Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ssdm

Pangkalan Data Murid : Update on 4 Feb

Imej
Ok. Nampaknya dah banyak penambahbaikan dilakukan. Kini kami diperingkat daerah pun dah dapat tengok statistik apa yang sekolah dah buat. Dan yang lebih baru, dah nampak semua (maybe ada lagi kot) perkara yang akan di cater oleh sistem online ni. Yang aku perasan sangat, dah ada daftar tahun 1 dan tingkatan 1 secara online. Nampaknya lebih memudahkan. Lebih baik kalau parent boleh buat pendaftaran sendiri macam apa yang jb buat dari tahun lepas. Sekiranya semua ni dapat diselesaikan awal, aku rasa pendaftaran awal tahun 1 untuk tahun ni boleh di cater sepenuhnya oleh sistem ni. Selain pada tu ssdm dah nampak dimasukkan. Banjir pun sama. Hmmm... ni yang aku nak sebenarnya. Satu pangkalan data saja untuk semua. Apa yang penting, line hubungan tu kena pastikan dapat menampung kemasukan daripada kesemua hampir 10k buah sekolah seluruh Malaysia. InsyaAllah. Kalau itu dapat dijayakan, sistem ini akan bergerak dengan lancar. Hope for the best...