Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel spmict

Selamat Tinggal SPMICT

Imej
Selamat Tinggal SPMICT. Hari ni aku pakai baju EKSA. Lama tak pakai. Bukan aku sahaja tapi kesemua staf SPMICT. Hari last kami bersama as SPMICT. Selepas ni akan dikenali sebagai SPM sahaja. Target hari ni SPMICT Blok A harus dikosongkan untuk memberi laluan kepada sektor lain. Kami berempat sahaja yang ada di Blok A actually. Kami semua dah bertukar portfolio dan akan bergerak ke tempat lain. Team teknikal memang dah berada di Blok B yang akan beroperasi sepenuhnya untuk SPM. Tugas mesti diclearkan secepat mungkin bagi memastikan proses mengemaskini Blok B dan peralatan ICT untuk lain-lain sektor dapat diuruskan segera selepas itu. Alhamdulillah. Jam 10 pagi kami dah kosongkan lokasi kami di Blok A. Sempat berposing bersama barangan akhir yang dipindahkan. Tinggallah nostalgia di sini. Dari 2012 aku dok kat bilik ni. Macam baru masuk semalam aje kan. Tengah hari kami semua dah beroperasi penuh kat blok B. Amik iqa di STF waktu lunch dan duduk jap sementara di sini macam biasa seb

A simple makan-makan @ Zaituna

Imej
A simple makan-makan @ Zaituna. Hari ni ada bengkel khas dengan team ICT daerah. Uruskan dokumen untuk penyelenggaraan ICT sekolah. Datang macam biasa. Sekali satu kawasan takde elektrik. Alamak. Dah tokleh wat pape. Duduk aje la kat Galeria. Bincang-bincang pun semua buat kat sini sementara menantikan bekalan ada semula untuk kawasan Larkin ni. Alhamdulillah. Jam 9 masalah diselesaikan. TQ TNB. Uruskan dulu kerja tertangguh di pejabat sebelum join bengkel. Tengah hari kita ke Zaituna. Kongsi rezeki sikit makan-makan nasi arab. Last bengkel bersama dengan team ICT sebelum masing-masing bertebaran ke posisi baharu. Terima kasih semua. Sentiasa memberikan komitmen terbaik selama kita berurusan sampai ke hujung.

Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman

Imej
Pelajar Praktikal SPMICT 2019 - Najwa, Izzudin, Hairi dan Aiman. 4 orang sekali datang lapor diri. Semuanya Sains Komputer dari UITM Segamat. Tahniah dan semoga akan dapat menyesuaikan diri di sini dan dapat menimba sebanyak mana ilmu yang boleh selama tempoh praktikal bersama kami di sini. All the best to all!

SPMICT 2019 : Special Raya Photoshoot Session

Imej
SPMICT 2019 : Special Raya Photoshoot Session. Luangkan sedikit masa untuk sesi penggambaran khas ini. Just untuk anda semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Program Tadarus Al-Quran Ihya' Ramadan JPN Johor 2019 : SPMICT

Imej
Program Tadarus Al-Quran Ihya' Ramadan JPN Johor 2019 : SPMICT. Tahun ni kami bersama dengan Pejabat Pengarah dan Pejabat Timbalan Pengarah dengan dibimbing oleh ustaz Zaieme Mohamad. Kami dapat surah At-Taubah hingga Yunus. Alhamdulillah. Tadarus kami dah dimulakan. Hari ni di SPMICT. InsyaAllah bermula esok akan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Selasih.

Majlis Penghargaan Mantan Ketua Sektor SPMICT 2019 : Puan Bahariah Temu

Imej
Majlis Penghargaan Mantan Ketua Sektor SPMICT 2019 : Puan Bahariah Temu. Hari ni last day Puan Bahariah berkhidmat di SPMICT. Buat sedikit majlis ringkas penyampaian amanat pada kami. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada di JPN Johor. KS dah takde lagi lepas ni. KS dah ke KKM. Tinggal kami kami aje. Rasa macam kurang meriah sikit. Good luck bos! Semoga kecemerlangan berterusan di tempat baharu.

SPMICT : More Makan Makan Session

Imej
SPMICT : More Makan Makan Session. Lunch hari ni KS belanja makan pizza. Sempena keputusan SPM anaknya dan raikan Mus yang akan mengerjakan umrah semasa cuti sekolah ni. Kebetulan al fadhil ustaz azman masuk sekali. Terus jadi tekong. Alhamdulillah. Sesi makan terpaksa disunting atas sebab keselamatan :P

Pizza Lunch Hour

Imej
Pizza Lunch Hour. Lunch hari ni kita makan pizza ramai-ramai. Order kat Domino minta delivery. Memang ontime beb! Marbeles. Amik thin crust. 6 pizza large yang berbeza. Variasi beb! Memang best. Masa ni la nak try pizza-pizza yang best dari domino kan. Yang first abis adalah ... BBQ Chicken yang berjaya diabiskan oleh harsya dan shahira. Kekeke. Siap sambung makan limau pulak tu. Layan jangan tak layan.

SPMICT : Pesta Durian

Imej
SPMICT : Pesta Durian. Semalamnya. En Adi dapat ke dusun En Hairil. TQ very much ada rezeki pada kami pagi ni. Terbaeekkk!!!! Semoga murah rezeki pada tukang sedekah dan tukang bawa.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Ahmad Adfi

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal SPMICT 2018 : Ahmad Adfi. Actually aku tak dapat bersama dalam majlis ni. Minggu ni memang pack. So. Aku bawak dia keluar di awal minggu. Gi makan chicken chop special kat Selera Johor la apa lagi. Early majlis gitu. Hari Khamis ni hari last adfi berada di sini. Waktu lunch kami adakan sedikit majlis untuk meraikan adfi yang dah berjaya menamatkan sesi latihan bersama kami. Good luck Adfi! Semoga apa yang dipelajari sepanjang bersama kami di sini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya ketika di alam pekerjaan sebenar kelak.

