Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel student

Sekolah Tun Fatimah : 20180630 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180630 Lawatan Hujung Minggu. Juga edisi lepas baru nak masuk semula. Ni lawatan minggu lepas. Sempat gi majlis Sarip dulu sebelum gerak kat sana. Borak borak and then ke bangunan pentadbiran nak tengok keputusan peperiksaan. Kekeke. Layan.

Sekolah Tun Fatimah : 20180706 PT3 Geografi Preparation

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180706 PT3 Geografi Preparation. Petang semalam lepak kat STF. Cuma tak macam biasa. Bawak laptop dan printer bersama. Duduk dengan team iqa untuk Geografi PT3 tu. Lama dari biasa. Dekat jam 6 jugak baru kami gerak. Pakat sibuk mencari eviden dan cetak semua yang berkaitan. Paginya dah keluar dengan cikgunya ke Larkin Sentral untuk kerja kajian lapangan. All the best pada semua.

Gambar Foto Nuri Inaz - 4 tahun

Imej
Ni ler gambar bebudak nuri J4. Kelas adik inaz la ni. Gambar ni aku ambik masa ambik buku rekod adik itu hari. Keputusan adik kira ok lah jugak. Banyak slack sikit la. Teacher Yanie pun hairan jugak katanya. Masa dia interview ok, masa interviewer nuri datang adik blank, tak keluar sepatah kata pun. Adik takut ngan orang yang dia tak kenal agaknya. Pastu aku ada tanya teacher pasal adik jatuh semalam kat tangga. Teacher cakap dia tak tahu pun. Ni yang susah ni. Adik memang takut sikit bila nak cakap dengan orang. Sampai nak gi tandas pun kekadang sampai nak kuar baru dia nak cakap. Tu yang banyak insiden ter'' jadi kat adik. Sampai yang kat tesco tu yang aku tak leh lupa tu. Tak tahu lagi aku nak letak inaz kat tadika mana tahun depan. Masalah kat nuri, tahun depan adik masih kelas kat tingkat atas. Kaki adik memang tak berapa kuat. Jalan pun terbuai-buai. Tak tahu la. Dilemma jugak nak buat pilihan nih.. Ni ler gambar biasa untuk pelajar nuri setiap kali amik result

Sistem Headcount Kehadiran Pelajar daerah Johor Bahru online

Imej
Bermula Khamis, 20 Ogos 2009, sistem e-kehadiran dipindahkan ke alamat yang baru http://www.ppdkluang.com/ssdm/login.asp . Sila jalankan proses pemasukan data di alamat yang baru ini. Harap maklum. Mulai hari ini, PPD Johor Bahru telah melaksanakan sistem kehadiran pelajar online untuk semua sekolah di daerah Johor Bahru. Sistem boleh dicapai di alamat tertera http://www.smksaj.edu.my/ekehadiran/login.asp Pengisian data kehadiran pelajar perlu dimasukkan mulai hari ini berkuatkuasa serta merta. Klik cerita penuh untuk manual penggunaan sistem ini. Langkah 1 Isikan NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN di anak panah 1. Klik anak panah 2 untuk masuk ke sistem. Langkah 2 Paparan berikut akan keluar. Pilih MEREKODKAN KEHADIRAN seperti di anak panah 1. Langkah 3 Paparan berikut akan keluar. Klik TAMBAH seperti di anak panah 1. Langkah 4 Paparan berikut akan keluar. Pastikan KOD SEKOLAH betul seperti di anak panah 1. Jangan taip masuk tarikh. Klik ICON KALENDER seperti di anak panah 2. Langkah 5 Kli