Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel skudai

The Colours of Life - Livina Full Tinted @ Kings Guard Skudai

Imej
The Colours of Life - Livina Full Tinted @ Kings Guard Skudai. Singgah sebentar kat kedai ni. Amik pakej yang RM288. Mantop best. Servis pun baik! Siap dapat free car wash gitu. Yeaahhh! https://youtu.be/IF8wgzR8yUI ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

The Colours of Life - Almera : Servis Rutin @ Nissan Skudai

Imej
The Colours of Life - Almera : Servis Rutin @ Nissan Skudai. Ngantor ke sini ikut time. Macam biasa. Amik slot pertama. Memang dah serasi kat sini. Kerja pun ok. Sarapan, minum semua ada. Minum milo jap sambil nunggu dipanggil. Setel checkin terus order grab. Nanti masa balik order grab semula untuk amik almera. Ehem. Boleh tahan eh harga grab sekarang ni. Perrgghh!!! ---  #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

TCEAS Skudai : Servis Rutin Almera

Imej
TCEAS Skudai : Servis Rutin Almera. Pagi ni bergerak ke TCEAS Skudai. Dah siap booking awal ituhari. Almera selain buat normal servis, tukar lower arm bar sekali. Cam biasa jadi orang pertama sampai. Kekeke. Sib baik. Hari ni orang ramai buat servis. Tunggu aje kat luar tu sambil tumpu kerja-kerja rutin kat iPad. TQVM Fad banyak membantu. Terbaeekkk!!!!  ---  #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Lunch @ Azinur, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Lunch @ Azinur, Taman Ungku Tun Aminah. Sepagi dok menumpu bab fungsi baharu. Tengah hari ni memang si Mustakim buat spoil. Ajak lunch kat Azinur la pulak. Dah barai puasa aku kakaka. Makan macam biasa cuma si mus gatai tambah kepala ikan. Masak dia nak ngabihkan sebeso tu sensorang. Balik. Sambung riki dan rancang bilik.

TCEAS Skudai : Livina

Imej
TCEAS Skudai : Livina. Nganto servis. Naik grab ke ofis. Balik. Grab sekali lagi. Setel. Hehehe. Lo ni kerja naik grab aje untuk servis kereta. Jimat masa sikit.

Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-62

Imej
Festival Konvokesyen UTM Kali Ke-62. Sebelah malam baru aku berkesempatan nak gi sini. Orang, macam biasa. Nak parking pun leh tahan jugak la. Dapat kat hujung sekali kat rumah alumni. Meronda jap aja. Dari parking sampai ke port lepak aku kat tengah tu. Kah. Sempat sembahyang maghrib kat surau festival. Ramai jugak kenalan jumpa kat situ. Mama setel aje, terus layan makanan sebelum pulang. Enjoice! Festival ni sampai 2 Mei tau.

Walimatul Urus : Nur Haziqah & Harith

Imej
Walimatul Urus : Nur Haziqah & Harith. Petangnya. Kami gerak ke Dewanraya Taman Universiti. Mak pengantinnya Puan Salmah. Meriah majlis. Iqi siap menambah kuih. Jarang dia nak makan cenggini. Alhamdulillah. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai. Semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.

Festival Belia Islamik UTM 2019

Imej
Festival Belia Islamik UTM 2019. Singgah di Dataran UTM. Panas beb. Lepak jap kat tengah tu sambil makan eskrem. Si ici mata dah tak lepas menan kat gerai depan tu. Layan aje la. Sambil tu usyar jersi Malaysia yang aku nak beli tak jadi beli itu hari. Lama wooo simpan hajat tu. Sambung lepak tengah balik tunggu mama. Mama sampai aje gi makan nasi ayam goreng kunyit. Tak suka tul pakai sudu plastik ngan potongan ayam yang agak beso ni. Perut dah penuh, terus sambung gi JPO nak nukar jam swatch iqa yang dah rosak tu. 1 to 1 beb. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Primadona Cafe, Taman Universiti, Skudai, Johor

Imej
Jenjalan Cari Makan : Primadona Cafe, Taman Universiti, Skudai, Johor. Punya jauh meronda sekitar Taman Universiti cari tempat makan. Tawaf satu taman u jugak sebenarnya. Solat kat Masjid Taman U kemudian search semula. Asalnya gi Asam Pedas & Barbeque. Tapi tak kena pulak ikan yang ada malam tu, so keep on searching sehinggalah kami jumpa restoran ni. Memang ada kepelbagaian. Kami geng lelaki amik western dan team mama makan seafood. Layannn.. Boleh tahan dia nyer portion makanan. Penuh perut malam ni.

Walimatul Urus : Faizal & Syazwani

Imej
Walimatul Urus : Faizal & Syazwani. Gerak ke Dewanraya Desa Skudai. Majlis rakan sejawat mama. Makanan memang terbaeekkk!!!! Ici makan aiskrim dua kali tau. Laksa Penang tu memang rasa macam nak hirup aje :P. Tahniah dan selamat pengantin baharu pada kedua mempelai.

Rumah Atuk @Taman Universiti

Imej
Rumah Atuk @Taman Universiti. 29 Jun lepas kami ke Taman Universiti. Nak setelkan kes rumah Atuk kat Jalan Perubatan 34. Dah setahun lebih tertunggak bayaran sewanya. Atuk bagitau lepas raya itu hari. Penyewanya dah keluar kalau ikut kata jiran sebab dua hari lepas ada lori datang. Aku minta nombor dan dapat call penyewanya. Memang katanya dia dah keluar. Masalah dia. Yang tak serah kunci bebaik kenapa. Nak masuk punya la baik. Nak keluar. Suka gitu aje. Tanya pasal kunci dia kata pecahkan aje ler. Atuk memang baik. Yang tertunggak pun atuk taknak yang penting keluar aje. Haissshhh. Lepas ni memang aku kena tapis sama ni kalau ada penyewa baharu. Rumah ni banyak nostalgia pada kami. Mama dok sini la masa jadi student dulu. sempat borak ngan jiran sebelah yang masih kenal kami. Lama dah tu. Hujung 90an gitu. Apapun. Harap yang terbaeekkk!!!! untuk seterusnya.

