Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel strawberi coklat

Belian Pantas di Pasar Tani Taman Nusantara

Imej
Cam biasa, sup daging untuk aku. Pasal yang lain bukan makan daging lembu pun kan... Sebelah petangnya, sempat ke Pasar Tani Taman Nusantara. Cari alas perut sikit. Beli biasa biasa jer, dan cepat cepat. Cam biasa, Karipap kentang untuk adik inaz, Sup Daging untuk aku dan Char Koey Teow untuk Iqa. Lainnya kali ni pegi beli Ice Blended mangga semula. Dah banyak tambahan kat gerai ni dah... Siap ada Strawberi Cokelet. Cuma rasa dia a bit tak sebest macam yang kami makan kat Cameron. Faktor iklim agaknya.. la kot. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!! Harga kira biasa biasa la.. tapi OK ler bagi aku, kot Ni ler tambahan baru kat kedai nih... Strawberi cekelet

Cameron Highland Breakaway

Imej
Adik inaz yang dah lembik dah tu... Ya... Setelah adik inaz dan ziqri muntah teruk sampai tertidur, akhirnya kami dapat jugak menjejakkan kaki ke bumi Cameron Highland. Kami naik ikut simpang pulai. Walau jalan dia landai tapiii... muntah tetap muntah.. Yihaaa... Adik tobat tak nak naik Cameron dah... katanya la... So, aku berenti dulu kat Ladang strawberi nih... Pegang-pegang kata orang. Yang bestnya.. adik inaz tak nak naik keter dah.. Takut muntah katanya. Perjalanan diteruskan ke Kea Farm. Kat sini la kami makan tengahari. Apa aja yang ada. Burger pun berger la. Janji rock... Pastu pakat tibai strawberi cekelat la pulak. Dah setel makan baru sopping beso... And target last sebelum turun, tak lain tak bukan adalah ladang teh. Syok wooo... Baru aku tau Bharat Tea ada 3 tempat berenti rupanya. Tak kisah la.. Janji dapat jalan cameron.. walau sehala. Masa turun ikut tapah, sempat gi beli petai dari gerai pacak orang asli. RM15 untuk semua nih.. Tak tau la aku mahal ker mur