Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel stadium

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2014

Imej
Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2014 Pada supporter dan kipas susah mati JDT. Moh ke majlis ni... malam ni tuh... Tarikh: 21 Disember 2013 Jam: 8.00 malam Tempat: Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos, Larkin Masuk Percuma Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dijangka berangkat ke majlis. Rakyat Johor dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Mohon Sebaran.  Rujuk FB JDTFC  https://www.facebook.com/JohorDTFC Boleh layan live streaming di http://johorsoutherntigers.com.my/jdtv/

Benchmarking Ganu changed to Outing Ganu

Imej
Tarikh : 5 Oktober 2010 Tempat : Stadium Runtuh diserang otromen Masa : 12.30 tengahari Mood : Penat + panas Dah setel dah rangka lawatan kami ke Ganu. Tu pun pasal sekolah apa ntah lagi satu telah menolak lawatan benchmarking kami. So, petang ni dah kosong. Jadi sesi benchmarking sudah jadi sesi outing la. Kami terus menuju pulang ke destinasi dengan santai. Mana-mana tempat menarik yang terlalu dalam perjalanan akan disinggahi. So, kita mulakan sesi going back outing ni. Tempat pertama adalah... stadium runtuh ini.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi - Persembahan

Paling gempak la acara persembahan malam ni. Ngan bunga api yang keluar tanpa sorang pun tau bila. Masa ni rasa cam apasal la aku nyer bideo cam tak seultra wide cam kamera aku. Best betul kalau aku ada bideocam yang wide jugak kan. Apa yang penting, persembahan dan sambutan malam ni memang gempak habis dan banyak menerima pujian dari luar terutama TPM sendiri. Tahniah Johor.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi - Perasmian

Ni merupakan segmen kedua untuk malam perasmian tersebut. Gimik yang dijalankan memang boleh tahan menariknya. Tak dapat baget langsung akan keluar bunga api dekat obor tu. Nasib baik kami dah bersedia ngan 3 kamera di tiga tempat. So, dapatla jugak nengok secara keseluruhan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Kejohanan Balapan & Padang kali ke52 MSSM Johor - Upacara Pembukaan Rasmi

Pagi ni aku dah mula mengedit bideo MSSM untuk dimasukkan lam youtube. Tapi kepala memang kenoning gila. Buat tak layan gak.. Sekali nengok dah sampai 6 minit kontijen tak habis-habis lagi. Last-last amik keputusan untuk aplod dua segmen. Senang sikit. Pasal youtube hanya 10 min max bideo dia. Settle. Lepas compile terus aplod tanpa nengok setting. Pastu terus kuar gi klinik. Kat klinik hari ni memang malang tul nasib aku. Dekat dua jam aku buang masa nunggu. Jumpa doktor, kena sound dulu. Ari tu batuk biasa jer, kali ni tak masuk tahap gaban dah ni. Terus dia kasi mc dua hari. Tak kira la aku ada event ka apa ka. Dia nak aku berehat. Aduiihh.. Pening cenggini.. Balik makan ubat. Jap jer dah terhoyong hayang. Zzzzz.... Bangun dah malam.. Haiyaa.. lamanya aku tido. Nengok jap bideo yang aku aplod. Hampeh. Quality buruks gila.. Last-last aku compile dan aplod lagi satu. Ni masa aku nulis ni kebetulan aku dah terjaga dan mula ambik ubat. Kebetulan bideo pun dah siap.. Enjoice.. Aku