Marhaban @Ucu's

Imej
Marhaban @Ucu's. 28 Jun yang lepas ucu buat marhaban kat umah dia. Aku jer yang tak join. Kaki dah mula terasa walau semalamnya hari last aku on ubat kan. Memang la awal pagi tu aku terus out kan. Tapi tu cerita lain la yang aku akan masuk kendian. So balik ke cerita yang ni. Malam tu semua pakat tema timur tengah lah. Aku pun dah warning jangan berteromba ye. Kalau tak dengo cakap mama siap. Hehehe. Tu pun bila nengok gambo cam leh tahan jugak the kebudaks ni.

Ziarah Aidilfitri : 20180706 Gelang Patah Skudai

Imej
Ziarah Aidilfitri : 20180706 Gelang Patah Skudai. Semalam ada 3 rumah yang sempat kami pergi. 2 di Gelang Patah, 1 di Skudai. Dari Lepas jemaat, sampai la ke malam. Memula ke Taman Nusantara. Rumah staf SMK Taman Nusantara, Kak Azlina kata mama. Lepas tu terus gerak ke STF selesaikan projek iqa sampai la ke jam 6 petang. Dari situ kami gerak ke Perumahan Kastam kat Sungai Pulai. Nun jauh ke hujung benua. Sempat sesat ke CIQ gara-gara tak perasan ada dua perumahan kastam. Rumah kat hujung, lebih hujung dari Golf Forest City. Rumah Arfah rakan sejawat mama. Balik jap amik semua ahli yang lain dan terus ke Skudai pulak ke rumah Atuk Uteh. Sampai ke lewat malam kami beraya. Pada yang lain kami mohon maaf sebab tak dapat menghadiri undangan anda. Ada rezeki di lain kali kami pergi.

Tan Chong Ekspres Auto Servis Skudai : 20180322 Servis Livina

Imej
Tan Chong Ekspres Auto Servis Skudai : 20180322 Servis Livina. Macam biasa. Book for the last slot. Jam 4. Cuma aku tak jangka punya ramai manusia semalam. Habih segala majalah aku layan. Minum. Sekali aje la sambil makan sebikut. Aku pelanggan last meninggalkan pusat servis. 6.40 petang weh. Masak hari tu. Hahaha.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai. 24 Julai lepas sempat merayap ke Skudai dengan Mus dan Adi. Sibuk pulak nak ajak makan kat Azinur. Tapi memang marbeles la kan. Ayam goreng sama kuah kari kegemaran aku ler. Barisan. Cam biasa la. Cuma. Kalau nak bungkus, masuk la ke dalam untuk barisan orang makan kat situ. Barisan luar memang untuk orang yang tapau aje.

Jenjalan Cari Makan : Lunch @ Restoran Abu Hassan, Skudai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Lunch @ Restoran Abu Hassan, Skudai. Tengahari. Sebelum sesi benchmarking petang tadi. Singgah sat sini. Suggestion Mustakim. Memang best. Tu baru makan yang biasa tu. Siap ada Lapis power. Mus kata ada lapisan sambal pulak kat tengah. Wow! Seingat aku memang best dan aku pernah deal untuk kenduri ucu dulu. Sambil makan ada kucen datang. Sian kucen ni. Merayu pulak dia. Takpe lah. Ada la rezeki dia ngan aku ni.

Syuhada & Hasbi : Our day at the hall

Imej
Syuhada & Hasbi : Our day at the hall. Seharian kami lepak kat skudai semalam. Resepsi si timah. Aku jaga depan aje. Memana time free sikit. Gi ler lepak ke dalam snap snap. Masa persandingan, masa tu paling pack dengan manusia. So. Dok depan aje ler. Dah setel semua baru ke dalam. Apa yang ada aje ler.

Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah

Imej
Kembara Mahkota Johor 2015 Sejauh 858 Kilometer Berakhir Selepas Rentas 10 Daerah JOHOR BAHARU, 13 Ogos (Bernama) -- Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 sejauh 858 kilometer berakhir hari ini selepas merentasi 10 daerah di negeri ini sejak Isnin lepas. Kembara bertemakan 'Muafakat Bangsa Johor' yang menyaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan motosikal berkuasa tinggi dan bas menjelajah seluruh negeri ini, berakhir di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, di sini. Ketibaan Sultan Ibrahim pada 2.30 petang dengan diiringi Permaisuri Johor Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan para anakanda baginda, disambut meriah oleh masyarakat pelbagai kaum. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, barisan exco kerajaan negeri dan ketua jabatan kerajaan. Kembara yang memasuki tahun ke-15 dan edisi ke-18 itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor selain mendekatkan hubungan antara kaum di

Yok Raya Johor 2015 : Atuk Utih

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Atuk Utih. Layan dan terus layan. Raya sebulan...

Yok Raya Johor 2015 : Cik Wi

Imej
Yok Raya Johor 2015 : Cik Wi. Semalam pakat gi rumah cik wi kat TUTA. Rupanya dia buat rumah terbuka sejak lepas zohor. Tapi malamnya yang ramai orang. Al-maklumlah. Orang kan kerja pada sebelah siangnya. Selamat Hari Raya. Jumpa rakan lama juga kat sini.