singgah la kejap. Sesampai jer baru tahu tu lawan penentuan.. Sapa menang masuk quarter final esok. Sekali kena la pulak.. 1-0.. Bengkerk tul la.. Sikit lagi nak skor. Adooohaaiii.. Yang cikgu sekolah takyah citer la. Aku rasa semua dah pakat berdiri tepi padang dah. Memula aku pun amik dari atas jer.. Sekali camni.. Rasa bengang giler. Turun bawah gak.. Tak puas hati beb.. Lepas habis game lepak-lepak jap ngan cikgu maarop, usop, ustaz sajoli, aishah n hazim.. Borak-borak jap sambil dok mengutuk bebudak tadi.. hahaha.. yang bebudak pun dok termenung jer kat tangga.. tensen la tu.. Takpa.. lain tahun kita terus johan mssd lah.. Sebelum balik nengok langit ni cantik la pulak. Terus snap.. Tu tandanya pas ni awan mendung akan pergi membawa cahaya kegemilangan pada sktta1.. Betuiii!!! :: Klik untuk cerita

SKTTA1 fully linked

Imej
Kerja-kerja pemasangan fiber optik, cat6 & access point untuk SK Taman Tn Aminah 1 telah pun siap sepenuhnya pada hari Selasa. Sempat jugak aku gi test beberapa port, sebelum aku gi PKG untuk meneruskan kerja-kerja multimedia ni. Antara port yang aku test semestinya port Pendidikan Khas. Satu sebabnya sebab port ni bakal menjadi punca utama untuk blok C dan blok bengkel dan makmal kat belakang tu. Blok A & B memang semua bilik-bilik khasnya fully wired dan seluruh kawasan dicover dengan wifi. Sekarang tinggal blok belakang yang merangkumi bengkel, makmal, bilik muzik, stor sukan, bilik seni dan bilik SAL yang masih belum disambung talian berwayar.. Walaupun wifi dapat mengatasi maalah ni tapi bagi aku bilik-bilik khas ni lebih sesuai disambung secara wired. Aku akan cuba usahakan dimasa hadapan.. InsyaAllah.. Petang ni sekolah aku dipenuhi dengan bala tentera dari PKG dan PPD, dibantu oleh 4 technician. Sebenarnya projek serampang dua mata jugak ni. Satunya untuk meluluskan pr