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Johor 2018 : Ummah Digital

Imej
Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT JPN Johor 2018 : Ummah Digital. Alang-alang clearkan dropbox, habis semua kita kasi upload ke blog. Ni gambar semua warga kerja SPMICT ketika menjadi urusetia perhimpunan bulanan JPN Johor yang lepas. Tahniah dan terima kasih pada semua warga ummah digital SPMICT JPN Johor! Anda semua adalah yang terbaeekkk!!!!

Perbincangan Isu Pendidikan 2018 SPMICT

Imej
Perbincangan Isu Pendidikan 2018 SPMICT. Kumpul jap kat bilik Adi pagi ni untuk perbincangan dan penyediaan pelaporan berkaitan. Guna analisis SWOT sebagai sandaran di samping data-data sedia ada sebagai rujukan cadangan penyelesaian.

Bengkel Pembinaan Kit Pengurusan ICT dan Maklumat Negeri Johor Bil.1 tahun 2018

Imej
Bengkel Pembinaan Kit Pengurusan ICT dan Maklumat Negeri Johor Bil.1 tahun 2018. Bengkel pertama kami dalam penghasilan kit pengurusan ICT Johor. Semakan berdasarkan susunan Perak. Banding beza dengan amalan di Johor. Selepas ni kami akan turun ke sekolah untuk semakan sebelum bengkel seterusnya bersama dengan unit lain yang terlibat. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

3 activities in a day

Imej
3 activities in a day. Alhamdulillah. Selesai 1 mesyuarat dan 2 bengkel precouncil hari ni. Banyak yang aku dapat actually hari ni. Bila difikir, orang yang suka bereksperimen macam aku ni memang susah nak puas hati. Dan hari ni memang betullah tu. Aku kena ubah sesuatu terutama untuk pengurusan dashboard tu sendiri sebab aku rasa kita dah langgar dinding keselesaan. Tahniah pada semua pegawai meja yang terlibat. Anda memang hebat. Kita dah berjaya satukan semua data dibawah pengurusan Johor bawah satu dashboard. Kita dah ada pembina yang boleh dikatakan mahir. Cuma aku rasa kita masih kekurangan penganalisa sekarang ni. Bilamana aku rasa dah selesa dengan data yang ada semestinya akan ada somewhere wrong dimana-mana part yang terlepas. Bagi aku dashboard tu bukan sahaja boleh menjawab semua persoalan malahan ianya juga mampu memberi petunjuk dan indicator terutama untuk perancangan masa depan dan intervensi. InsyaAllah akan ada something yang kita akan buat lepas ni untuk memastika

Sambutan Aidilfitri 2018 JPN Johor

Imej
Sambutan Aidilfitri 2018 JPN Johor. Hari ni selesai acara gilang gemilang sambutan raya JPN Johor. Meriah. Aku macam biasa la. Meronda cari rerakan sejawat. Masa ni lebih tenang bincang borak borak santai sesekali diselang cerita kerja. Tenang gitu kan. Hehehe. Tok leh lepas dari kerja jugak tu. Sesambil tu sesekali melayan isu isu teknikal yang tengah hangat di sekolah sekarang ni. Selesai. Naik atas sambung bincang pasal bengkel esok. Bertambah pulak gajet atas meja ni. Haisshhh. Rasanya esok tetap ngan switch aku jugak kot. Selesa. Santai.

Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT : 20180527 session

Imej
Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT : 20180527 session. Hari ni kami buat kat pantry juga bagi memberi laluan untuk mesyuarat pagi. Sekali bos pun datang sini juga. Alhamdulillah. Hari ni ramai.

Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT : 20180523 session

Imej
Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT : 20180523 session. Hari ni kami buat kat pantry aje memandangkan lokasi biasa digunakan untuk perbincangan khas bos. Alhamdulillah. Walau tak ramai macam biasa atas kekangan tugas rasmi di luar, program berjalan dengan lancar.

Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT : 20180522 session

Imej
Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT : 20180522 session. Hari ni pengarah pun dapat join bersama. Alhamdulillah. Dapat sedikit ilmu tajwid dipenghujung sesi. TQ ustaz.

Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT

Imej
Tadarus Al-Quran PPPJ-PTPPJ-SPMICT. Alhamdulillah. Tahun ni kami sekali lagi digabungkan dengan Pejabat Pengarah dan Pejabat Timbalan bersama dengan Ustaz Hanafi dalam program Tadarus Al-Quran. Tahniah pada semua yang menjayakan program ini.

Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT

Imej
Majlis Doa Selamat sempena Hari Guru dan Awal Ramadan 2018 SPMICT. Tahniah pada semua ahli sektor yang bertungkus lumus dalam memastikan kelangsungan majlis ini. Terima kasih pada semua yang hadir termasuk tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yasin dan diikuti dengan doa selamat, ucapan dari Ketua Sektor dan sesi potong kek oleh 4 orang yang lahir pada bukan Mac, April dan Mei. Makan time!!! Sedap tul rendang ayam super pedas ni. Penuh perut den. Memang best lunch hari ni. Rasa berbangga dapat jalan terensot pergi dan balik ke opis. Hehehe.